Oleh pada 25 May 2017 kategori

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai syurga membeli belah. Dengan kadar tukaran matawang yang murah serta banyaknya pusat membeli belah di negara kita, khasnya ibu kota Kuala Lumpur (KL) pasti ramai di antara kita dan juga pelancong gemar melawat pusat beli belah di sekitar ibu kota.

Walaupun begitu, KL juga merupakan tempat yang mempunyai banyak tarikan lain yang mampu membawa kita mendekati alam semulajadi ataupun mengenal budaya serta adat kesenian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 tempat menarik di KL yang patut anda lawati dan bukan untuk tujuan membeli belah.

1. Aquaria KLCC

iluminasi tempat men arik kl

Terletak di kawasan bersebelahan menara KLCC, Aquaria menempatkan lebih 250 spesis hidupan laut dan darat, Aquaria merupakan pengalaman unik yang perlu dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Bayangkan berada dalam jarak 5 kaki daripada seekor jerung yang berada di atas kepala kita, sehinggakan kita mampu melihat jerung tersebut berenang-renang seperti kita pun sedang berada di dalam laut, menarik kan?

Bayaran masuk - RM49 Dewasa & RM39 Kanak-Kanak

2. Taman Burung KL

iluminasi tempat men arik kl4 312

Menjadi rumah kepada lebih 3000 ekor burung daripada lebih 200 spesis, Taman Burung KL terletak di dalam Taman Botani Perdana, nama baru bagi Taman Tasik Perdana. Banyak aktiviti dianjurkan oleh pihak pengurusan KL Bird Park setiap bulan seperti aktiviti larian dan pertunjukan burung diadakan setiap hari.

Bayaran masuk - RM27 Dewasa dan RM13 Kanak-Kanak

3. Muzium Kesenian Islam Malaysia

iluminasi tempat men arik kl5

Di buka pada tahun 1998, Muzium Kesenian Islam Malaysia menempatkan lebih 3000 artifak dan replika kesenian Islam yang datang dari seluruh dunia. Setiap bulan akan ada pameran yang mengikut tema tertentu akan dipamerkan sebagai tarikan utama pengunjung untuk melawat. Juga mempunyai perpustakaan khas untuk rujukan dan juga perpustakaan khas untuk kanak-kanak.

Bayaran masuk - RM14 dewasa, RM7 pelajar dan RM7 kanak-kanak

4. Muzium Negara

iluminasi tempat men arik kl

Ada di antara kita yang pernah menyertai rombongan sekolah ke Muzium Negara sewaktu kecil? Muzium Negara yang terletak di Jalan Damansara dengan reka bentuk bangunan yang unik. mengikut senibina Minangkabau. Terdapat 4 galeri yang ada di dalam Muzium Negara memaparkan pelbagai artifak berkaitan sejarah, budaya, seni serta berbagai elemen lain.

Bayaran masuk - RM2 dewasa dan percuma bagi kanak-kanak

5. Planetarium Negara

iluminasi tempat men arik kl3

Pasti ramai di antara kita yang meminati ilmu astronomi, kerana angkasa menimbulkan banyak tanda tanya pada kita, manusia. Planetarium Negara menempatkan pameran berkaitan cerapan angkasa yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu astronomi dan pengembaraan angkasa, seperti alat-alat yang digunakan untuk mengkaji angkasa, enjin roket yang digunakan, peralatan untuk ke angkasa serta pertunjukan teater berskala besar yang dipancarkan ke dom gergasi untuk tontonan orang ramai.

Bayaran masuk - RM6 dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang saya tak dapat masukkan yang ada di sekeliling KL untuk anda lawati sambil menambahkan pengetahuan. Ini adalah 5 contoh tempat pameran yang elok dikunjungi untuk kita menambahkan ilmu pengetahuan disamping juga mampu memberikan inspirasi kepada kita.

Saya menyarankan agar kita semua cuba memupuk minat kita dan generasi anak-anak kita agar gemar menghadiri tempat sebegini bagi memperkembangkan lagi kemahuan kita sebagai satu masyarakat, dalam mencari ilmu yang tidak akan putus-putus kita perlukan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)