Keluarga Diraja British boleh dikatakan sebagai keluarga diraja yang paling terkenal dan berpengaruh di dunia, dengan Ratu England menjadi Ketua Negara di 16 negara di seluruh dunia.

Sebagai tambahan kepada Komanwel, keluarga diraja Britain dikasihi di peringkat antarabangsa sebagai simbol kelas, keanggunan dan kerendahan hati, yang telah dipamerkan sepanjang pemerintahan mereka.

Walau bagaimanapun, kedudukan tinggi mereka dalam masyarakat telah menyebabkan mereka menjadi sasaran pembunuhan.

iluminasi.com kongsikan 6 cubaan membunuh keluarga diraja Britain yang gagal.

6. Putera Charles

cubaan bunuh putera charles oleh david kang 49

Pada tahun 1994, Putera Charles membuat lawatan ke Australia untuk perayaan Hari Australia.

Dengan tidak semena-mena, bekas pelajar universiti, David Kang, melompat ke pentas di mana Putera Charles berada dan melepaskan 2 tembakan dari pistol (yang digunakan dalam acara larian) ke arah kerabat diraja Britain itu.

Dia berbuat demikian sebagai protes terhadap layanan beberapa pencari suaka Kemboja yang ditahan di kem tahanan di Australia.

Putera Charles dengan pantas ditarik oleh pasukan keselamatannya yang kemudian menangkap David Kang dan dibawa ke Sydney Police Center di Goulburn Street.

Di mahkamah, David Kang memberi keterangan bahawa dia menderita akibat kemurungan dan memprotes nasib pelarian Kemboja di Australia.

david kang gagal dalam cubaan bunuh putera charles

(David Kang)

David Kang sebelum itu telah menulis surat kepada Putera Wales, Presiden Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pope, antara lain, dan telah menerima surat balasan daripada Putera Charles. 

David Kang didapati bersalah mengancam keganasan yang menyalahi undang-undang dan dihukum sehingga 500 jam perkhidmatan masyarakat.

Apa yang menariknya adalah selepas beberapa tahun kemudian, David Kang menamatkan pelajaran dan kemudiannya menjadi seorang peguam.

5. Ratu Victoria

cubaan bunuh ratu victoria

Dianggap sebagai monarki Britain yang paling terkenal, Ratu Victoria memerintah England dan kerajaan British sepanjang Revolusi Perindustrian, yang menyaksikan pertumbuhan dan inovasi teknologi yang sangat besar terutamanya di Britain.

Kejayaan ini membolehkan Empayar Britain berkembang dan akhirnya menguasai satu perempat daripada landasan dunia.

Beliau juga dikenali kerana cubaan pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan terhadapnya.

Pada tahun 1840, sejurus selepas pernikahannya, Ratu Victoria yang dalam keadaan hamil dan suaminya menaiki sebuah kereta dan secara tiba-tiba, Edward Oxford melepaskan tembakan ke arah ratu Britain itu.

Pada mulanya Ratu percaya bahawa tembakan itu datang dari pemburu-pemburu yang berdekatan, namun sebelum Edward dapat melepaskan tembakan kedua, Ratu Victoria sempat menunduk dan tembakan tersebut gagal mengenai sasaran.

Edward  kemudiannya diberkas oleh orang ramai dan Ratu Victoria meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

4. Ratu Elizabeth II

cubaan bunuh ke atas ratu elizabeth ii

Pemerintah Britain semasa dan yang paling lama adalah Ratu Elizabeth II yang telah berkhidmat sepanjang banyak perubahan dalam masyarakat Inggeris, daripada dekolonisasi, dengan kebangkitan Tentera Republik Ireland Sementara hinggalah kepada undi Brexit serta pergolakan politik.

Dan sepanjang pemerintahan yang sangat lama ini, telah berlakunya banyak ancaman terhadap kehidupan beliau sama ada dari organisasi atau individu.

Salah satu daripadanya berlaku pada 14 Oktober 1981 ketika Ratu Elizabeth II sedang berkunjung ke New Zealand.

Ketika lawatan ini, Christopher John Lewis yang berusia 17 tahun, melepaskan tembakan ke arah beliau menggunakan senapang .22 dari tingkat lima sebuah bangunan pejabat.

christopher john lewis cuba bunuh ratu elizabeth ii

Akan tetapi, tembakan itu tersasar daripada sasaran dan tidak mengenai Ratu Elizabeth II yang langsung tidak menyedari bahawa dirinya telah ditembak.

