Selepas iPhone X diumumkan akan dikeluarkan, ramai yang tak sabar-sabar untuk mendapatkannya. Bagi mereka yang berada ia sudah tentu tidak menjadi masalah.

Namun ada di antara mereka yang berpendapatan rendah, atau cukup-cukup makan yang menginginkan telefon pintar ini, dan berkata sanggup menjual organ badan untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone X.

BESARKAN TEKS     A-  A+

derma organ

Bunyi macam kelakar, tapi ia adalah realiti, dan iluminasi.com ingin berkongsi 10 bahagian badan yang anda boleh jual untuk mendapatkan wang segera.

10. Darah

derma darah 194

Di Malaysia kita biasanya menderma darah dengan rela hati dan percuma, serta diberikan air kotak dan makanan. Namun lain bagi di Amerika syarikat. Mereka memberika insentif kepada penderma darah termasuk gift card, tiket percuma ke perlawanan judi kuda atau tiket wayang. 

Bunyi macam tak lumayan, tetapi gift card tersebut berharga RM80. Dan jika setiap 56 hari (untuk boleh derma darah semula) anda mengumpulkan wang sebanyak itu, ia berjumlah RM520 setahun.

Namun, darah yang diperoleh bank darah ini akan dijual kepada pihak hospital dengan harga RM1,260 bagi setiap 473ml.

9. Rambut 

derma rambut

Selama ini penulis potong rambut tak pernah terfikirkan untuk menjualnya kembali. Tapi bila dah tahu, terasa sedih apabila mamak-mamak menyapu rambut masuk ke dalam tong sampah begitu sahaja.

Terdapat laman web yang membolehkan anda menjual rambut anda secara lelong, seperti buyandsellhair.com, thehairtrader.org, onlinehairaffair.com, hairwork.com. Secara purata, rambut mampu tumbuh dengan kadar 15 sentimeter setahun.

Dan dengan jumlah ini, anda mampu menjana di antara RM1,000 sehingga RM12,500, mengikut jumlah, kualiti dan pasaran rambut.

Kebanyakan pembeli mencari rambut yang belum pernah diwarnakan atau dirawat secara kimia. Jika panjang rambut anda melebihi 25 sentimeter, anda mampu menjana lebih banyak wang. Jadi, adakah anda sanggup botak untuk mendapatkan iPhone X?

8. Plasma

plasma

Menderma sel plasma tidak seperti menderma darah. Jika anda menderma plasma, ia akan dibayar kerana ia digunakan untuk menghasilkan ubatan dan merawat pelbagai penyakit genetik. Anda boleh menderma sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ia mengambil masa yang singkat untuk pulih, biasanya 48 jam.

Bagi menderma plasma, anda harus melalui proses pemeriksan terlebih dahulu. Mereka yang layak mederma biasanya ditawarkan sehingga RM1,700 sebulan. Dan bagi penderma yang datang berturut-turut, insentif tambahan akan diberikan sebanyak RM340 sebulan, menjadikan jumlah RM2,040 sebulan.

7. Sperma

sperma

Ia mungkin haram bagi kita di Malaysia, namun tidak di Amerika Syarikat. Di US, penderma sperma mampu menggunakan wang tersebut untuk membayar sewa ruma. Anda perlu mengisi borang permohonan termasuklah maklumat kesihatan hingga 3 generasi ke atas, kemudian melalui temuduga lisan.

Jika anda lulus, setiap cawan yang didermakan akan dibayar RM525. Setiap klinik mempunyai polisi berlainan, dan ada yang memerlukan penderma menderma sebanyak 3 kali seminggu, dengan bayaran RM4,200 sebulan.

Dengar macam mudah, tetapi anda perlu tahu, anda tak boleh mengeluarkan sperma anda selain daripada di klinik tersebut. Ini kerana pihak klinik mahukan spesimen yang terbaik daripada anda. 

Dan sudah tentulah ia haram bagi kita umat Islam, kerana perbuatan onani itu pun sudah haram. Jadi lupakan saja ya.

6. Tahi

tahi 305

Ya, penulis tahu anda tak pernah menjangkakan tahi anda merupakan satu pelaburan yang baik. Mungkin sebab itu orang menggelarkan perbuatan membuang air besar sebagai "melabur"?.

Jika anda mengambil sumber serat yang mencukupi, anda akan mendapat jumlah tahi yang banyak. Dan ia boleh didermakan. Bagi penderma yang sihat, tahi ini akan dipindahkan untuk membantu merawat jangkitan C.difficile (cirit birit yang teruk dan radang usus).

Tahi anda dapat membantu mengembalikan keseimbangan yang disebabkan oleh ubat antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan tersebut.

