Oleh pada 29 Jul 2018 kategori

Dalam mana-mana bahasa sekalipun, tatabahasa adalah perkara yang paling penting. Ini adalah kerana maksud ayat bergantung kepada tatabahasa.

Antara tatabahasa yang agak penting adalah penggunaan tanda baca seperti titik, koma, tanda seru dan sebagainya. 2 buah ayat yang sama boleh membawa maksud yang berbeza dengan meletakkan tanda koma di dalamnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan ia sangat penting, pelbagai kontroversi telah tercetus dan iluminasi.com ingin kongsikan 5 kontroversi yang berlaku disebabkan oleh tanda koma.

5. Cukai tahun 1872

kontroversi cukai 1872 amerika syarikat disebabkan tanda koma

Pada tahun 1872, tanda koma tambahan dalam cukai pertanian mencetuskan kontroversi dan menyebabkan kos berjuta-juta dolar ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Cukai merupakan pendapatan utama kerajaan persekutuan AS pada tahun 1872.

Cukai pertama selepas Perang Saudara yang dikuatkuasakan oleh Presiden AS ketika itu, Ulysses Grant, bertujuan untuk merangsang ekonomi dengan menurunkan harga barangan pembuatan produk tertentu.

Apa yang dilakukan adalah cukai tahun 1872 menawarkan pengecualian ke atas "fruit-plants" ("tanaman berbuah"). Namun, berlaku kesilapan di mana tanda koma telah diletakkan di tempat sempang (-), di antara "fruit" dan "plants".

Kesilapan tanda koma ini telah menghasilkan dua kategori produk bebas cukai, iaitu buah dan tanaman, dan bukannya tanaman berbuah.

Kontroversi meletus serta-merta dan pada tahun 1874, kerajaan memutuskan bahawa kesalahan tatabahasa itu kekal. Akibatnya? Kerajaan kerugian RM8 juta atau bersamaan dengan RM172 juta pada tahun 2018.

4. Pertikaian gaji kerja lebih masa

kontroversi gaji kerja lebih masa oakhurst dairy

Satu lagi kontroversi kewangan yang disebabkan oleh tanda koma berlaku pada tahun 2014 apabila 3 pemando lori syarikat tenusu menyaman majikan mereka, Oakhurst Dairy di atas gaji kerja lebih masa yang tidak dibayar.

Oakhurst Dairy mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak membayar gaji lebih masa kepada pemandu.

Undang-undang Maine memberikan pengecualian untuk membayar gaji kerja lebih masa, khususnya bagi kerja:

"Pengetinan, pemprosesan, pemeliharaan, pembekuan, pengeringan, pemasaran, penyimpanan, pembungkusan untuk pengiriman atau pengedaran (tiga kategori barang)".

Pertikaian berpunca daripada ketiadaan tanda koma selepas perkataan "penghantaran". Adakah undang-undang ini merujuk kepada satu atau dua aktiviti?

Para pemandu berpendapat bahawa ketiadaan koma bermaksud undang-undang hanya merujuk kepada aktiviti pembungkusan dan bukannya pengedaran.

Ini bermakna mereka layak dibayar gaji kerja lebih masa. Pemandu-pemandu tersebut menekan habis-habisan dan keputusan mahkamah berpihak kepada mereka.

Oakhurst Dairy diarahkan untuk membayar $50,000 kepada setiap daripada 127 pemandu syarikat tersebut.

3. Pembatalan kontrak bernilai RM4 juta

kontroversi rogers communication vs bell aliant kerana tanda koma

Sebuah syarikat kabel Kanada, Rogers Communication dari Toronto, dan syarikat telefon, Bell Aliant, berhadapan dengan satu perbalahan mengenai satu kontrak yang dibatalkan.

Bell Aliant berkata bahawa kehadiran satu koma sebagai alasan untuk menamatkan kontraknya dengan Rogers Communications.

