Lelaki dan wanita tercipta sebagai dua jantina yang cukup berbeza fizikal dan sifat mereka.

Perbezaan ini jugalah walaupun besar - bertanggungjawab melahirkan rasa cinta, kasih dan sayang antara dua insan yang bersetuju berkongsi hidup bersama.

Namun selepas mendirikan rumahtangga, si lelaki mulalah perlu berhadapan sejenis makhluk yang jauh berbeza berbanding individu comel yang lama dikenalinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Baru dia ketahui dalam sifat wanita, banyak sebenarnya perkara tersembunyi yang sukar untuk ditafsir sewenang-wenangnya. Hanya lelaki bijaksana dapat memahami turun naik perangai wanita, itupun kadangkala tersadung sekali dua.

Berikut adalah lima perangai perempuan yang telah diketahui secara turun-temurun membingungkan orang lelaki tanpa ada jalan keluarnya.

1. Marah lelaki curang....dalam mimpi mereka

suami curang dalam mimpi wanita emosi

Wajah sebenar wanita sedang berdepan kecurangan kekasih dalam mimpi.

Siapa yang pernah duduk dalam situasi ini pasti faham betapa bingungnya nak menangani tuduhan dan dakwaan yang ditimbulkan.

Bagaimana seorang lelaki mampu memperjelaskan kenapa dia sanggup curang dengan wanita lain, yang berlaku dalam mimpi wanita dicintainya?

Memang tak boleh nak jawab apa! Lagilah kalau lelaki tu ditangkap 'curang' dengan wanita lain yang dikenali.

Bagi lelaki yang belum pernah merasai pengalaman sebegini, anda perlu tahu memang ada wanita yang akan jadi moody dan marah-marah seharian atas semua adegan yang perlu dia saksikan dalam mimpi.

Ini adalah sesuatu yang normal. Pelik, tetapi normal.

2. Suka tanya lelaki perempuan lain cantik tak?

wanita suka tanya perempuan lain cantik tak

Bagi mereka yang dah berpengalaman luas atau orang-orang lama, golongan sebegini sudah sedar seandainya isteri atau teman wanita anda bertanya pandangan anda tentang kecantikan wanita lain - itu adalah satu perangkap maut.

Jangan sama sekali pun menjawabnya. Buat bodoh. Buat tak tahu. Bangun lari keluar rumah. Menyorok dalam tandas. 

Kaum lelaki memang tak akan faham apa tujuannya soalan sebegitu sering ditanyakan, ini kerana soalan itu memang hanya Dia Yang Mengetahui tahu niat sebenar soalan tersebut. Lelaki takkan tahu. 

Jangan pula berlaku jujur jawab.

"Cantik la jugak dia, tapi tak secantik awak!" jawab anda, kononnya nak berlaku ikhlas. Silap besar.

Seperti yang kami sudah katakan, buat tak tahu. Ini kerana wanita sendiri sebenarnya tak tahu kenapa mereka suka bertanya soalan sedemikian tapi marah bila diberikan jawapan yang jujur.

3. Suka kumpul sesuatu tanpa menggunakannya

wanita suka kumpul barangan

Rajin brader ni tolong susunkan kasut isteri dia. 

Setiap wanita ada satu barangan atau produk yang dia suka beli banyak-banyak, tapi besar kemungkinan langsung tak digunakannya.

Ada yang suka beli pakaian, bekas makanan Tupperware, kasut, beg tangan dan bermacam lagilah peralatan biasa yang digunakan wanita. 

Beli, beli, beli, beli banyak-banyak - yang biasa mereka gunakan daripada 10 barang yang dibeli hanya satu atau dua. Yang lain majoritinya digunakan sekali, sebelum dibersihkan dan disimpan ke dalam storan untuk dijadikan perhiasan.

Berjimat macam mana pun seorang wanita, mesti ada satu barang dia amalkan tabiat sebegini.

Jika anda bertuah mengahwini wanita yang mengumpul kerongsang, tiap-tiap kali jumpa mesti kena beli - anda boleh menarik nafas lega kerana tak perlu ruangan banyak nak disimpan. 

Tapi bagi kategori wanita lain yang setiap bulan ada saja sepasang kasut baru atau beg tangan baru, parah jugalah.

