telefon pintar

Selain Facebook, Instagram dan Twitter, Snapchat adalah salah satu aplikasi telefon pintar yang popular. Ianya membawa fungsi yang unik dan berlainan daripada Facebook, Instagram dan Twitter dimana pengguna boleh berkongsi video atau gambar dan selepas satu tempoh, gambar dan video tersebut akan dipadam.

Fungsinya yang unik ini digemari oleh kebanyakan pengguna yang gemar berkongsi hal-hal kehidupan seharian mereka. Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Snapchat yang mungkin anda tidak pernah dengar.

aplikasi snapchat

1. Mengikut statistik yang dikeluarkan, gambar minuman merupakan gambar popular yang dimuatnaik oleh pengguna. Statistik menunjukkan 93% peratus pengguna melakukannya!

2. Snapchat merupakan aplikasi yang sangat popular mengalahkan aplikasi-aplikasi yang lain. Walaubagaimanapun, hanya aplikasi Facebook sahaja yang mampu mengalahkan populariti Snapchat.

3. Kejayaan aplikasi Snapchat menunjukkan contoh bahawa sekiranya kita berusaha, kita akan berjaya. Pengasas-pengasas Snapchat, Evan Spiegel, Reggie Brown Poster dan Bobby Murphy pernah mencuba 34 projek sebelum ini sebelum berjaya memperkenalkan Snapchat. Idea mereka pada awalnya dikritik namun mereka tidak ambil peduli dan membuktikan idea mereka sangat bagus.

4. Pada tahun 2016, gambar dan video yang dimuatnaik di Snapchat telah dilihat lebih 7 bilion kali oleh penggunanya. Ini merupakan peningkatan daripada 2 bilion jumlah paparan dilihat pada bulan Mei 2015.

5. "Filter" merupakan fungsi paling popular dalam aplikasi Snapchat. Pada 2015, pihak Snapchat telah memperkenalkan fungsi ini dan fungsi ini telah banyak membantu melonjakkan populariti Snapchat.

ikon aplikasi snapchat

6. 70% pengguna Snapchat adalah wanita manakala bakinya adalah lelaki. 

7. Sewaktu diperkenalkan pada awal kemunculannya, Snapchat dikenali sebagai Picaboo.  Kemudian pada 2012, barulah nama Snapchat digunakan secara rasminya.

8. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sangat berminat untuk membeli Snapchat. Pada awalnya beliau telah membuat tawaran bernilai $1 bilion untuk membeli Snapchat tetapi tawaran tersebut telah ditolak. Beliau kembali dengan tawaran $3 bilion namun tetapi ditolak. Selepas itu beliau telah menawarkan $4 bilion tetapi tawaran tersebut turut ditolak.


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)