Oleh pada 23 Oct 2017 kategori

Peningkatan jumlah kondominium mewah menunjukkan bahawa pasaran serta permintaan terhadap kediaman elit sebegini kekal utuh. Pada tahun 2015, jumlah keseluruhan unit kondominium mewah adalah 36,252 buah. Pada tahun 2016, penambahan dianggarkan sebanyak 13,500 unit di Lembah Klang. Jom kita semak senarai 10 kondominium paling mahal di Kuala Lumpur.

10. The Troika KLCC

BESARKAN TEKS     A-  A+

Harga bermula dari: RM3.7 juta

Keluasan: 2,473 sf (RM1,496 psf )

Pemaju: BDRB Development

The Troika KLCC mengandungi 3 menara "berpusing secara geometri" yang menjanjikan pemandangan terbaik ibu kota, seni bina unik serta citarasa penuh mewah. Menara 3 yang setinggi 50 tingkat merupakan bangunan kediaman tertinggi di Kuala Lumpur. 

Terletak di sudut Jalan Binjai dan Persiaran KLCC, The Troika mencetuskan keterujaan ramai pembeli dengan harga purata RM1,000 per kaki persegi pada tahun 2005. Jumlah keseluruhan unit apartmen ini ialah 231 buah yang luasnya antara 2,000 hingga 3,336 kaki persegi.

The Troika juga mempunyai 57 unit SoHo, 4 tingkat kedai runcit dan pejabat butik, serta halaman landskap berkeluasan 30,000 kaki persegi. Jika anda ingin mengadakan makan malam romantik, terdapat 3 pilihan restoran mewah di kompleks Troika Sky Dining di Tingkat 23A di Menara 2.

9. St Mary Residences

st mary residences

Harga bermula dari: RM2.5 juta

Keluasan: 1,614 sf (RM1,548.89 psf )

Pemaju: E&O Property Development and the Lion Group

Terletak di Jalan Tengah berhampiran KLCC, St Mary Residences memberikan anda peluang merasai kehidupan seperti di Midtown Manhattan. Ia adalah sebahagian daripada pembangunan St Mary seluas 4.1 ekar, termasuk E&O Residences Kuala Lumpur dan St Mary Place, sebuah pusat membeli-belah tertutup dan tempat makan. 

Dibina di bekas tapak St Mary School, St Mary Residences terdiri daripada 3 menara 28 tingkat, dengan sejumlah 457 unit apartmen servis. Dilancarkan pada tahun 2009, 3 penthouse kondominium ini mempunyai Lamborghini Gallardo, termasuk dalam harganya iaitu antara RM10 hingga RM12 juta. 

Terdapat 3 lagi susun atur apartmen ini iaitu dari unit studio 1,131 kaki persegi kepada bilik tidur 2,249 kaki persegi 3+1. Unit bernilai RM2.5 juta ini datang dengan bilik tidur 2+1.

8. VERVE Suites Mont Kiara

verve suites mont kiara

Harga bermula dari: RM1.17 juta

Keluasan: 746 sf (RM1,568.68 psf)

Pemaju: Bukit Kiara Properties

Jika anda sedang mencari kondominium yang paling menarik di Mont Kiara, VERVE Suites mungkin pilihan yang tepat. Ia dilancarkan dengan harga purata RM1,250 per kaki persegi pada tahun 2010.

Sebanyak 993 unit ultra moden yang serba lengkap, berukuran dari 462 hingga 1,394 kaki persegi, ditempatkan di 4 menara bertema unik yang dibina di atas tanah seluas 6 ekar.

Ia menawarkan kemudahan gaya hidup yang inovatif seperti "beach in the sky", "sky lounge" yang tersendiri, gimnasium hidro, "sky garden" dan panggung wayang yang terletak di dalam serta luar. Terdapat juga VERVE Shops, iaitu sebuah podium runcit setinggi 3 tingkat yang bersambung antara satu sama lain, berkeluasan 60,000 kaki persegi.

