Penampilan yang unik bagi setiap orang di atas muka Bumi ini adalah hasil kumulatif daripada generasi keturunan yang diwarisi dicampurkan dengan sifat-sifat pasangan mereka, untuk menghasilkan generasi yang baru.

Walaupun kita mengetahui perkara-perkara seperti warna kulit, mata dan rambut adalah sesuatu yang diwarisi, namun terdapat banyak lagi yang diwariskan daripada ibu bapa atau nenek moyang kepada anak-anak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan ciri-ciri ini tidak semestinya mempunyai kebaikan atau fungsi, namun boleh dibezakan daripada orang lain.

iluminasi.com kongsikan 6 ciri-ciri aneh pada tubuh badan yang anda tak tahu boleh diwarisi daripada ibu bapa.

1. Menggulung lidah

menggulung lidah hasil genetik

Sekitar dua pertiga daripada populasi manusia dapat menggulung setiap sisi lidah bersama-sama untuk membentuk bentuk seperti tiub dengan begitu mudah, sementara yang lainnya tidak mampu. dikutuk dengan lidah rata.

Salah satu sifat genetik yang dilihatkan seperti tidak mempunyai kebaikan, fenomena menggulung lidah mula-mula diperhatikan oleh ahli genetik perintis Alfred Sturtevant pada tahun 1940.

Beliau berpendapat bahawa keupayaan untuk menggulung lidah adalah sifat Mendelian, yang bermaksud bahawa ia hanya perlu diturunkan dari salah seorang daripada ibu bapa dan bukannya sebagai campuran kedua-duanya.

Dengan ini, keupayaan ini sangat lazim. Ciri-ciri Mendeli yang lain termasuklah warna mata dan bintik-bintik pada wajah.

Walau bagaimanapun, tidak seperti bintik-bintik wajah, menggulung lidah kadang-kala boleh dilatih. Dengan latihan yang mencukupi, orang normal juga boleh menggulungkan lidah mereka.

Satu kajian di Jabatan Sains Biologi Delaware melibatkan 33 orang berlidah biasa menunjukkan bahawa selepas latihan yang sengit selama sebulan, seorang daripada mereka berjaya menguasai kemahiran ini.

2. Jari kelingking bengkok

jari kelingking bengkok hasil genetik

Walaupun tidak selalunya hasil genetik, jari kelingking yang membengkok ke luar sering dikatakan sebagai sifat yang diwarisi.

Sekiranya anda ingin mengetahui sebab mengapa jari anda agak bengkok, mungkin anda perlu memeriksa tangan ibu bapa anda terlebih dahulu kerana jika salah seorang daripada ibu bapa anda memilikinya, peluang bagi anda adalah 50%.

Jadi yang bengkok mungkin juga mempunyai sebab-sebab bukan genetik yang lain termasuklah kecederaan atau penyakit.

Malah, tahap bengkok jari juga menjadi perkara yang masih dikaji sehingga kini. Adakah sudut jari yang bengkok itu juga diwarisi atau tidak? Masih banyak persoalan tentang jari kelingking bengkok.

3. "Widow’s peak"

widow s peak diwarisi dari ibu bapa

Sudah diketahui umum bahawa botak bagi lelaki dapat dikaitkan dengan gen yang diwarisi daripada ibu. Kromosom X ibu boleh mengandungi kecenderungan genetik untuk botak, walaupun ini bukanlah satu-satunya punca botak.

Gen yang diwariskan oleh bapa juga boleh menjadi faktor botak namun kebarangkalian lebih tinggi daripada gen ibu.

Keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran, terutamanya merokok dan minum alkohol.

Walaubagaimanapun, kecenderungan untuk keguguran rambut atau botak disebabkan oleh genetik bagi mereka yang memiliki "widow's peak" adalah lebih kuat.

Garis rambut berbentuk v yang unik ini adalah sifat dominan yang boleh diwariskan dari bapa atau ibu. Kedua-dua lelaki dan wanita boleh memilikinya, namun ia adalah kurang ketara pada wanita kerana mereka tidak cenderung kehilangan rambut.

"Puncak" yang dimaksudkan merujuk kepada garis rambut berbentuk segitiga yang terletak di atas dahi, yang mana lebih jelas apabila keguguran rambut.

Dan walaupun widow's peak ini adalah diwarisi, namun ia tidak semestinya diikuti dengan masalah botak.

4. Pekak nada

pekak nada diwarisi daripada ibu bapa

Pekak nada dan lawannya iaitu dapat mengesan nada dengan sempurna, kedua-duanya boleh disebabkan oleh genetik.

Dikenali sebagai Congenital Amusia, pekak nada yang diwarisi adalah masalah di mana penghidap tidak dapat mengenali dan membezakan nada muzik.

Mereka tidak dapat mengenali sesebuah lagu itu hanya dari muziknya sahaja, dan tidak dapat mengesan apabila lagu tersebut dinyanyikan.

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai masalah ini tidak dapat mengesan 'nota bulat' dalam lagu, walhal nota ini boleh dikesan oleh bayi sekalipun.

Walaupun ia boleh dikatakan sebagai kecederaan otak, sebahagian besar daripada mereka yang pekak nada ini tidak mempunyai gejala lain dan tidak mengalami apa-apa kesukaran, kecuali "diharamkan" dari Karaoke.

Secara Khusus, mereka yang mempunyai amusia kongenital tidak dapat mengetahui bahawa lagu yang mereka nyanyi sangat sumbang.

Antara 70% dan 80% orang yang pekak nada adalah disebabkan oleh genetik, dan sekitar 4% penduduk dikatakan mengalami masalah ini. 

5. "Morton's toe"

jari kaki morton diwarisi dari ibu bapa

"Jari kaki Morton" adalah keadaan yang diwarisi di mana jari telunjuk pada kaki lebih panjang daripada ibu jari dan kadang kala, jari hantu juga lebih panjang.

Anggaran bagi jumlah mereka yang mempunyai sifat ini adalah berbeza-beza, tetapi ia boleh menjejaskan di antara 3% dan 20% populasi manusia.

Keadaan ini dinamakan bersempena nama seorang pakar bedah ortopedik, Dr. Morton. Morton mempercayai bahawa jari kaki kedua yang panjang ini berlaku sejak zaman pra-manusia apabila monyet menggunakan kaki untuk memegang objek.

Namun, teori ini tidak pernah dibuktikan. 

6. Buku lima berbulu

buku lima berbulu hasil waris genetik

Jika anda mempunyai bulu di bahagian atas jari anda, di antara buku lima anda, ia adalah disebabkan oleh genetik anda. Ahli antropologi telah mengkaji bulu-bulu ini selama hampir 100 tahun.

Ia dikatakan paling kerap tumbuh di pada jari manis dan tidak muncul pada ibu jari.

Ia juga dikatakan paling umum di kalangan orang berkulit putih (Caucasian), namun sebabnya adalah tidak jelas.

Para penyelidik percaya bahawa penyebabnya mungkin berkaitan dengan pendedahan ketika hamil terhadap androgen, hormon yang berkaitan dengan perkembangan ciri-ciri lelaki.

Ciri ini dikatakan dominan, bermakna ia mesti hadir dalam salah seorang sama ada ibu atau bapa.

Rujukan:

1. Healthline

2. Children's Hospital

3. Know Genetics




Hakcipta iluminasi.com (2017)