Zaman kanak-kanak memang best! Walaupun begitu kami yakin masa kita kanak-kanak, ramai sebenarnya yang tak sabar-sabar nak jadi dewasa.

Ye lah, asyik-asyik kena kongkong. Itu tak boleh ini tak boleh. Nak merayap masa shopping dengan mak ayah pun susah, sebab kena tolong tengokkan adik-adik. Bila dah dewasa dan rasa apa itu dewasa, barulah kita sedar betapa nikmatnya zaman kanak-kanak kita. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setiap orang melalui zaman kanak-kanak berbeza, yang ada checkpoint-checkpoint tertentu berlaku membuatkan kita rasa kita dewasa. Berikut adalah checkpoint penulis. Anda pula bagaimana?

1. Dapat basikal sendiri

dapat basikal kenderaan pertama

Sebelum ada basikal sendiri, nak kena mana-mana terpaksalah menunggu mak ayah saja. Bila dah ada basikal sendiri, langkah kita jauh kadang-kadang sampai sesat entah di mana. 

Ini cerita zaman dululah. Dulu kanak-kanak berbasikal merayau merata-rata khususnya di kawasan bandar ni perkara biasa. Mengayuh ke kedai solo sebab mak pesan beli barang tu pun benda selalu yang dinanti-nanti kita.

Zaman sekarang tak tahulah makin susah nak tengok kanak-kanak berbasikal merata-rata. Mungkin kerana makin banyak kereta, risiko bahaya semakin tinggi atau kanak-kanak sendiri lebih suka duduk rumah main telefon berbanding ke kedai membeli gula.

Kat kampung, boleh nampak lagi lah situasi ni berlaku.

2. Mula guna pen di sekolah

nostalgia kanak kanak rasa dah jadi dewasa matang

Penulis tak pasti apa pengalaman anda, tetapi penulis mula menggunakan pen masa naik darjah 3. Selepas bertahun-tahun termasuk zaman tadika menulis menggunakan pensil dan pemadam, nak mula menggunakan pen untuk buat kerja sekolah memang rasa aneh. 

Sebab kita tahu kalau salah tulis, susah nak padam tak macam pensil. Kena lebih berhati-hati. Kalau yang mampu, mesti mak ayah dah bekalkan Liquid Paper. Dulu-dulu benda ni hanya untuk orang yang mampu.

3. Buat kad pengenalan

collect mykad jpn shah alam

Bagi generasi terdahulu sebelum wujudnya MyKid, kami tak ada kad pengenalan. Yang ada hanya surat beranak. Jadi bila tiba usia 12 tahun dan kena pergi ke JPN buat kad penganalan, dia punya gementar tu seolah-olah macam nak bersunatlah.

Satu saja persamaan yang sama dari dulu sampai sekarang, gambar IC kita baik dalam kad pengenalan dulu atau sekarang mesti semulajadi akan buat kita kelihatan tak kacak atau tak lawa.

Situasi ini diburukkan lagi dengan sistem kamera JPN sekarang yang tangkap on the spot kat kaunter. Lagi buruk muka kita jadinya. Tapi bestla, sebab dah ada IC sendiri.

4. Pertama kali keluar berjalan tanpa mak ayah

remaja lepak lelaki perempuan

Keluar ke kedai naik basikal beli makanan atau barangan tu seronok. Yang paling meninggalkan impak kepada seseorang adalah bila dia dapat kepercayaan oleh mak ayah dia untuk keluar jalan-jalan selalunya dengan kawan tanpa iringan mak ayah.

Waktu ni lah kita sebagai orang muda baru sedar bahawa dunia ni luas dan kita sebenarnya terbuka untuk menerokainya. Jadi apa yang biasa kita buat? Gi melepak dengan kawan-kawan kat shopping mall. 

Dari dulu sampai sekarang, situasi ni kekal. Anak muda kalau nak berjumpa ramai-ramai, mesti pergi shopping mall walaupun dalam poket hanya ada RM10.

5. Bila kita mula dibenarkan memasak tanpa pengawasan

kanak kanak umur 6 tahun pandai masak 720x420

Dalam zaman food delivery menjadi satu kaedah popular, agak sayang juga sekiranya generasi muda sekarang tidak lagi dilatih untuk memasak di dapur; tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

Kerana kemahiran memasak ni perlu dimiliki oleh setiap orang.

Penulis dulu seperti biasa masa mula-mula belajar, kenalah belajar goreng telur dulu. Kemudian basuh beras dan masak nasi. Upgrade sikit masak nasi goreng. Kemudian mula belajar masak ringkas-ringkas macam sup sayur, sup ayam, ikan dan ayam goreng dan sebagainya.

Dah sampai ke tahap ni pun dah cukup untuk kanak-kanak. Memang rasa matang habislah kita punya masakan dijadikan lauk utama untuk adik-adik makan tatkala mak ayah tak sempat (atau malas) nak masak.

6. Bila mak ayah mula terima pandangan kita

ibu bapa hormat pandangan kita

Semasa kecil, ramai kanak-kanak rasa tak puas hati dengan mak ayah kerana pandangan kita sering disangkal oleh orang tua.

Nak tak nak kita kena akui, waktu kanak-kanak logik dan pemikiran kita masih dangkal jadi banyak benda perlu kita diperbetulkan. Akan sampai satu tahap tu di mana mak ayah kita mula rasa kita dah mampu berfikir dengan baik, ada pandangan sendiri. 

Pandangan yang boleh pakai!

Bila kita dah sampai ke tahap ni, tahniahlah! Anda memang dah dewasa. Tetapi sekiranya anda dah tua bangka dan mak ayah anda masih nak overrule pandangan anda, ada kemungkinan situasi itu berlaku kerana mereka melihat anda masih seorang kanak-kanak; cuma berusia tua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)