Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

Poligami. Antara salah satu topik yang sangat kontroversi yang sering menjadi penyebab kepada pergaduhan di antara suami dan isteri. Bagi isteri, ia merupakan satu pantang kepada mereka dan bagi suami pula, topik ini membuatkan mereka tersenyum simpul.

Ramai di antara suami di luar sana yang terlalu kerap menggunakan alasan "sunnah" bagi menghalalkan poligami. Mampu menanggung keperluan isteri dan berlaku adil bukanlah faktor muktamad yang menjadikan perbuatan poligami ini sebagai satu sunnah. Seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W yang berpoligami, ramai yang tidak mengikuti perbuatan sebenar baginda dan hanya berlandaskan nafsu semata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

poligami 2

Sebelum menggunakan alasan poligami itu sunnah, adalah lebih baik kita selami dahulu cara berpoligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

1. Monogami selama 25 tahun

Rasulullah S.A.W mengahwini Siti Khadijah bagi tempoh 25 tahun, dan hanya berkahwin semula selepas kewafatan Siti Khadijah. Baginda tidak berpoligami ketika tempoh perkahwinannya dengan Siti Khadijah.

Kebanyakan yang dilakukan oleh kita adalah dengan mengahwini isteri kedua ketika isteri masih hidup, malah ada yang tak sampai setahun berkahwin sudah ingin berpoligami, dengan alasan mampu. Jadi, adakah kita mengikuti sunnah ini?

2. Mengahwini janda

Tidak seperti kebanyakan yang berlaku di Malaysia mahu berpoligami dengan lebih memilih untuk mengahwini anak dara, 10 daripada 12 isteri Rasulullah S.A.W adalah janda. Siti Khadijah adalah janda yang pernah berkahwin sebanyak 2 kali.

  1. Khadijah
  2. Saudah binti Zum`ah
  3. Hafsah binti Umar
  4. Zainab binti Khuzaymah
  5. Ummu Habibah binti-Abu Sufyan
  6. Ummu Salamah
  7. Zainab binti Jahsh
  8. Juwariyah binti al-Harits
  9. Safiyah binti Hayi bin Akhtab
  10. Maimunah al-Hilaliyah

Jika anda mahu ikutkan sunnah berpoligami, ikutlah juga sunnah baginda mengahwini janda. Namun, kita hanya memilih sunnah yang kita suka dan tidak mengendahkan sunnah yang kita tidak suka. Melihat janda sebagai kurang baik dari anak dara yang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita adalah merupakan hasutan syaitan.

3. Mengahwini wanita 15 tahun lebih tua

Beza umur antara Rasulullah S.A.W dan Siti Khadijah adalah 15 tahun. Jarang-jarang kita ingin melihat perkahwinan di antara pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang ketara sebegini. Jika anda ingin berkahwin dengan wanita yang mempunyai perbezaan umur sebegini dan keluarga anda berkata, "Baguslah, itu kan sunnah", jadi, anda layak.

4. Mengahwini janda anak 5

Sangat sukar untuk melihat mereka yang berpoligami seperti ini. Ramai lelaki yang mencari anak dara, kalau janda pun, lebih memilih yang tak mempunyai anak atau anak 1 sahaja. Ketika Rasulullah S.A.W mengahwini Sawda binti Zam'a, beliau mempunyai 5 atau 6 anak lelaki.

Perkahwinan ini mengejutkan masyarakat di Mekah kerana Rasulullah memilih seseorang yang mempunyai anak yang ramai, tidak muda dan tidak cantik.

Tujuan Rasulullah S.A.W mengahwini Sawda adalah untuk membela nasibnya dan teringatkan ujian yang dilalui oleh Sawda kerana agama yang mana beliau berhijrah ke Abyssinia dan meninggalkan segalanya. Sanggup anda berpoligami sebegini?

5. Mengahwini wanita yang kaya demi agama

Siti Khadijah merupakan seorang usahawan yang sangat kaya, yang mana merupakan majikan kepada Rasulullah S.A.W. Siti Khadijah sendiri yang melamar Rasulullah S.A.W, bukan seperti sebaliknya yang berlaku dalam masyarakat kita di mana lelaki tua yang kaya melamar wanita muda dan diarah menjadi suri rumah.

sunnah

Jadi, adakah anda berasa 5 sunnah yang dilakukan Rasulullah S.A.W ini sukar untuk dilakukan? Jika ya, jangan hanya lihatkan poligami itu sebagai sunnah, tetapi terlebih dahulu melatih dan mengajar diri supaya mengikut sunnah dalam perkahwinan dengan satu-satunya isteri anda seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W, iaitu :

  1. Mengemas rumah
  2. Basuh baju sendiri
  3. Masak makanan sendiri



Hakcipta iluminasi.com (2017)