Kontrak tersebut berbunyi:

"Perjanjian ini akan berkuatkuasa dari tarikh ia dibuat dan akan terus berkuatkuasa untuk tempoh lima (5) tahun dari tarikh ia dibuat, dan selepas itu bagi tempoh lima (5) tahun seterusnya, kecuali dan sehingga ditamatkan oleh notis satu tahun secara bertulis oleh salah satu pihak,".

Rogers Communication percaya bahawa kontrak itu hanya boleh dibatalkan sebelum tempoh limta tahun terakhir bermula, sedangkan Bell Aliant mendakwa tanda koma antara "seterusnya" dan "kecuali" membenarkan mereka untuk membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Pihak bertanggungjawab ke atas kontrak itu berpihak kepada Bell Aliant, yang kemudiannya membatalkan kontrak tersebut. Kontroversi disebabkan tanda koma ini telah menyebabkan kerugian sebanyak RM4 juta kepada Rogers Communications.

2. Kontroversi 2 penari tiang, JFK dan Stalin

kontroversi penari tiang jfk dan stalin 2 210

Tanda koma mungkin tidak kedengaran seperti seksi namun seorang guru di sekolah menengah entah bagaimana dapat mengaitkan tatabahasa yang tepat kepada penari tiang, diktator Kesatuan Soviet dan Presiden AS.

Pada tahun 2015, para pelajar di Highland Park High School di Texas telah ditunjukkan satu ilustrasi John F. Kennedy, Joseph Stalin dan dua orang penari tiang.

Lukisan grafik yang mengejutkan itu disertai dengan dua versi ayat yang sama menggambarkan kesan penggunaan koma bersiri.

Satu versi berbunyi, "Kami menjemput 2 penari tiang, JFK dan Stalin".

Guru tersebut cuba untuk menunjukkan bahawa tanpa koma bersiri (koma Oxford), ayat ini menggambarkan bahawa JFK dan Stalin adalah 2 penari tiang tersebut.

kontroversi penari tiang jfk dan stalin 601

Dan untuk membetulkan ayat yang dimaksudkan iaitu JFK dan Stalin dijemput bersama-sama 2 penari tiang, satu tanda koma perlu ditambah menjadi:

"Kami menjemput 2 penari tiang, JFK, dan Stalin".

Namun, jelas sekali bahawa masalah subjek yang digabungkan dengan ilustrasi yang agak lucah ini membuatkan ibu bapa para pelajar berang dan mendorong pihak pentadbiran sekolah menyatakan bahawa imej tersebut tidak dibenarkan.

1. Wasiat keluarga

wasiat menjadi kontroversi oleh mahkamah kerana tanda koma

Wasiat direka bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan perbalahan selepas kematian orang tersayang. Namun, penggunaan tatabahasa yang salah boleh menyebabkan ia menjadi lebih teruk.

Benjamin Areson meninggal dunia pada tahun 1841 dan meninggalkan seorang balu serta 5 orang anak. Arahan yang diberikan untuk menjaga isterinya telah mencetuskan satu kes panas yang dibahaskan di Mahkamah New York.

Pernyataan yang dimaksudkan berbunyi, "Saya memberi dan mewariskan kepada isteri tercinta saya, Mary, semua harta saya, satu jam, dan faedah lima ratus dolar sepanjang hayatnya,".

Penggunaan koma bersiri telah menimbulkan persoalan yang tidak penting: Adakah frasa "sepanjang hayatnya" merujuk kepada hanya warisan $500 sahaja atau keseluruhan item yang disenaraikan?

Persoalan itu dengan pantasnya menjadi tidak relevan apabila Mary meninggal dunia tahun berikutnya.

Mahkamah yang berbeza dengan hakim yang berbeza terus tidak setuju dengan apa yang dimaksudkan oleh Benjamin malah memperkecilkan sesama sendiri tentang penggunaan dan pemahaman mereka terhadap tatabahasa.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)