Sejak seabad yang lalu, pihak tentera banyak menemui teknologi moden yang penting. Walau bagaimanapun, kebanyakan teknologi ini bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa atau mengutamakan kesejahteraan rakyat namun lebih kepada penciptaan senjata canggih.

Tidak dapat dinafikan penglibatan sains semasa tragedi bom atom pada 1940-an, kini teknologi persenjataan sudah menjadi semakin maju dan lebih mengagumkan. Apa yang lebih merisaukan orang ramai ialah senjata generasi hadapan yang kini sedang dalam kajian dan fasa pembangunan prototaip. Mari kita lihat antara 10 senjata masa hadapan yang sedang dalam pembinaan tersebut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Biodesign Synthetic Organism

Projek ini sedang dibangunkan oleh Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dan mendapat dana jutaan dolar untuk diuji. Para penyelidik cuba mencipta satu “organisma” sintetik yang boleh dikawal dan mempunyai daya ketahanan tinggi sehingga mustahil untuk dibunuh pihak musuh. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimatikan secara automatik dengan hanya menekan satu butang jarak jauh sahaja. (sumber)

9. MAHEM

mahem

Salah satu lagi ciptaan menarik DARPA yang sedang dibangunkan adalah ‘Magneto Hydrodynamic Explosive Munition’ atau MAHEM. Tembakan dari senjata ini boleh meleburkan besi dan menembusi perisai musuh seperti kereta kebal sebelum meletup di dalamnya. Teknologi ini memberikan penambahbaikan senjata besar yang digunakan untuk menembusi pertahanan musuh dan juga mempunyai kawalan yang lebih efektif berbanding yang sedia ada. (sumber)

8. Free Electron Laser

free electron laser

Kini sistem laser yang sedang dibangunkan oleh tentera laut Amerika Syarikat ini adalah sejenis laser yang boleh dilaraskan dan mempunyai frekuensi yang paling ekstrim sekali. Sistem laser ini akan digunakan bagi tujuan memintas peluru berpandu atau roket yang dilancarkan musuh tidak kira sama ada di udara mahupun di dalam laut. Semasa tidak melakukan serangan, sistem ini juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan dan menjejak. Prototaip laser ini telahpun dihasilkan dan mendapat kelulusan. Dikhabarkan sistem ini akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini juga. (sumber)

7. HELLADS

hellads

Teknologi HELLADS atau ‘High Energy Liquid Laser Area Defense System’ merupakan salah satu sistem laser yang dibangunkan oleh DARPA dan dibiayai oleh Pentagon untuk kegunaan Tentera Laut AS. Kaedah mengunakan laser ialah dengan memasukkan cecair khas bagi memintas dan memusnahkan peluru atau mematahkan serangan dari musuh. (sumber)

6. Railgun

railgun

Walaupun tiada konsep baru railgun yang diperkenalkan, namun sejenis railgun baru telahpun dijadikan uji kaji selama sedekad lamanya. Dengan kebolehan melancarkan peluru berpandu yang kuat pada kelajuan 2.4 kilometer/saat (7 kali kelajuan bunyi), pihak tentera Amerika Syarikat menyatakan projek ini hanya akan siap sepenuhnya dalam masa 10 atau 15 tahun akan datang. (sumber)

5. Corner Shot Launcher

corner shot launcher

Hasil kolaborasi antara syarikat pembangunan pertahanan Israel dan Jerman, maka terhasillah senjata Corner Shot Launcher yang kita selalu lihat dalam drama dan filem Hollywood ini. Ia merupakan sebuah senjata moden yang mempunyai rangka boleh laras, kamera pemantau dan juga skrin visual. Senjata ini bukan sahaja membolehkan anda menembak dari dalam tempat persembunyian malah ia juga boleh menjadi alat pemantau tanpa perlu merisikokan nyawa untuk mengintai keluar. Walaupun pembinaannya sudahpun diumumkan sedekad yang lalu namun Corner Shot Launcher yang moden masih sedang ditunggu-tunggu ramai. (sumber)

4. Hybrid Insect MEMS

hybrid insect mems

Serangga Hibrid MEMS ini sebenarnya adalah hasil kacukan separuh serangga dan separuh robot pintar. Diperkenalkan dengan ciptaan sistem mekanikal mikro yang akan dimasukkan pada peringkat awal tumbesaran serangga (seperti kepompong atau telur), cyborg ini akan membesar dan dipantau dari jauh. Kebiasaannya kaedah ini akan digunakan bagi tujuan mengumpul maklumat, memantau ataupun mengesan ancaman. (sumber)

3. DREAD Silent Weapon

dread silent weapon

Senjata dengan nama yang begitu menggerunkan ini mampu melepaskan 240,000 tembakan tepat dalam masa hanya 1 minit. Selain itu, kelebihan sistem DREAD Silent Weapon ini ialah ia menggunakan kuasa elektrik berbanding serbuk letupan sekali gus menyelesaikan masalah isian semula, bunyi yang kuat serta kepanasan. Ciptaan senjata ini telah dipatenkan sejak tahun 2000 lagi namun kurang dapat dipastikan sama ada projeknya benar-benar sedang dibangunkan atau hanya sekadar dalam permainan video sahaja. (sumber)

2. Aurora Excalibur

aurora excalibur

Mungkin Aurora Excalibur tidak memiliki sebarang senjata pemusnah akan tetapi ia amat penting dalam sesuatu peperangan. Kapal terbang kecil tanpa pemandu ini boleh berlepas dan mendarat seperti helikopter dan boleh mencapai kelajuan 450 batu sejam. Kenderaan ini boleh mengangkut peluru berpandu memasuki kawasan musuh tanpa perlu ada perancangan untuk melarikan diri kerana tiada juruterbang menaikinya. Pengemudi boleh membuat kekacauan dari jarak jauh sahaja. (sumber)

1. XM-25 Grenade Launcher

xm 25 grenade launcher

Senjata XM-25 ini mempunyai kebolehan menembak secara automatik 25 bom letupan ditambah dengan bantuan cip komputer yang dipasang bagi membantu ketepatan mengenai sasaran. Walaupun senjata XM-25 ini sudahpun digunakan di Afghanistan dan ia bukanlah dikategorikan sebagai senjata masa hadapan, namun dijangkakan penggunaannya akan berterusan selama zaman berzaman disebabkan ia mudah dibawa ke mana-mana oleh tentera darat. (sumber) 




Hakcipta iluminasi.com (2017)