Oleh pada 13 Jan 2020 kategori

Apabila Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan bahawa mereka akan mengundurkan diri dari tugas mereka sebagai anggota senior keluarga diraja Britain, ramai orang awam di A.S. dan U.K. menyokong keputusan mereka.

"Kami berhasrat untuk mengundur sebagai anggota senior keluarga Diraja, dan berusaha untuk berdikari dari segi kewangan, sambil terus menyokong penuh Ratu Yang Mulia. Kami kini merancang untuk mengimbangi masa antara United Kingdom dan Amerika Utara, dan terus menghormati tanggungjawab kami kepada Ratu, Komanwel dan naungan kami."

Tidak lama selepas muat naik Putera Harry dan Meghan di Instagram, pihak istana mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dan mereka seolah-olah kelihatan seperti tidak tahu bahawa pasangan ini telah membuat keputusan muktamad.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Perbincangan dengan Duke dan Duchess of Sussex berada di peringkat awal. Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah rumit yang akan mengambil masa untuk diselesaikan," kata pihak istana.

Terbaru, Putera Harry telah dipanggil menghadap nendanya Ratu Elizabeth II untuk mesyuarat krisis untuk membicangkan tentang perkiraan masa depan untuknya dan Meghan berikutan pengumuman mengejut mereka ini.

Bapa dan abangnya, Putera Charles dan Putera William juga akan menghadiri pertemuan itu. Meghan pula akan menyertai melalui panggilan telefon dari Kanada di mana beliau diami ketika ini bersama anak mereka, Archie.

Mengapa mereka ingin mengundurkan diri?

perkahwinan putera harry dan meghan markle

Terdapat khabar angin mengenai perselisihan dalam keluarga Diraja ini dan ia semakin memuncak sebelum Putera Harry dan Meghan mengikat tali pernikahan mereka pada tahun 2018 lagi.

Bukan sahaja terdapat laporan bahawa Meghan dan Kate Middleton tidak serasi kerana mempunyai pandangan yang berbeza dalam cara mereka melihat tanggungjawab diraja mereka, tetapi ada banyak khabar angin bahawa Putera Harry bertelagah dengan abangnya Putera William.

Perselisihan di kalangan kaum kerabat yang paling jelas adalah ketegangan antara Putera William dan Putera Harry, bermula sebelum pertunangan Putera Harry, apabila Putera William mengingatkan Putera Harry untuk tidak membuat keputusan terlalu pantas berkenaan hubungannya dengan Meghan. 

Hubungan antara kedua-dua mereka dilaporkan semakin merosot sejak tahun lalu atau dua tahun.

hubungan yang semakin tegang antara putera harry dan putera william

Dalam kegembiraan menimang cahaya mata mereka Archie yang kini berusia 8 bulan, Meghan kemudiannya memberitahu wartawan bahawa melahirkan anak di bawah perhatian yang sangat dahsyat oleh mereka yang sangat mengikuti berita mengenai keluarga Diraja sebagai "tersangat mencabar". 

"Lihatlah mana-mana wanita, terutama ketika mereka hamil. Anda benar-benar terdedah (secara emosi) dan ia menjadi sangat mencabar. Dan apabila anda mempunyai bayi yang baru lahir, terutamanya sebagai seorang wanita, ia bukan sesuatu yang mudah. Tambahkan ini kepada hakikat bahawa anda cuba untuk menjadi ibu baru atau cuba menjadi pengantin baru. Dan juga, terima kasih kerana bertanya, kerana tidak ramai yang bertanya adakah saya baik-baik sahaja. Tetapi ia adalah sesuatu yang sangat nyata yang berlaku di belakang tabir," - Meghan Markle

Berikutan tekanan dan ketegangan selepas melahirkan anak, Meghan bersama Putera Harry memutuskan untuk meraikan perayaan Krismas pertama Archie jauh dari keriuhan Istana Sandringham.

Sebaliknya, mereka bertiga memilih untuk menikmati waktu keluarga bersendirian di sebuah rumah di Pulau Vancouver di Kanada.

Menurut sumber, kemungkinan besar Putera Harry memutuskan untuk meninggalkan keluarga Diraja Britain adalah untuk melindungi isteri dan anaknya daripada sebarang bahaya terutamanya media Britain.

Sebelum berkahwin dengan Putera Harry, rakan-rakan Meghan yang merupakan rakyat Britain menasihatinya agar tidak berbuat demikian kerana tabloid Britain akan menghancurkan hidupnya.

Akan tetapi, Meghan yang berasal dari Amerika Syarikat tidak mengerti tentang perkara itu kerana hal sebegini tidak berlaku di negaranya.

Meghan dibuli secara perkauman

meghan markle dan putera harry bersama anak mereka archie

Sifat perkauman dari media juga dikatakan menjadi salah satu penyumbang kepada pengunduran ini. 

Antara kumpulan yang tidak terkejut dengan berita ini adalah orang berkulit hitam yang tinggal di Britain.

Sesetengah daripada mereka meluahkan rasa lega bahawa Meghan, yang mana ibunya seorang warga Afrika-Amerika, akhirnya keluar daripada terperangkap dalam persekitaran toksik.

Mereka tertanya-tanya bagaimana Meghan boleh bertahan dengan situasi itu terlalu lama.

Sanaa Edness, seorang imigran dari Caribbean ke Britain memberitahu New York Times bahawa "tiada siapa yang patut bertolak ansur dengan tindakan buli hanya kerana warna kulit mereka". 

muat naik twitter tentang cahaya mata putera harry dan meghan markle menggunakan gambar cimpanzi

Antara contoh sifat perkauman yang ditunjukkan ke atas Meghan termasuklah pengulas BBC, Danny Baker, yang memuat naik di Twitter satu jenaka mengenai cahaya mata Putera Harry dan Meghan Markle dengan menggunakan gambar cimpanzi.