7. SoHo Suites @ KLCC

soho suites klcc

Harga bermula dari: RM1.18 juta

Keluasan: 735 sf (RM1,605 psf)

Pemaju: Jadepot Development (Monoland)

SoHo Suites @ KLCC terletak di tengah-tengah Jalan Perak. Blok 45 tingkat ini menempatkan 808 unit kediaman dan pejabat di sayap yang berasingan. Namun, ia berhubung antara satu sama lain supaya anda dapat tinggal dan bekerja di bangunan yang sama.

Disasarkan kepada golongan muda dan bujang, unit simplex dan duplexnya berkeluasan antara 601 hingga 877 kaki persegi. Unit 735 kaki persegi kediaman ini adalah apartmen terkecil dalam senarai ini.

Kediaman SoHo Suites dilancarkan dari harga RM850 per kaki persegi pada tahun 2011, dan harganya telah meningkat dua kali ganda. Kemudahan di podium atas bumbung dibayar secara langganan, termasuk pusat kecergasan, dek kolam kayu, kolam renang cabanas dan kolam 25m pusingan.

6. Panorama

panorama klcc

Harga bermula dari: RM2.145 juta

Keluasan: 1,270 sf (RM1,689.13 psf)

Pemaju: UOL Group & General Corporation

Dengan jarak sekangkang kera dari KLCC, lokasi Panoramas yang terletak di Persiaran Hampshire merupakan salah satu tarikan terbesar kediaman ini. Reka bentuk unik berbentuk kipas dan tingkap besar berketinggian dari lantai ke siling amat bertepatan dengan prestij kondominium ini.

Panorama terdiri daripada dua blok 33 tingkat, dengan jumlah unit sebanyak 223 buah berkeluasan dari 592 hingga 1,819 kaki persegi, serta dilengkapi susun atur pelan terbuka yang moden dan anggun. Dek kemudahan di tingkat 7 membolehkan anda berenang, berparti atau bersantai sambil melihat pemandangan langit Kuala Lumpur.

5. ViPod Residences @ KLCC

vipod residences klcc

Harga bermula dari: RM2.3 juta

Keluasan: 1,292 sf (RM1,779.31 psf)

Pemaju: Vipod Suites (Monoland)

ViPod Residences @ KLCC merupakan sebuah lagi pembangunan oleh Monoland, terletak di Jalan Kia Peng, antara Pavilion dan KLCC.

Kondominium setinggi 41 tingkat ini mempunyai 440 unit satu atau dua bilik dalam 3 bloknya, bersaiz 635 hingga 1,350 kaki persegi. Dilancarkan dengan harga sekitar RM900 kaki persegi pada tahun 2010, unit yang lebih kecil hanya boleh dijual dengan dasar "purchase-with-purchase" dimana anda harus membeli unit bersaiz sederhana terlebih dahulu.

Kemudahannya pula sama dengan SoHo Suites, serta turut mengenakan yuran keahlian bulanan. Terdapat pejabat servis di tingkat pertama dan perkhidmatan tetamu (concierge) yang beroperasi 24 jam di tingkat bawah.

4. The Binjai on the Park

the binjai on the park

Harga bermula dari: RM4.01 juta

Keluasan: 2,228 sf (RM1,799.88 psf)

Pemaju: Layar Intan (KLCC Holdings)

Pernah dianggap sebagai hartanah paling mahal di ibu kota, The Binjai on the Park masih memegang rekodnya yang tersendiri dengan pemandangan KLCC tanpa halangan bernilai jutaan ringgit, selain taman KLCC terletak berhampirannya. Ia juga adalah satu-satunya harta kediaman dalam pelan induk pembangunan KLCC.

Kesemua 171 unit mempunyai lobi lif peribadi, serta terdapat hanya 2 hingga 3 unit pada setiap tingkat. Salah satu daripada dua super penthouse iaitu triplex yang berkeluasan 14,300 kaki persegi dijual pada pertengahan tahun 2010 dengan harga RM38 juta. Sebuah lagi super penthouse iaitu quadruplex yang berkeluasan 19,000 kaki persegi telah berada di pasaran dengan harga RM50 juta.

