Industri minuman ringan menyumbang kepada berbilion ringgit kepada ekonomi dunia setiap tahun.

Syarikat gergasi minuman ringan menjana pulangan yang tersangat banyak dengan menghasilkan pelbagai jenis produk daripada kopi, teh dan macam-macam lagi.

Ia dipelopori oleh syarikat-syarikat dari Eropah, yang mana membekalkan minuman ke seluruh dunia.

iluminasi.com kongsikan 5 syarikat terbesar di dunia, berdasarkan pendapatan tahunan bagi syarikat-syarikat ini yang menjadikan penjualan minuman ringan sebagai komponen utama perniagaan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Danone - Perancis

kilang danone

Danone, sebuah syarikat pemprosesan makanan dari Perancis, mempunyai pelbagai jenama minuman di bawah syarikatnya, termasuk Evian, Aqua, dan Bonafont.

Ia menjana pulangan tahunan sebanyak RM100 bilion dengan permodalan pasaran mencecah RM173 bilion.

Danone yang ditubuhkan pada tahun 1899 kini mempunyai seramai 99,781 orang pekerja, menjadikannya berada di kedudukan ke-252 "Syarikat Awam Terbesar Dunia" oleh Forbes.

Di samping sektor penghasilan minuman, ia juga terlibat dalam "Bahagian Kehidupan Awal" yang memberi tumpuan kepada pengeluaran susu bayi dengan mematuhi undang-undang dan piawaian tempatan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Danone berada di kedudukan ke-372 oleh Forbes untuk '"Majikan Terbaik Dunia" dan ke-58 Forbes untuk "Jenama Paling Bernilai Dunia".

Menurut Ad Brands, ia adalah pengeluar air botol kedua terbesar di dunia, selepas Nestlé.

4. Anheuser-Busch InBev - Belgium

anheuser busch inbev

Anheuser-Busch InBev adalah syarikat minuman berasal dari Belgium yang mempunyai kepentingan dalam pasaran global, jangkauannya meliputi seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Mexico, Eropah dan Asia Pasifik.

Forbes menetapkan pendapatan penuh syarikat sebanyak RM187.6 bilion dengan permodalan pasaran bernilai RM876,8 bilion.

Syarikat ini berada di kedudukan ke-126 Forbes bagi "Syarikat Awam Terbesar di Dunia" dan ke-54 bagi "Syarikat Inovatif". Warisan Anheuser-Busch InBev bermula pada seawal tahun 1366, sebagai permulaan teknik pembuatan birnya.

Penubuhan syarikat rasmi itu berlaku pada tahun 1977, di Leuven, Belgium. Pada Julai 2017, Anheuser-Busch InBev memantapkan lagi peranannya dalam pasaran minuman ringan dengan mengambilalih syarikat minuman tenaga Amerika Syarikat, Hiball.

3. Coca-Cola - Amerika Syarikat

ibu pejabat coca cola

Anda mungkin menyangkakan bahawa Coca-Cola akan mengungguli carta ini, namun tidak. Coca-Cola adalah syarikat minuman global dengan jangkauan di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Asia Pasifik dan Afrika.

Forbes meletakkan pendapatan tahunan Coca-Cola pada RM170.8 bilion dan pemodalan pasaran bernilai RM752.7 bilion. Bermula pada tahun 1886 di Amerika Syarikat, ia kini menawarkan 500 jenama ke lebih 200 negara.

Ibu pejabatnya terletak di Atlanta, Florida dan gergasi minuman ini mempunyai 100,300 orang pekerja.

Coca-Cola tersenarai dalam pelbagai senarai Forbes, termasuklah ke-3 bagi "Jenama Paling Berpengaruh Di Dunia", ke-5 bagi "Jenama Paling Berpangearuh Di Dunia 2017" dan ke-67 "Syarikat Teratas Di Dunia".

Dengan pelbagai jenis minuman ringan yang ditawarkan dari minuman tenaga kepada soda, kopi, teh dan jus, Coca-Cola berada di senarai ke-86 untuk "Syarikat Awam Terbesar di Dunia" oleh Forbes.

2. Pepsi - Amerika Syarikat

ibu pejabat pepsi

Pepsi adalah syarikat minuman ringan Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Purchase, New York.

Menurut Forbes, pendapatan tahunannya adalah sebanyak RM258.4 bilion dan mempunyai permodalan pasaran bernilai RM656 bilion.

Pepsi berada di kedudukan ke-84 Forbes bagi "Syarikat Awam Terbesar di Dunia".

Bermula pada tahun 1898 oleh seorang ahli farmasi bernama Caleb Bradham, ia kini berada di kedudukan ke-30 bagi "Jenama Paling Bernilai Di Dunia" oleh Forbes, serta telah menaja Super Bowl selama 5 tahun yang lalu.

3 produk utama Pepsi iaitu Pepsi, Diet Pepsi dan Pepsi Max menjana jualan sebanyak RM4.12 bilion setiap satu. 

1. Nestlé - Switzerland 

ibu pejabat nestle

Nestlé adalah syarikat makanan dan minuman dengan kepentingan utama dalam sektor minuman ringan.

Menurut Ad Brands, Nestlé adalah pengeluar makanan terbesar di dunia. Ia berada di kedudukan ke-34 Forbes untuk "Syarikat Awam Terbesar di Dunia", dengan pendapatan tahunan RM373 bilion dan permodalan pasaran bernilai RM944 bilion.

Bermula di Switzerland pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé sebagai kilang susu pekat, ia menemui kejayaan setelah mengeluarkan penemuan makanan bayi pada tahun 1867.

Ia kini menyelia lebih 328,000 orang pekerja, dengan ibu pejabat di Vevey, Switzerland.

Ia bukan sahaja pengeluar air botol nombor satu dunia tetapi juga jenama minuman lain termasuk Nestea, yang dihasilkan oleh Coca-Cola dan dimiliki dan diedarkan oleh Nestlé di Amerika Syarikat, dan sebagai sebahagian usaha sama di seluruh dunia.

https://www.fdfworld.com/top10/top-10-soft-drinks-companies-world




Hakcipta iluminasi.com (2017)