Selain itu, tajuk utama Daily Mail menyatakan komen bersifat perkauman dengan mengingatkan pembaca bahawa kawasan kejiranan di mana Meghan dilahirkan adalah tersangat berbeza dengan persekitaran "kaya" di mana Putera Harry dibesarkan.

Daily Mail cuba untuk mengaitkan Meghan dengan "jenayah dan geng jalanan" yang terletak di kawasan L.A. dengan merujuk kepada hakikat bahawa ibunya masih tinggal di kawasan kejiranan mereka yang lama itu.

Malah, ia kelihatan seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh Meghan semuanya tidak betul. Seperti mana ketika dia dikritik dengan hebat kerana menghadiri jemputan khas menyunting satu keluaran majalah Vogue UK.

meghan markle vogue uk

Dan Wootton, editor eksekutif The Sun meluahkan rasa marahnya di TV dengan mengatakan bahawa keluarga Diraja tidak sepatutnya berbuat demikian.

Namun, keluarga Diraja Britain mempunyai satu tradisi melakukan apa yang dilakukan Meghan. Sebagai contoh, Putera Charles menjadi tetamu untuk menyunting majalah Country Life sebanyak dua kali.

Kate Middleton dipuji kerana menjadi tetamu untuk menyunting untuk Huffington Post dan dia juga dipaparkan di muka hadapan majalah UK Vogue.

Tak cukup dengan itu, Daily Mail mengkaji salahsilah keluarga Meghan dan menerbitkannya dengan tajuk "Bagaimana dalam 150 tahun, keluarga Meghan dari berubah daripada hamba kapas kepada keluarga Diraja melalui kebebasan dalam Perang Saudara A.S.". 

Ingin berdikari secara kewangan dari keluarga Diraja Britain

mengapa putera harry dan meghan markle mahu undur diri dari keluarga diraja britain 2 343

Seperti yang dinyatakan pasangan ini, mereka mahu berdikari dari segi kewangan. "Berdikari secara kewangan" adalah istilah yang menarik.

Kadang-kadang ungkapan itu bermakna bebas daripada wang keluarga, tetapi itu bukan apa ada dalam fikiran Duke dan Duchess of Sussex ini.

Sebaliknya, apa yang dimaksudkan adalah mereka tidak akan lagi menerima pembiayaan melalui Geran Berdaulat, dana yang ditubuhkan oleh kerajaan U.K. untuk urusan rasmi keluarga Diraja. 

Menerima wang itu datang dengan banyak syarat, seperti akses akhbar bukan sahaja kepada tugas diraja mereka tetapi kepada acara keluarga tertentu, yang membuatkan mereka tidak mempunyai privasi.

Kini mereka boleh bekerja dan memperoleh pendapatan, yang mana tidak dibenarkan ketika menjadi kerabat Diraja.

gambar keluarga putera charles dan puteri diana

Tetapi kerabat British mempunyai sumber pendapatan lain selain Geran Berdaulat.

Putera Charles juga adalah Duke of Cornwall. Oleh itu, beliau berhak mendapat semua pendapatan daripada Duchy of Cornwall.

Duchy of Cornwall mempunyai lebihan operasi hampir RM120 juta pada tahun 2019. Putera Harry, Wiliam dan isteri-isteri mereka menerima berjuta-juta pound setiap tahun dari Putera Charles.

Setakat ini masih tiada tanda-tanda bahawa Putera Harry berhasrat berhenti menerima pembayaran ini, tetapi ia bergantung kepada Putera Charles sama ada dia memutuskan untuk terus memberikan kepada pasangan ini. memberi mereka.

Bagaimana pula dengan kerjaya?

meghan markle dalam drama tv suits

Dari segi kerjaya, Meghan sudah tentu boleh kembali menjadi pelakon TV dan filem, yang mana menerima bayaran yang sangat lumayan.

Dia juga mungkin boleh melibatkan diri dalam bidang fesyen seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Putera Harry dan Meghan juga sudah mempunyai nilai kekayaan yang agak lumayan, dianggarkan bernilai sekitar RM120 juta.

Kekayaan mereka yang merupakan gabungan dari gaji Meghan sebagai seorang pelakon di Amerika Syarikat dan elaun tujuh angka Putera Harry serta pelaburan yang diwarisi dari ibunya, Puteri Diana, adalah berasingan daripada Geran Berdaulat.

Di mana mereka akan tinggal?

mengapa putera harry dan meghan markle mahu undur diri dari keluarga diraja britain 3

Putera Harry dan Meghan berkata bahawa mereka bercadang untuk membahagikan masa antara U.K dan Amerika Utara.

"Keseimbangan geografi ini akan membolehkan kami membesarkan anak kami dengan penghargaan kepada tradisi diraja kelahirannya, sambil memberi ruang kepada keluarga kami untuk memberi tumpuan kepada bab seterusnya, termasuk pelancaran entiti amal baru kami (Royal Sussex)," kata Putera Harry dan Meghan.

Ramai warga Amerika Syarikat mungkin beranggapan bahawa pasangan ini merujuk kepada Amerika Syarikat apabila menyebut Amerika Utara.

Namun ramai percaya bahawa mereka akan tinggal di Kanada. 

Ketika ini di U.K., pasangan ini mengatakan bahawa merancang untuk terus tinggal di rumah mereka di Frogmore Cottage, selagi mana dibenarkan Ratu Elizabeth II. 

Rujukan:

1. BBC

2. Inc

3. Daily Mail

4. NPR

5. Your Tango

6. NBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)