Apple merupakan salah sebuah syarikat teknologi paling inovatif di dunia. Namun, ia juga menyimpan beberapa rahsia yang tidak diketahui ramai. Sesetengahnya didedahkan secara mengejut semasa perbicaraan mahkamah antara Apple dan Samsung pada tahun 2012. Terdapat juga dakwaan mengatakan ianya sekadar mitos oleh pihak media dan internet. Mari kita sama-sama semak 5 lagi pendedahan lain.
1. Steve Jobs didakwa pengasas yang kejam
BESARKAN TEKS A- A+
Sumber foto: DB Apple / DPA / Press Association Images
Steve Jobs terkenal di seluruh dunia kerana skil pemasaran dan teknik pengurusan yang genius. Namun, beliau didakwa sebagai seorang yang kejam apabila melibatkan soal kerja. Steve dikatakan telah mengkhianati pengasas bersama yang juga merupakan rakannya sendiri, Steve Wozniak dengan berbohong tentang bayaran dari Atari berjumlah $5000.
Jobs tidak memberi Wozniak separuh dari jumlah itu, sebaliknya hanya membayar sebanyak $350. Selepas perkara itu diketahui umum, beliau enggan memberi saham kepada kawannya dan pekerja Apple, Daniel Kottke pada tahun 2011. Sewaktu kembali ke Apple pada tahun 1997, Jobs menghentikan semua projek amal syarikat. Biarpun seorang billionaire, beliau bukanlah seorang yang suka beramal.
2. Membuli pesaing terdekatnya, Samsung
Sumber foto: Claudio Munoz
Samsung dan Apple adalah dua pengeluar telefon pintar dan tablet paling popular masa kini. Kedudukan ini datang dengan tanggungjawab bagi memenuhi citarasa pelanggan. Tetapi, kedua-dua syarikat gergasi tersebut melihat perkara ini sebagai 'lampu hijau' untuk bertelagah sesama sendiri, terutamanya melibatkan isu paten dalam setiap pasaran utama.
Konflik Apple bersama Samsung sudah menjadi cerita lapuk. Apple telah cuba mempatenkan membuka kunci skrin telefon dengan "swipe", membesarkan dokumen dengan "tap" dan menggunakan ikon segi empat sama untuk menandakan aplikasi. Malah, mereka juga cuba mempatenkan konsep telefon pintar. Ini semua dikatakan bukti Apple merupakan sebuah syarikat pembuli.
3. Produknya adalah "kawasan" larangan merokok
Sumber foto: funnyordie.com
Pada tahun 2008, seorang pengguna Apple bernama Derek mempunyai masalah dengan kipas Apple MacBook yang baru dibelinya dalam tempoh setahun. Beliau mempunyai baki sekurang-kurangnya setahun bagi rancangan AppleCare dan kos pembaikan sepatutnya ditanggung oleh Apple.
Namun, Apple enggan mengotakan janji mereka. Alasan yang diberikan ialah waranti milik Derek tidak sah kerana MacBook tersebut telah digunakan di sekitar kawasan merokok. Menurut beberapa pengakuan lain di sebuah laman web aduan pelanggan, mereka juga baru mengetahui yang asap rokok boleh membatalkan waranti barangan Apple.
4. Produknya direka untuk cepat rosak?
Sumber foto: entrepreneur.com
Antara isu hangat tentang produk Apple yang sering menjadi perbalahan ialah ia didakwa sengaja direka untuk cepat rosak. Ini bagi membolehkan pelanggan mereka membeli peranti baru setiap beberapa tahun.
Beberapa penguji teknologi bebas melihat sejauh mana kebenaran di sebalik tuduhan itu. Contohnya, laman web teknologi iFixit telah membuat kajian secara terperinci terhadap produk "Apple Watch". Sebaik komponennya habis dibuka, peranti itu dapat disimpulkan sebagai tidak begitu sesuai untuk dimiliki bagi jangka masa panjang.
Jika anda berfikir untuk membaiki "Apple Watch" anda yang telah rosak, anda mungkin perlu berfikir dua kali. Malah, iPhone juga dikatakan mengalami masalah yang serupa. Selain itu, Apple turut dituduh memperlahankan keluaran model lama telefon mereka, bagi meningkatkan penjualan peranti terbaru. Kebarangkalian lain ialah model terdahulu tidak direka untuk mengatasi sistem operasi yang lebih baru dan mahal.
5. Produk komputer Lisa
Sumber foto: mac-history.net
Apple merupakan salah sebuah syarikat paling berjaya setakat ini. Namun, ia juga pernah melalui fasa kegagalan yang patut dijadikan iktibar. Salah satunya ialah komputer Lisa. Pelbagai usaha telah dilakukan Apple untuk cuba menyembunyikan tentang kewujudan produk ini.
Apple melancarkan jenama komputer Lisa pada tahun 1983. Ia dijual pada harga yang cukup tinggi iaitu $9,995, bersamaan dengan anggaran $24,000 nilai duit sekarang. Ternyata, ia bukanlah sesuatu yang mampu dibeli oleh golongan marhaen. Apple telah melaburkan lebih $50 juta bagi membangunkannya. Selepas beberapa tahun, produk itu jelas merupakan suatu kegagalan dan pengeluarannya terpaksa dihentikan.
Ternyata, komputer Lisa merupakan suatu bencana kepada Apple. Sejumlah 2,700 peranti itu tidak dapat dijual. Dengan nilai $64.8 juta, kesemua komputer itu terpaksa dibuang ke tapak pelupusan sampah di Utah. Sejak itu, ramai orang cuba menjejaki lokasi tersebut. Pada masa ini, komputer Lisa mungkin sudah berada di bawah timbunan sampah setinggi 10 meter.
Rujukan:
3. Wizzed