Akhirnya semua kasut dan beg tangan tersimpan, yang kerap dipakai hanyalah yang sama saja. Lelaki yang pening fikir kat mana nak simpan semua yang tak diguna.

4. Suka buat lelaki meneka-neka apa ada dalam fikiran mereka

suami gagal meneka fikiran isteri

Dalam banyak-banyak situasi, situasi inilah yang paling membingungkan semua lelaki.

Satu, kerana hanya wanita tahu apa ada dalam kotak fikiran mereka. Dua, kerana situasi ini paling kerap berlaku. Sebagai contoh - lelaki diajak si wanita makan luar tapi ajakan itu hanya berhenti di situ.

Tidak ada cadangan makan di mana, apa nak makan, nak keluar jam berapa dan sebagainya. Panduan yang ada hanyalah 'jom makan luar.' 

Lelaki kurang berpengalaman sudah pastilah akan bertanya 'nak makan mana?' atau 'nak makan apa?'.

Soalan itu biasanya akan dibalas dengan jawapan 'awak pilihlah' atau 'ikut awaklah.' Hah! Bunyi macam senang kan? Cuba si lelaki benar-benar bawa dia ke kedai pilihan lelaki itu. Barulah keluar muka muncung tak nak makan di situ.

Itu baru satu situasi melibatkan makan luar. Kita belum masuk situasi lain seperti 'jom gi trip?' atau 'weekend ni ingat nak pergi jalan-jalan la' atau 'rasanya ada barang nak kena beli la.'

Semua ayat yang kami tuliskan di atas bunyinya nampak ringkas dan mudah faham pada permukaannya. Tetapi hanya selepas lelaki cuba mengupas lapisan demi lapisan, barulah jelas sebenarnya semua itu bukanlah ajakan atau jemputan - sebaliknya adalah arahan.

Hanya lelaki berpengalaman tahu 'jom makan luar' maksudnya 'saya nak makan, bawak saya makan tempat saya suka.'

5. Suka lelaki sama-sama menanggung derita mereka

suami tutup mulut isteri kerana terlalu rajin bercerita

Ini taktik yang bagus sekiranya situasi menjadi tidak terkawal.

Satu perbezaan paling ketara antara sifat semulajadi seorang wanita dan lelaki khususnya apabila melibatkan mereka yang bekerjaya, adalah bagaimana mereka meluahkan perasaan kurang senang mereka. 

Biasanya lelaki jarang nak buka mulut cerita tentang masalah tempat kerja.

Mereka akan diamkan saja walaupun di pejabat ada isu sampai boleh jadi bergaduh. Wanita pula setiap kali ada saja benda atau isu berbangkit, mereka akan pulang ke rumah dan berkongsikan rasa derita mereka kepada si lelaki. 

Terpaksalah si lelaki layan semua politik pejabat, gosip dan konflik, dari perkara sekecil-kecil sehinggalah yang besar.

Daripada lelaki tu tak tahu apa-apa tentang rakan sepejabat isteri, habis dia tahu semua masalah rumahtangga rakan sekerja isteri termasuklah masalah anak-anak kawan dia masih nak menyusu badan walaupun dah masuk sekolah rendah.

Lelaki yang memahami tahu apabila detik sebegini - walaupun dalam kepala sendiri serabut memikirkan masalah pejabat, dia akan duduk tekun mendengar. Lelaki yang dah lama kahwin dah tahu dalam situasi sebegini, tak dengar pun tak apa sebenarnya.

Hanya anggukkan kepala, buat-buat dengar dan sekali-sekala kutuk rakan sekerja isteri yang buat hal - kerana itu saja yang si wanita mahukan. Orang yang nak dengar semua cerita derita dia.

Kenapa perempuan suka kongsi cerita derita mereka? Entahlah.

Mungkin kerana dengan berkongsi, mereka rasa lebih percaya pada lelaki. Tapi kaum wanita harus sedar, orang lelaki akan rasa pelik dan aneh bila bertemu rakan sekerja isteri dalam majlis anjuran pejabat, yang kita tahu ada isu dan masalah rumahtangga mereka.

Lagi aneh kalau kita tahu aturan datang bulan mereka tak teratur. Semua kerana isteri dan wanita suka kongsi semua perkara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)