Industri makanan atau F&B (Food and Beverage) adalah industri yang sangat luas kerana populasi manusia semakin bertambah. Walaupun sudah terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan produk makanan, syarikat- syarikat pengeluar makanan yang baru tetap muncul kerana pertambahan bilangan manusia.

Sesetengah syarikat menjalankan perniagaan untuk mengembangkan dan memproses bahan mentah untuk makanan yang disediakan di rumah. Segelintir daripadanya terlibat dalam menyediakan perkhidmatan makanan yang sudah sedia dimakan, khusus buat individu yang sentiasa sibuk bekerja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Percaya atau tidak, dunia F&B ini sebenarnya dimonopoli oleh beberapa syarikat besar yang mengeluarkan pelbagai jenis makanan dengan menggunakan nama produk berbeza. Maka, kali ini kami ingin kongsikan 7 syarikat pengeluar makanan terbesar di dunia. 

7. Bunge

bunge

Bunge ialah sebuah syarikat pengeluaran pertanian dari Amerika Syarikat. Ia merupakan pengeluar sumber bijirin dan tebu untuk kegunaan pengguna dan industri. Dahulu, syarikat ini memegang pelbagai kepentingan dalam industri perkhidmatan makanan.

Syarikat ini mula menanam dan memproses bijirin di Belanda. Ia berpindah ke Belgium, kemudian Argentina. Syarikat ini turut mengembangkan perniagaannya kepada perniagaan di luar industri makanan. Kemudian, sebelum penjenamaan semula dan berpindah ke AS, ia memilih untuk memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan pertanian.

6. JBS

jbs

JBS ialah syarikat pemprosesan daging, menghantar potongan daging lembu, ayam dan khinzir ke negara-negara di seluruh dunia. Ia bergantung pada banyak ladang di tanah subur Brazil di mana syarikat ini mempunyai beribu pejabat disana. Syarika ini  telah membeli beberapa syarikat sejak 30 tahun yang lalu, dan telah melabur dalam syarikat pembungkusan daging Amerika.

Sejak kebelakangan ini, syarikat ini terkesan teruk kerana siasatan kerajaan di tengah-tengah dakwaan penipuan dan rasuah. Pada 2018, kerajaan AS membayar anak syarikat JBS di Amerika Syarikat lebih $23 juta sebagai sebahagian daripada pakej bantuan ladang.

5. Sysco Corp. 

sysco 454

Sysco ialah satu lagi syarikat pemproses korporat dan pengedar makanan. Syarikat ini membekalkan kedai runcit dan restoran serta syarikat perkhidmatan makanan seperti Aramark. Syarikat ini bekerja secara langsung dengan pemilik perniagaan, hospital dan hotel.

Selain itu, mereka membekalkan pemilik perniagaan ini dengan perkakasan dan alatan yang berkaitan dengan penyediaan makanan, pembersihan dan penyelenggaraan. Sysco cuba untuk berkembang di AS, tetapi hakim persekutuan enggan meluluskan penggabungan yang dirancang dengan mengatakan bahawa Sysco akan memiliki lebih tiga perempat daripada industri perkhidmatan makanan jika perjanjian itu berjaya.

4. The Archer Daniels Midland Company

adm

The Archer Daniels Midlands Company (ADM) adalah sebuah perniagaan berasaskan tani yang juga telah melabur dalam perniagaan insurans dan perdagangan komoditi. Syarikat ini bermula sebagai pemproses bijirin, menghancurkan biji rami untuk mengekstrak minyak.

Syarikat ini kini turut memproses bahan-bahan lain untuk diborong kepada perniagaan lain. Fokus ini utama mereka perniagaan pemprosesan jagung di mana ia memproses jagung untuk makanan lembu dan untuk pemanis. ADM juga mencipta etanol, bahan tambahan bahan api.

3. PepsiCo.

pepsico

PepsiCo, syarikat minuman ringan, bergabung dengan pengeluar makanan ringan Frito-Lay pada tahun 1965 untuk membentuk PepsiCo. Pepsi bermula pada akhir 1800-an menjual minuman ringan yang dibangunkan oleh seorang ahli farmasi sebagai ubat. Frito-Lay sendiri merupakan penggabungan dua syarikat lain.

Melalui 1970-an, PepsiCo memperoleh syarikat makanan pra-proses lain. Semasa 1990-an, PepsiCo memasuki perniagaan restoran dengan membeli (dan kemudian menjual) rangkaian restoran seperti Pizza Hut dan KFC.

2. Nestlé

nestl

Syarikat ini merupakan pembekal terbesar makanan dan minuman pra-pembungkusan kepada pengguna di dunia berdasarkan jumlah pendapatan. Namun, ia adalah syarikat makanan kedua terbesar. Syarikat ini bermula sebagai sebuah perniagaan membuat makanan bayi berasaskan susu.

Semasa Perang Dunia II, susu tepung syarikat ini mendapat permintaan yang tinggi. Syarikat ini kemudian menggunakan hasil jualan tersebut untuk mengambil alih perniagaan lain. Syarikat ini membuat sebahagian besar wang mereka daripada jualan minuman  daripada serbuk dan cecair.

1. Cargill

cargill

Cargill ialah syarikat makanan terbesar di dunia apabila dilihat dari segi jumlah pendapatan. Walaupun syarikat ini banyak membuat pelaburan dalam pelbagai perusahaan, bisnes utamanya adalah mengembangkan dan mengedarkan komoditi makanan dan memproses bahan makanan untuk digunakan dalam perusahaan komersial.

Cargill juga memegang kepentingan dalam syarikat yang memiliki dan memproses ternakan. Syarikat ini bermula sebagai syarikat penyimpanan bijirin dan limbungan kayu. Ia mengembangkan perniagaan selepas Perang Dunia II. Cargill ialah syarikat milik persendirian terbesar di Amerika Syarikat dari segi pendapatan. Keluarga Cargill, yang berada di tangga keempat terkaya di AS, mengekalkan 90% pemilikan syarikat ini. 

Kredit:

  1. MSN
  2. FTC
  3. ThoughtCo.



Hakcipta iluminasi.com (2017)