LEGO ialah syarikat mainan Denmark yang telah berkembang menjadi ikon global. Ia telah menjadi begitu popular sehingga boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita pernah mendengar mengenai permainan menyusung blok ini.

Tetapi kejayaan syarikat ini tidak datang dalam sekelip mata. Permulaan sederhana LEGO bermula pada tahun 1932 apabila ia diasaskan oleh Ole Kirk Kristiansen, seorang tukang kayu yang mempunyai visi yang luar biasa dalam hidupnya. Hari ini, visi itu masih dipertahankan oleh Kjeld Kirk Kristiansen, cucu dan cicitnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hanya pada tahun 1958 atau 26 tahun selepas syarikat itu diasaskan, LEGO mula mengeluarkan permainan blok bersambung yang kita kenali hari ini. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal LEGO tidak serta-merta diterima oleh industri permainan.

Kini, LEGO bukan sahaja permainan untuk kanak-kanak tetap juga mempunyai ramai peminat dari golongan dewasa. Kali ini, mari kita mengimbau kenangan dengan melihat senarai set LEGO terawal di dunia.

5. Fire Station (1957)

set lego terawal

Set Fire Station atau "Balai Bomba" ialah set yang didatangkan dengan 111 keping LEGO, dikeluarkan pada tahun 1957. Reka bentuk asas bata merah dan putih yang dilihat dalam set-set yang dikeluarkan sebelumnya disimpan tetapi kini termasuk garaj tambahan untuk kenderaan LEGO lain.

Sebuah jentera bomba Bedford eksklusif untuk set ini didatangkan dengan tangga yang boleh memanjang lebih panjang daripada trak itu sendiri.

Papan tanda blok LEGO bersaiz 1 x 8 bercetak yang bermaksud "Balai Bomba" datang dalam pelbagai terjemahan, bergantung padda negara mana set itu dikeluarkan.

4. Small Store (1955)

set lego vintaj

Set LEGO Small Store ialah set yang dikeluarkan pada tahun 1955. Ia hanya dikeluarkan di Denmark, Norway dan Sweden. Se  ini termasuk papan tanda bercetak pada bata putih 1 x 6 dengan cetakan berbeza bergantung pada wilayah yang dijual.

Set LEGO Small Store (Kedai Kecil) datang dengan blok dan arahan untuk membuat kedai kecil. Kedai itu sendiri mempunyai tingkap besar di hadapan dengan pintu di belakang.

Kedai LEGO itu sendiri ialah sebuah kiub segi empat tepat dengan dua bata di atasnya mewakili tanda kedai itu. Papan tanda dalam keluaran di Scandinavia mengenal pasti kedai itu sebagai kedai roti.

3. Small House (1955)

set rumah lego vintaj

Set LEGO Small House ialah set yang dikeluarkan pada tahun 1955. Set ini hanya dikeluarkan di Denmark, Norway dan Sweden dan serupa dengan set 211-2 Small House tetapi dalam pakej yang berbeza.

Set menjadi unik di kalangan set LEGO kerana ia mempunyai tiga variasi berbeza. Variasi utama ialah rumah yang bentuknya serupa dengan set "Small Store". Dua variasi lain menambah lengkung pada satu sisi rumah sama ada di sebelah kiri atau kanan.

Menariknya, pengiklanan untuk set Town Set memaparkan rumah dengan bumbung di atasnya, walaupun tidak ada set rumah yang sesuai dengan bumbung sehingga tahun 1964. Ini mencadangkan bahawa LEGO mahu bumbung direka oleh individu dan bukannya set dilengkapi dengan bumbung yang telah direka bentuk terlebih dahulu.

2. Esso Station (1955)

set lego esso

Sebelum memperkenalkan syarikat bahan api fiksyen LEGO sendiri iaitu Octan pada tahun 1992, semua set LEGO perrtama menggunakan logo syarikat dunia sebenar. Set Stesen Esso 1955 dipaparkan dengan logo syarikat bahan api dunia sebenar Esso, yang kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada Exxon-Mobil.

Set Stesen Esso sendiri agak asas, datang dengan hanya batu-bata untuk membina bahagian depan kedai stesen minyak. Pam minyak itu sendiri dikeluarkan secara berasingan daripada set Stesen Esso.

Set ini juga diiklankan sebagai set tambahan dengan meletakkan set Stesen Minyak yang dikeluarkan sebelum ini bersama set stesen Esso. Set ini dikeluarkan sekali lagi  pada tahun 1958 (set #310) dengan beberapa penambahan antaranya trak. Reka bentuk bangunan set ini sangat hampir dengan reka bentuk bangunan ESSO sebenar pada akhir 1950-an.

1. Garage with Automatic Door (1955)

set lego paling awal

Set "Garage with Automatic Door" dipercayai merupakan set pertama LEGO yang menggunakan konsep "Lego® System" yang digunapakai sehingga kini. Pengenalan sistem ini oleh LEGO merupakan lembaran baru syarikat ini memandangkan blok-blok LEGO ini boleh digunakan bersama dengan set LEGO yang lain.

Lego Town Plan atau "Pelan Bandar Lego" adalah tema pertama yang dilancarkan di bawah Sistem Lego ini. Pelan Bandar telah direka untuk mewujudkan persekitaran bandar yang realistik.

1956 menandakan kelahiran set Lego yang pertama – Garaj Sistem Lego 236 dengan Pintu Automatik, yang merupakan set pertama yang diperkenalkan di bawah Sistem Lego. Dengan plat asasnya yang boleh membuka pintu garaj untuk dibuka dan ditutup, set ini menawarkan banyak interaktiviti selain menjadi mainan yang menyeronokkan dan boleh dibina.Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)