Pihak berkuasa memberitahu bahawa bunyi tersebut adalah bunyi mercun.

Christopher yang mengaku terlibat dalam organisasi pengganas hanya disabitkan dengan kesalahan membawa senjata api di khalayak ramai dan dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.

Dipercayai bahawa pihak berkuasa New Zealand menyembunyikan kejadian ini untuk memastikan Keluarga Diraja akan terus mengunjungi negara itu.

3. Raja Edward VIII

cubaan bunuh raja edward viii

Terkenal kerana menyerahkan takhta sebagai pemerintah hanya untuk berkahwin dengan seorang janda yang merupakan pelakon Amerika iaitu Wallis Simpson, Raja Edward VIII kekal menjadi tokoh kontroversial di Britain dan dunia sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun semasa pemerintahan yang singkat, dia berhadapan dengan cubaan bunuh oleh seorang lelaki bernama George McMahon.

Pada 16 Julai 1936, Raja Edward VIII berlepas dari Hyde Park di mana keretanya melalui London.

Ketika dalam perjalanan, George sedang menunggu dengan sepucuk pistol dan merancang untuk menembak beliau.

george mcmahon cuba bunuh raja edward iii

Walau bagaimanapun, George yang mungkin gugup dengan rancangannya telah menjatuhkan pistol tersebut dan telah menarik perhatian orang ramai.

Kemudian dalam keadaan panik, dia mengutip semula pistol itu dan mencampakkanya ke arah Raja Edward VIII, sebelum ditangkap oleh orang ramai.

Siasatan awal percaya bahawa George hanya cuba membuat kenyataan dan tidak berniat untuk membunuh raja tersebut.

Namun setelah didedahkan bahawa nama sebenarnya adalah Jerome Bannigan dan dia mempunyai kaitan dengan Nazi, kesimpulan terakhir dibuat bahawa tindakan itu dipengaruhi dan didorong oleh ideologi Nazi.

2. Putera George

cubaan bunuh putera george

Walaupun Putera George adalah individu yang termuda dalam senarai untuk mewarisi takhta, ini tidak menjadikannya kebal dari ancaman.

Bermula pada tahun 2016, seorang penyokong ISIS iaitu Husnain Rashid mula menghantar arahan dalam aplikasi Telegraph kepada penyokong ISIS lain mengenai cara terbaik untuk mensasarkan putera muda itu sebagai mangsa.

Dia juga menghantar sekurang-kurangnya 300,000 mesej dan muat naik, termasuk mesej kepada Agensi Berita Amaq milik Isis.

muat naik oleh husnain rashid tentang putera george

(Muat naik oleh Husnain Rashid tentang Putera George)

Salah satu muat naiknya termasuk gambar Prince George, bersama-sama dengan alamat sekolahnya, seorang jihadi berpakaian hitam dan mesej provokasi: "Keluarga diraja pun tidak akan terlepas."

Rashid dijatuhkan hukuman penjara minimum 25 tahun untuk pelbagai kesalahan keganasan termasuk bersiap sedia melakukan tindakan pengganas dan menggalakkan keganasan. 

1. Keluarga kerabat diraja Britain

cubaan bunuh keluarga diraja britain

Walaupun beberapa individu yang disasarkan dalam entri ini sebelum ini telah disebutkan, namun mereka tidak disasarkan bersama-sama.

Paling terbaru, Keluarga Diraja telah disasarkan oleh militan ISIS yang ingin membunuh Ratu Elizabeth II, serta ahli kerabat diraja Britain pada Hari VJ 2015 (hari kemenangan ke atas Jepun), menggunakan bom periuk tekanan.

Ancaman itu adalah cukup meyakinkan sehinggakan Angkatan Tentera British memberikan arahan serangan drone ke atas seorang rakyat Britain iaitu Reyaad Khan di Syria yang dikawal oleh ISIS.

Serangan ini menyebabkan Reyaad Khan bersama-sama 2 lagi pejuang ISIS terbunuh sebelum mereka berpeluang untuk melakukan apa yang mungkin dianggap sebagai serangan pengganas terbesar dan paling merosakkan dalam sejarah British moden.

Rujukan:

1. Independent

2. Daily Mail

3. Failed Assassination Attempts On British Royals

4. ABC



Hakcipta iluminasi.com (2017)