Sebanyak RM170 akan dibayar bagi setiap sampel, di mana anda perlu menderma 4 kali seminggu. Jika anda mendermakan 5 hari dalam seminggu, bonus sebanyak RM210 akan diberikan. Jika dihitung, anda boleh menjana RM54,600 setahun atau RM4,550 sebulan.

Namun anda haruslah lulus ujian pemeriksaan najis dan skrin darah terlebih dahulu sebelum menderma.

5. Sumsum tulang

sumsum tulang

Mahkamah Amerika Syarikat mengarahkan penderma sumsum tulang diberi pampasan kerana ia sesuatu yang sukar didapati. Sumsum tulang yang didermakan dikatakan sebagai kunci untuk melawan penyakit leukemia, limfoma, dan barah darah yang lain.

Sebanyak RM12,600 boleh diperolehi bagi setiap kali menderma. Anda memerlukan masa 8 minggu untuk pulih, yang membuatkan sebanyak RM75,600 boleh dijana dalam setahun.

Jika anda membayangkan proses menderma sumsum tulang seperti dalam filem, yang tersangat sakit itu, ia bukanlah seperti itu. Dengan kemajuan yang ada, sel stem kini boleh diperoleh daripada darah yang diesktrak melalui derma darah biasa.

4. Susu ibu

susu ibu

Ya, betul wahai para ibu. Ia bukan jenaka, tapi benar. Susu ibu yang didermakan kepada bank susu biasanya diberikan kepada ibu-ibu yang tak mampu menghasilkan susu badan sendiri kepada bayi mereka yang baru lahir.

Namun kini terdapat ramai atlet dan ahli bina badan yang beratur untuk membeli susu ibu, untuk mendapatkan tenaga yang lebih, dan pertumbuhan otot yang cepat. Ada yang mendakwa ia mampu meningkatkan sistem ketahanan badan.

Bagi ibu yang sihat dan menghasilkan susu lebih daripada yang diperlukan oleh bayi mereka boleh menjualnya di laman web seperti onlythebreast.com. Harga ditentukan mengikut umur bayi yang mempengaruhi kompisisi susu, dan jumlah yang diperlukan pembeli. 

Setiap 28ml atau 28gram, anda boleh mendapat pulangan sebanyak RM4.2 hingga RM10.5, yang menjadikan jumlah ini kepada RM96,600 setahun.

3. Ovum

ovum

Jika kaum adam boleh menderma sperma, kaum hawa juga boleh melakukan perkara yang sama. Bezanya, telur dihasilkan wanita, atau ovum, mampu menjana dua kali ganda daripada sperma.

Ia disebabkan sperma boleh dihasilkan bila-bila masa, dan ovum mempunyai jangkamasa tertentu yang terganggu oleh proses haid. Sebanyak RM33,600 boleh diperoleh penderma yang sihat bagi setiap kitaran derma.

Setiap kitaran merangkumi tempoh 4 minggu, dan perlu berehat selama 3 bulan. Namun bagi mereka yang mempunyai wajah yang cantik dan baik dari segi akademik, pihak berkenaan sanggup membayar dua kali ganda, yang mampu menjana RM100,800 setahun.

2. Rahim

rahim

Anda tak perlu derma, tetapi hanya menumpangkan bayi untuk 9 bulan, yang mampu menjana RM126,000 bagi tempoh 9 bulan. Disebabkan proses "ibu tumpang" ini tidak digalakkan di kebanyakan negara, ia membuatkan Amerika Syarikat menjadi tumpuan pasangan antarabangsa yang mahukan bayi dengan cara ini.

Namun ia masih diharamkan di kebanyakan negeri di Amerika, termasuklah di New York, Michigan, Nebraska dan New Jersey. Bagi 22 negeri yang lain yang membenarkan proses ini, setiap kali anda menumpangkan bayi dalam rahim anda, akan memberikan pulangan sehingga RM189,000.

1. Ujian klinikal

ujian klinikal

Jika anda tak mahu mendermakan apa-apa, anda boleh meminjamkan keseluruhan badan anda kepada penyelidik perubatan. Badan anda akan digunakan dalam ujian klinikal, daripada ujian selesema, kepada mencuba ubat tahan sakit, sehinggalah kepada mencuba ubat bagi merawat jangkitan kelamin.

Tak semua cukup berani melakukan perkara ini, tetapi jika anda mampu, ia agak lumayan. Ia mempunyai beberapa fasa, dan bagi fasa pertama, kajian ini mampu memberikan pulangan di antara RM6,300 hingga RM21,000 untuk seminggu.

Anda boleh membantu industri perubatan, dan juga mendapat bayaran. 2 dalam 1. Namun, ada yang mengatakan bayarannya tidak berbaloi kerana sangat berisiko. Jika anda masih sanggup, anda mampu menjana sehingga RM210,000.




Hakcipta iluminasi.com (2017)