Oleh pada 02 Sep 2017 kategori

Islam adalah agama yang telah disempurnakan semasa zaman Rasulullah saw. jadi pasti ada banyak persoalan tentang hidup kita ini yang mampu dijawab berpandukan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Salah satunya adalah berkenaan perkahwinan sesama sepupu yang sebenarnya dibenarkan dalam Islam, namun tidak digalakkan oleh Rasulullah saw.

Begitupun ada juga agama lain yang mengharamkan terus penganutnya mengahwini sepupu pertama atau first cousin, walaupun sebelum ini mereka membenarkannya. Frasa saintifiknya bagi mewakili tabiat kahwin sepupu adalah 'Consanguinity.'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkahwinan sepupu menurut perspektif barat

Dalam sejarah, wujud banyak rekod melibatkan perkahwinan antara sepupu. Antaranya adalah Charles Darwin, orang yang mengemukakan teori evolusi sebenarnya turut mengahwini sepupunya yang bernama Emma Wedgwood.

Menjelang pertengahan abad ke 19, banyak negeri di England mengharamkan perkahwinan antara sepupu dan di Amerika bermula di Kansas, pada tahun 1858. Yang paling baru mengharamkan perkahwinan sepupu adalah di Texas pada tahun 2005. Mengapa?

hukum kahwin sepupu 3

Banyak persoalan biologi sebenarnya yang perlu dibincangkan berkenaan isu ini dan sebenarnya, sains sendiri dibukti menyokong dakwaan yang kerap kita dengar berkenaan keburukan perkahwinan sepupu ini.

Menurut satu kajian yang dijalankan di daerah Bradford melibatkan populasi Pakistan di situ, memang wujud satu hubungan jelas antara faktor perkahwinan dan statistik kecacatan pada anak yang dilahirkan.

Secara purata, perkahwinan sepupu di antara masyarakat Pakistan di Bradford adalah sebanyak 31% daripada semua perkahwinan yang didaftarkan. Daripada jumlah itu, peratusan kecacatan pada bayi yang lahir adalah 6% pada perkahwinan antara sepupu jika dibandingkan dengan 3% bagi perkahwinan luar keluarga.

Setiap tahun angka kematian bayi melebihi 90 orang direkodkan di kalangan masyarakat Pakistan yang tinggal di England dan Wales, namun bagi menghormati tradisi masyarakat tersebut, pihak berkuasa di situ tidaklah mengambil sebarang tindakan bagi menjaga sensitiviti masyarakat yang masih mengamalkan amalan tersebut.

Namun, berdasarkan kajian saintifik yang dilaporkan menerusi jurnal The Lancet, dibuktikan menurut kajian, risiko kecacatan bayi yang dilahirkan antara ibu yang berumur lebih 35 tahun dan bayi yang terhasil dalam perkahwinan sepupu, sebenarnya mempunyai peratusan kecacatan yang sama.

Untuk memahami perkara tersebut, kita perlu tahu yang peratusan genetik yang sama di antara adik beradik adalah 50%. Angka ini sama dengan jumlah genetik di antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

Begitupun, angka persamaan genetik ini berubah menurun kepada 12.5% bagi dan 3.1% di antara sepupu kedua. Apabila berlaku perkahwinan di antara dua sepupu yang berkongsi 12.5% faktor genetik, ini meningkatkan peratusan kecacatan pada bayi kerana ibu bapa bayi tersebut berkemungkinan mempunyai 'kecacatan genetik' yang sama yang diturunkan pada bayi tersebut.

Semua statistik ini perlu diambil kita berdasarkan 3% kecacatan yang pasti wujud bagi setiap 100 bayi yang dilahirkan dan bolehlah disimpulkan, perkahwinan antara sepupu walaupun meningkatkan risiko kecacatan, sebenarnya tidaklah seburuk yang kita sangkakan selama ini, kerana hubungannya tidak dikategorikan sebagai signifikan.

Ini semua kita cerita tentang faktor dan perspektif sains serta genetik - jadi adakah Rasulullah saw. dah tahu lebih awal tentang semua kisah genetik ini? Wallahua'llam.

Kontek perkahwinan menurut Rasulullah S.A.W

Saya lebih suka melihat peringatan Rasulullah saw. itu dari segi konteks hidup bersama.

Rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah dijaga. Perkahwinan adalah sesuatu yang sukar untuk diimbangkan pasang surutnya. Ini hakikat yang perlu dihadam oleh semua orang yang belum atau sedang nak berkahwin. Apa pula yang akan berlaku pada sebuah pasangan sepupu yang berlakunya perceraian antara mereka?

Mampukah mereka memastikan hubungan kekeluargaan yang sebelum ini melibatkan adik beradik sama ada mak atau ayah mereka terpelihara? Apa pula terjadi pada bekas pasangan suami isteri itu jika mereka perlu pulang beraya di kampung?

Itu sudut negatif.

hukum kahwin sepupu 2

Sudut positifnya pula juga besar. Dua ibu bapa kepada pasangan tersebut besar kemungkinan akan menjadi lebih rapat.

Tradisi sesebuah keluarga dapat dipertahankan, orang yang selama ini bergelar makcik dan pakcik kini bergelar mak ayah dan secara amnya, pasti pihak keluarga gembira berlakunya pernikahan tersebut kerana mampu menguatkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Jadi, saranan Rasulullah saw. itu sebenarnya membuka ruang kepada kita untuk membuat keputusan sendiri, sama ada lebih menjurus ke arah keburukan atau kebaikan perkahwinan di antara dua sepupu.

Tidak dinafikan memang berlakunya peningkatan peluang kecacatan pada bayi, namun melihat sendiri kajian yang telah dilaporkan, pasti ada sebabnya mengapa Rasulullah sendiri membenarkan perkahwinan antara sepupu, cuma tidak digalakkan.

Adakah ia selari dengan kajian sains yang telah dijalankan sekarang ini? Berkemungkinan besar ya.

Terbukti saranan Rasulullah membenarkan namun tidak menggalakkan perkahwinan sepupu ini tepat. Ini kerana ia mewujudkan kelonggaran bagi mereka yang tiada pilihan lain namun tetap memupuk agar kita umat Islam merantau mencari pasangan hidup di luar pusingan keluarga kita.

Sains dah menjelaskan - penyatuan dua orang yang tidak mempunyai faktor genetik yang sama, yang berbeza keturunannya, yang berbeza kecacatan selnya, akan menghasilkan zuriat yang lebih kuat sebagai anak mereka.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)