aliff syukri tayang kereta baru

Hari-hari kita menggunakan media sosial sehinggakan majoriti masa kita di internet adalah melalui media sosial. Apa yang kita baca semuanya majoritinya datang daripada perkongsian orang ramai sehinggakan enjin carian pun, jarang digunakan.

Ketagihan media sosial ini sebenarnya banyak mewujudkan penyakit-penyakit mental yang sebelum ini belum pernah wujud. Apa yang menakutkan, ramai di antara kita tidak menyedari kita mempunyai penyakit ini.

1. Phantom Buzzing Syndrome

phantom buzzing bergetar

Menurut Dr.Larry Rosen dalam bukunya iDisorder, majoriti seramai 70% pengguna media sosial akan mengalami masalah ini. Kita sudah terlalu kerap merasakan getaran atau vibrasi telefon kita dalam poket dan terus memeriksa telefon, membuatkan otak kita akan diprogram untuk bertindak balas terhadap getaran itu dengan langkah yang jadi rutin kita.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, ada ketikanya tidak ada telefon dalam poket pun, kita akan secara automatik menganggap ada notifikasi masuk, kerana badan kita merasakan ada getaran-getaran berlaku pada bahagian di mana telefon selalu disimpan. Tindakan refleks ini berlaku kerana otak kita sudah dibiasakan dengan vibrasi dari telefon sehingga kita tidak dapat lagi membezakan gatal pada kulit dengan getaran vibrasi telefon.

2. Cyberchondria

cyberchondria simptom

Cyberchondria berlaku apabila kita membaca tentang sesuatu penyakit dalam media sosial, kemudian kita melakukan penilaian berdasarkan apa yang kita baca dan akhirnya kita merasakan diri kita mempunyai penyakit tersebut.

Sebagai contoh - anda membaca satu artikel tentang '5 tanda anda mempunyai kanser otak' dan ada dua tanda yang dikongsikan berkait dengan anda. Anda kerap pening dan anda kerap rasa nak pitam. Kebimbangan anda itu ditukarkan menjadi ketakutan di mana anda takut anda betul-betul sakit sehingga mampu membuatkan anda percaya perkara buruk akan terjadi pada anda.

3. The Google Effect

google semuanya

Bila kali terakhir anda ingat nombor telefon individu yang penting pada anda? Itu permulaannya selepas kita mempunyai teknologi buku telefon dalam telefon. Kini, simptom The Google Effect pula menular kerana semakin ramai manusia merasakan yang kita sudah tidak perlu mengingati sesuatu, kerana adanya Google. Otak kita kini mulai menyimpan kurang maklumat berbanding dahulu walaupun maklumat semakin mudah diperolehi.

Kesannya mungkin tidak dirasai sangat ketika ini. Bagaimanapun proses pembelajaran satu masa nanti pasti berubah, apabila pelajar mula tidak mengingati apa yang mereka pelajari kerana kita sudah terbiasa dengan sistem maklumat di hujung jari.

4. Facebook Depression

kemurungan facebook

Dalam satu kajian yang dilakukan University of Michigan, perasaan murung didapati meningkat sejajar dengan jumlah masa yang digunakan oleh orang muda di Amerika Syarikat. Ini berlaku kerana orang ramai hanya akan memuat naik perkara baik tentang mereka dalam Facebook - percutian, parti, buat apa dan sebagainya.

Melihat gambaran tersebut mampu membuatkan kita beranggapan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti berbanding kita, sedangkan perkara itu tidak benar. Menurut kajian tersebut, andai seseorang terlalu memfokuskan dirinya terhadap apa yang dipaparkan di dalam Facebook, memang mudah untuk dia jadi murung. Nasihat penyelidik, jangan percaya apa yang anda lihat dalam Facebook.

5. Fear of Missing Out

fomo takut ditinggalkan ketinggalan

Fear of Missing Out (FoMO) atau takut ketinggalan adalah gejala yang semakin kerap melanda pengguna media sosial. FOMO boleh berlaku dalam beberapa cara. Contohnya apabila kita selalu kerap disisihkan daripada acara sedangkan gambar perkongsian rakan telah dimuat naik, yang membuatkan kita tertanya mengapa kita tak dijemput.

FOMO juga berlaku dalam bentuk perbincangan, di mana kita tidak tahu sesuatu isu viral yang menjadi perbualan ramai sedangkan orang lain ketawa berdekah-dekah tentang isu viral yang nampak seperti anda sahaja tak tahu.

Ekoran daripada kegusaran kita tidak mahu 'ketinggalan' itu, kita akan lebih banyak menghabiskan masa kita untuk memastikan diri kita tidak terlepas dari undangan atau isu semasa yang hangat, menjadikan kita sentiasa risau terlepas sesuatu yang dikongsikan.


tags : , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)