Unit 2,228 kaki persegi ini telah dijual hampir dengan harganya pada tahun 2009 iaitu RM1,700 per kaki persegi.

3. Marc Service Residence

marc service residence

Harga bermula dari: RM3.9 juta

Keluasan: 2,044 sf (RM1,907.81 psf)

Pemaju: Beverly Tower Development Sdn Bhd (CapitaLand Group)

Terletak di Jalan Pinang, Marc Service Residence menjadi antara perintis kepada kondominium mewah di sekitar KLCC, yang dilancarkan dengan harga dari RM700 per kaki persegi pada tahun 2003. Ia juga merupakan salah satu pembangunan pertama dengan konsep kediaman servis, dengan unitnya yang diuruskan oleh The Ascott Limited dan skim jaminan pulangan sewa.

Kedua-dua menara 35 tingkat ini terletak di tanah seluas dua ekar dengan jumlah 637 unit, berserta keluasan dari 493 hingga lebih 3,000 kaki persegi. Walaupun kondominium ini dibina kira-kira sedekad yang lalu, bangunan dan kemudahannya dijaga dengan baik, yang mungkin turut menjadi faktor penyumbang kepada permintaannya yang tinggi.

2. Pavilion Residences

pavilion residences

Harga bermula dari: RM2.45 juta

Keluasan: 1,234 sf (RM1,986 psf)

Pemaju: Urusharta Cemerlang (Pavilion Group)

Satu-satunya kondominium mewah pegangan pajakan (leasehold) dalam senarai ini ialah Pavilion Residences di Jalan Bukit Bintang.

Pembangunan yang merupakan sebahagian daripada Pavilion Kuala Lumpur bersepadu ini seluas 12 ekar yang terdiri daripada apartmen, pusat membeli-belah, hotel dan menara pejabat. Bumbung pusat membeli-belah Pavilion menempatkan "Sky Garden" dimana terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti kolam renang infiniti, taman permainan, gelanggang tenis dan gimnasium untuk para penduduk.

Kediaman mewah dengan 368 unit berukuran antara 1,057 hingga 7,174 kaki persegi ditempatkan di dua menara blok kediaman ini yang terletak di atas Pavilion, masing-masing dengan 43 dan 50 tingkat. Ianya telah siap dan dijual pada harga RM900 per kaki persegi pada tahun 2009, serta mendapat sambutan hangat. 

1. One Menerung

one menerung

Harga bermula dari: RM8.48 juta

Keluasan: 4,175 sf (RM2,045.30 psf)

Pemaju: BDRB Development

Kondominium yang paling mahal pernah dijual ialah One Menerung, terletak di belakang pusat membeli-belah Bangsar. Dengan harga setinggi RM8.5 juta, ia juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk sebuah apa yang disebut-sebut sebagai "banglo di atas langit".

Apa yang menarik perhatian ialah ruang yang ditawarkan hanya 229 unit kediaman bercampur-campur, terdiri daripada bangunan tinggi, bangunan rendah, rumah bandar dan "link homes" di atas tanah utama seluas 8 ekar.

Unit kondominium terkecil adalah seluas 3,013 kaki persegi, jadi ia pastinya bukan ruang kediaman yang kecil. Setiap unit mendapat 3 lot tempat letak kereta. Dengan kemewahan sebegitu rupa, tidak hairanlah mengapa harganya boleh meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak ia dilancarkan pada tahun 2006.

Nota: Kedudukan ini adalah berdasarkan data yang diperolehi dari laman web Propertypricetag.com dengan harga permulaan tertinggi per kaki persegi pada tahun 2015 untuk kondominium yang telah disiapkan sepenuhnya di Kuala Lumpur. Kondominium yang sedang dalam pembinaan dan baru dilancarkan pada ketika itu adalah dikecualikan.

Rujukan & sumber imej:

1.    Property Price Tag

2.    Propwall

3.    PropSocial

4.    PropertyGuru

5.    Malaysia Property Listing

6.    Invest Malaysia Properties




Hakcipta iluminasi.com (2017)