Jika ditanyakan kepada kanak-kanak zaman teknologi ini, mungkin tak ramai yang mengenali apa itu Lego. Namun bagi mereka yang lahir pada tahun 1990-an dan ke bawah, ia adalah antara permainan zaman kanak-kanak yang paling popular.

Dengan bermain set Lego, kanak-kanak mampu membina apa sahaja yang mereka inginkan mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing. Malangnya sebahagian besar kanak-kanak era telefon pintar terlepas peluang ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun tak semua kanak-kanak zaman dahulu berkesempatan untuk bermain dengan permainan ini kerana harganya yang agak mahal. iluminasi.com kongsikan dengan anda 8 set LEGO paling mahal pernah dihasilkan.

8. Set Death Star II

set lego death star ii

Ketika ini, set lego Death Star II ini bernilai RM6,980 namun ia pada asalnya hanya dijual dengan harga RM1,243.

Model ini termasuk dengan sebuah laser dan dibuat pada skala asli Death Star II dari Star Wars.

Set ini mempunyai 3,447 kepingan logo secara keseluruhannya.

7. Set Eiffel Tower

set lego eiffel tower

Set LEGO ini adalah set yang mempunyai ketinggian tertinggi sehingga kini, iaitu 1.06 meter. Bendera Perancis di bahagian atas menara ini juga diperbuat daripada kepingan Lego.

Dengan jumlah 3,428 kepingan, set Lego Eiffel Tower ini pada asalanya dijual dengan harga RM817 namun kini nilainya melonjak kepada RM7,055.

6. Set Milk Truck

set lego milk truck

Set Lego ini adalah mungkin yang tertua dalam senaran ini juga yang paling tidak dijangka.

Set Milk Truck ini yang dikeluarkan pada tahun 1989 di Denmark ini bertujuan untuk mempromosikan syarikat tenusu Denmark iaitu MD Foods (kini dikenali sebagai Arla Foods).

Set ini mempunyai 133 kepingan lego dan sangat sukar untuk didapati menjadikan anggaran nilainya kira-kira RM8,370.

5. Set Imperial Star Destroyer

set lego imperial star destroyer

Jika anda membeli set Lego ini pada tahun 2002, ia hanya dijual dengan harga sekitar RM1,195. Namun pada hari ini harganya mampu melonjak sehingga RM8,610 untuk satu set.

Set ini adalah model kapal Imperial Star Destroyer dari Star Wars termasuk dengan figura mini LEGO Darth Vader, hologram Emperor Palpatine dan 8 meriam selaras.

4. Set Statue of Liberty

set lego statue of liberty

Set LEGO ini mengandungi 2,882 bahagian dan kesemuanya berwarna hijau.

Harga bagi satu set Statue of Liberty pada hari ini mencecah RM9,100 namun pada tahun 2001, ia hanya dijual dengan harga RM813 sahaja.

3. Set Ultimate Collector’s Millennium Falcon

set lego ultimate collector s millennium falcon

Kemungkinan menjadi impian setiap pengumpul LEGO, model ini merupakan set Star Wars yang terbesar pernah dihasilkan dan set kedua terbesar selepas "Taj Mahal".

Set ini dikeluarkan pada tahun 2007 dan dijual dengan harga RM2,152. Set ini juga mengandungi figura mini Lego Obi-Wan Kenobi, Chewbacca, Puteri Leia, Luke Skywalker dan Han Solo.

Jumlah kepingan lego adalah sebanyak 5,174 dan kini harganya melonjak menjadi RM10,500.

2. Set Grand Carousel

set lego grand carousel

Set LEGO Grand Carousel ini adalah set yang dikuasakan oleh elektrik dan mempunyai 3,263 keping secara keseluruhan. Apabila ia disiapkan dan disalurkan tenaga elektrik, Grand Carousel ini akan berputar dan memainkan muzik.

Pada tahun 2009, ia boleh menjadi milik anda dengan harga RM1,028 namun pada hari ini harganya melambung menjadi RM11,000.

1. Set Taj Mahal

set lego taj mahal paling mahal di dunia

Set Taj Mahal ini adalah set yang paling besar pernah dihasilkan oleh LEGO. Ia dihasilkan pada tahun 2008 dan mempunyai jumlah kepingan yang tersangat banyak, iaitu 5,922 keping.

10 tahun yang lalu harga set LEGO ini adalah sekitar RM1,200 namun pada tahun 2018, harga tersebut menjadi 10 kali ganda, sekitar RM12,000. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)