kasut nike air high cut gila gila remaja

Gambar kasut Nike High Cut dalam filem "Gila-Gila Remaja" sebagai hiasan

Pada tahun 1984, Nike menandatangani perjanjian dengan Michael Jordan untuk mencipta jenama kasut yang diberi nama Air Jordan. Pada masa itu, Nike adalah sebuah syarikat baru, dikehendaki untuk meletakkan sejumlah wang yang untuk perjanjian itu sebagai jaminan bahawa mereka serius menandatangani Michael Jordan.

Michael Jordan, seorang pemain bola keranjang berstatus selebriti pada awalnya diragui untuk perjanjian yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehinggalah jenama ini mencattatkan jualan lebih $100 juta pada tahun pertama sahaja. Sejak itu, populariti Air Jordan terus melonjak naik. 

Kini, Air Jordans telah mentakrifkan semula maksud "sneaker" walaupun di luar bidang sukan. Air Jordan adalah jenama kasut yang paling diidamkan di dunia sehingga ramai pengumpul yang membelinya pada harga jual semula yang tidak masuk akal.

Untuk senarai ini, kami ingin kongsikan senarai kasut Air Jordan paling mahal pernah dijual.

7. Air Jordan 12 Flu Game - $104,765

air jordan 12 flu game 125

Air Jordan 12 merah dan hitam yang dipakai Jordan pada Permainan ke 5 semasa Pusingan Akhir 1997 adalah terkenal sempena memperingati “Flu Game” beliau. Kasut ini yang dijual oleh Preston Truman bermula pada harga $5,000. 15 bidaan kemudian, ia terjual pada harga rekod ketika itu $104,765.

Lelongan itu termasuk bukan sahaja dua kasut yang ditandatangani oleh Michael Jordan, tetapi juga stokin hitam yang dipakainya. Digelar "Flu Game" kerana Michael Jordan ketika itu bermain dalam keadaan tidak sihat kerana selsema dalam perlawanan antara Utah Jazz dan Chicago Bulls.

6. Sampel kasut Air Jordan 11 “Space Jam” - $176,400

air jordan 11 space jam sample

Kasut Air Jordan 11 ini, yang dikenali sebagai kasut sampel untuk “Space Jam" baru-baru ini dijual pada Julai 2021 dengan harga $176,400 di lelongan Sotheby. Ia sama dengan kasut yang dipakai oleh Jordan dalam filem Looney Tunes 1996, Space Jam.

Walau bagaimanapun, ini adalah kasut yang diberikan tetapi tidak pernah dipakai. Oleh itu, keadaannya dianggap masih baharu yang sangat baik dan unik. Selain itu, terdapat tandatangan Michael Jordan dalam di hujung kaki kiri kasut. Kasut ini dijual dalam kotak buatan khas yang diperbuat daripada baldu dan kayu, yang ditulis dengan logo Tune Squad daripada filem itu.

5. Michael Jordan Rookie Air Jordan 1 -  $350,000

michael jordan rookie air jordan 1 630

Kasut sneakers Michael Jordan Rookie Air Jordan 1 ini mempunyai kelebihan sebagai Jordan paling mahal yang boleh anda beli pada masa ini. Penyenaraian dalam eBay meletakka bahawa kasut ini disahkan sebagai kasut baharu yang tidak pernah dipakai serta ditandatangani pada tumit oleh Jordan sendiri.

Kasut saiz 12 ini berada dalam skema warna asal Chicago Bulls dan kini boleh dibeli dengan harga $350,000 di eBay. Kasut yang berrsaiz 12 ini sememangnya tidak sesuai dengan Jordan (yang memakai saiz 13 dan 13.5, bergantung pada perrlawanna).

4. Nike Air Jordan 1 High “Chicago” Sneaker - $615,000

nike air jordan 1 high chicago sneaker

Pada tahun 1985, hanya setahun selepas menandatangani perjanjian yang sangat menguntungkan dengan Nike, Michael Jordan memakai kasut tinggi Air Jordan 1 ini dalam permainan Chicago Bulls (perlawanan pertunjukan). Kasut bersaiz 13.5 ini muncul di lelongan Christie's di New York City di mana mereka memperoleh $615,000, rekod baru kasut AIr Jordan pada masa itu.

Bukan sahaja kasut ini disahakn telah dipakai dalam permainan, tetapi ia juga ditandatangani oleh Jordan sendiri. Dikatakan kasut yang direkabentuk oleh Peter Moore inilah yang telah merevolusi kasut jenama AIr Jordan yang mempunyai rekabentuk tersendiri dan kekal sehingga hari ini. 

3. Michael Jordan’s Nike Air Ships - $1,472,000

michael jordan s nike air ships

Anehnya, kasut di nombor 3 ini adalah Air Jordan termahal yang dipakai oleh Jordan sendiri. Kasut ini yang dipakai Jordan untuk permainan Bulls 1984 telah dijual pada lelongan pada Oktober 2021 dengan harga $1.472 juta. Ini menjadikan ianya kasut sukan paling mahal yang pernah dijual dalam lelongan.

1984 menandakan tahun pertama Jordon ditandatangani perjanjian dengan Nike untuk mencipta barisan kasut Air Jordan, jadi kasut Air Jordan ini bukan sahaja mahal tetapi ia juga merupakan kasut paling "vintage" dalam senarai ini.

2. Kanye West’s Nike Air Yeezy - $1,800,000

kanye west s nike air yeezy

Jordan ini dijual pada jualan peribadi Sotheby pada April 2021. Ianya mempunyai perbezaan sebagai Jordan sebenar yang paling mahal dan boleh pakai dalam senarai ini. Kasut ini sebenarnya adalah kasut sukan paling mahal pernah dijual dalam apa jua jenis sukan.

Nike Air Yeezy 1 ini adalah prototaip yang dipakai oleh Kanye West untuk Grammy 2008 dimana beliau membuat persembahan. Kasut sneakers sampel ini akhirnya memperoleh $1.8 juta.

1. OVO Air Jordans - $2,100,000

solid gold ovo air jordans

Air Jordan yang paling mahal ialah Solid Gold OVO Air Jordans. OVO, barisan pakaian Drake, aka "October's Very Own," bergabung dengan Nike untuk mencipta kasut Air Jordan emas ini. Setiap kasut mempunyai berat kira-kira 50 paun daripada semua emas 24 karat pepejal itu, yang direka oleh artis, Matthew Senna.

Drake meminta penciptaan kasut ini pada 2016 dan membayar $2.1 juta untuknya. Matthew  Senna mencipta semula Air Jordan 10s untuk arca ini yang mempunyai apa yang dianggapnya sebagai hiasan paling menarik. Ini merupakan satu-satunya kasut Air Jordan dalam senarai ini yang tidak boleh dipakai.

Kredit:

  1. Bleacher Report
  2. GQ
  3. Hypebeast
  4. The Guardian


Hakcipta iluminasi.com (2017)