Pernah tak waktu anda buat pembentangan powerpoint, salah seorang daripada penonton anda tertidur? Mungkin sebab tajuk pembentangan anda sangat membosankan, atau mungkin intonasi suara anda yang senada, atau mungkin juga sebab slideshow anda macam gambar ini:

Buat yang handal menggunakan powerpoint, senanglah bagi mereka untuk menghias slideshow agar menarik dan interaktif. Tetapi buat orang kebanyakan macam kita, guna sahajalah template yang ada. Sekiranya anda berhasrat untuk mempunyai sesi pembentangan yang menyeronokkan, senarai perisian di bawah mungkin dapat membantu anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Haiku Deck

haku deck logo

Perisian ini mempunyai pelbagai template yang mengelakkan penonton anda daripada terlena. Ia mempunyai beribu-ribu template yang sesuai bagi sebarang jenis pembentangan. Disebabkan Haiku Deck merupakan perisian cloud-based, maka anda boleh mengakses hasil kerja anda dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Anda juga boleh mengeksport pembentangan anda dalam bentuk PDF, Powerpoint ataupun Keynote.

haku deck

Prezi

prezi logo

Perkara utama yang membezakan Prezi daripada perisian cloud-based yang lain ialah gaya persembahan yang unik. Video di bawah menunjukkan contoh slideshow yang anda boleh buat dengan menggunakan Prezi.

Oleh itu, meskipun anda kehabisan idea atau anda bukanlah seorang yang kreatif, dengan bantuan template Prezi yang lain unik, anda juga mampu mempunyai slideshow yang menarik dan berinteraktif.

Anda juga boleh muat turun pembentangan anda untuk digunakan secara luar talian.

Piktochart

piktochart infographics tool

Piktochart sebenarnya diasaskan di Pulau Pinang. Walaupun bertapak di Malaysia, perisian ini berjaya mendapat tempat di peringkat antarabangsa dan mempunyai sebanyak 5 juta pengguna.

Seperti kebanyakan perisian yang lain, Piktochart juga mempunyai banyak template yang sesuai dengan pelbagai jenis pembentangan. Anda juga boleh menggunakan Piktochart untuk membuat infografik dan brosur. 

Canva

canva logo

Kebanyakan orang gemar menggunakan Canva untuk buat poster. Tetapi sebenarnya anda juga boleh menggunakan Canva untukslideshow bagi menggantikan powerpoint. Macam perisian yang lain, Canva juga mempunyai beribu-ribu template percuma dan berbayar.

Selain daripada slideshow dan poster, anda juga boleh menggunakan perisian ini untuk menghasilkan kulit buku, kad, kalendar, brosur dan macam-macam lagi.

Zoho show

zoho

Bagi mereka yang nak guna template yang kemas dan unik tetapi masih nak ada aura macam powerpoint, Zoho Show sangat sesuai untuk anda. Selain daripada menyerupai powerpoint, anda juga boleh bekerja secara berkumpulan secara serentak seperti Google Slide.

zoho slide

Sebenarnya ada banyak perisian yang boleh kita guna untuk menghasilkan pembentangan yang lain daripada yang lain, tetapi 4 perisian diatas merupakan kegemaran peribadi penulis hampir kesemuanya percuma.

Sumber:

Blog Visme




Hakcipta iluminasi.com (2017)