Bagi orang Islam, apabila seseorang meninggal dunia, adalah menjadi kewajipan bagi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk menguruskan mayatnya untuk dikebumikan dengan segera. Mayat si mati terlebih dahulu akan dimandikan, disolatkan sebelum dikebumikan di liang lahad.

Bagi penganut agama lain atau masyarakat, ada antaranya yang mempunyai ritual atau upacara pengkebumian yang unik dan pelik. Kali ini, Iluminasi ingin berkongsi ritual kematian pelik yang diamalkan masyarakat seluruh dunia. Ada diantara amalan ini yang sudah dihentikan tetapi ada juga yang masih diamalkan sehingga kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sati (India)

ritual sati hindu

Sati adalah amalan masyarakat penganut Hindu satu ketika dahulu dimana seorang janda yang baru kematian suami akan dibakar bersama-sama dengan suaminya sewaktu upacara pembakaran mayat suami. Ianya dilakukan sama ada secara sukarela mahupun dengan cara paksa.

Selain dibakar, upacara ini juga boleh dilakukan sama ada dengan menanam seorang janda tersebut secara hidup-hidup atau melemaskannya sehingga mati. Amalan ini popular suatu ketika dahulu terutamanya pada bahagian selatan India, terutamanya bagi golongan kasta tinggi. Ianya merupakan simbolik taat setia seorang isteri kepada suami. Amalan Sati ini telah diharamkan pada tahun 1827.

2. Famadihana (Madagascar)

ritual famadihana madagascar

Famadihana merupakan satu amalan masyarakat bahagian selatan Madagascar yang bertujuan untuk menghormati mayat. Ianya diadakan setiap 7 tahun sewaktu musim sejuk, iaitu antara bulan Julai hingga September. Ianya seolah-olah sebuah festival dan perayaan dimana setiap orang yang terlibat dilarang menangis dan menunjukkan rasa sedih.

Ritual Famadihana ini dimulakan dengan menggali semula kubur-kubur si mati dan mayat tersebut akan dibalut semula dengan kain baru dan diarak sebelum ditanama semula. Dalam ritual ini juga, mayat-mayat yang mempunyai talian kekeluargaan akan ditanam semula dalam satu kubur yang sama. Ritual ini akan disertai dengan bunyi muzik, tarian, berparti dan berpesta. Kali terakhir ianya diakan pada tahun 2011, bermakna pada tahun 2018 ianya akan diadakan sekali lagi.

3. Potong jari (Papua New Guinea)

amalan potong jari 159

Masyarkat etnik Dani di Papua New Guinea mempunyai amalan pelik iaitu wanita yang kematian ahli keluarga dan anak akan memotong jari mereka. Mereka percaya bahawa kesakitan fizikal dan emosi sewaktu memotong jari tersebut adalah penting sebagai tanda bersedih di atas kematian ahli keluarga mereka.

Selain sebagai tanda kesedihan, amalan ini juga dilakukan sebagai proses untuk mengusir semangat jahat daripada mayat daripada merasuk diri mereka. Amalan dan ritual ini telah diharamkan, tetapi bukti amalan ini pernah dilakukan dapat dilihat pada jari-jari golongan wanita tua daripada etnik ini yang memiliki jari kudung.

4. Penyimpanan tengkorak (Kiribati)

tengkorak kaum kiribati

Kiribati merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Pasifik. Sebelum abad ke 19 dan kedatangan agama Kristian, masyarakat di pulau ini akan menyimpan tengkorak ahli keluarga yang mati. Amalan ini diakukan agar Tuhan memudahkan roh dan semangat si mati untuk ke kehidupan akhirat.

Selepas kematian seseorang, mayatnya akan disimpan di rumah selama 3 hingga 12 hari untuk membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada simati. Untuk mengelakkan mayat berbau, ahli keluarga akan membakar daun-daun kering berdekatan mayat dan meletakkan bunga yang berbau wangi pada mulut, hidung dan telinga mayat.

Ahli keluarga juga akan menyapu badan mayat dengan air kelapa dan minyak-minyak berbau wangi. Beberapa bulan selepas mayat ditanam, ahli keluarga akan menggali semula kubur simati dan mengambil tengkoraknya. Tengkorak tersebut akan dibersihkan dan disimpan di rumah. Ahli keluarga simati kemudiannya akan makan dan tidur berdekatan tengkorak tersebut, serta membawanya kemana sahaja mereka pergi. Selepas beberapa tahun, tengkorak tersebut akan ditanam semula.

5. Gantung keranda (Filipina)

ritual pengebumian etnik irogot

Kita biasa melihat keranda yang berisi mayat akan ditanam di bawah tanah. Tetapi, bagi masyarakat etnik Igorot di kawasan pergunungan utara Filipina, mereka akan menggantung keranda tersebut di sisi tebing bukit. Masyarakat di sini percaya meletakkan mayat dalam keadaan tersebut akan mendekatkan simati dengan roh nenek moyang mereka.

Sementara itu, mayat tersebut juga akan diletakkan dalam keranda tersebut sepertimana kedudukan janin dalam rahim ibu. Mereka percaya bahawa seseorang manusia itu mestilah meninggalkan dunia ini dalam kedudukan yang sama sebagaimana mereka masuk ke dunia ini. Kini, amalan pengkembumian seperti ini sudah jarang diamalkan apabila masyarkat di sana menganut ajaran agama Kristian.

Kredit:

  1. Kashgar
  2. Afro Tourism
  3. Emory University
  4. Rough Guides



Hakcipta iluminasi.com (2017)