Oleh pada 08 Mar 2020 kategori

Sekiranya anda memandu, semua kenderaan yang ada di atas jalan raya mempunyai nombor pendaftaran kenderaan yang perlu dipamerkan di bahagian depan dan belakang kenderaan tersebut.

Tak kiralah apa saja bentuknya, sama ada kereta, motosikal, lori, van atau bas - semua kenderaan berenjin kecuali basikal perlu didaftarkan. Bagaimana sistem nombor pendaftaran itu dimulakan di negara kita dan sejak bilakah nombor pendaftaran kenderaan di gunakan di seluruh dunia?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima fakta menarik tentang nombor pendaftaran kenderaan yang dapat kami kongsikan untuk ada hari ini.

1. Negara pertama yang memperkenalkan kewajipan pendaftaran

siapa pemilik kenderaan terawal malaysia

Perancis merupakan negara pertama dalam dunia mewajibkan pengguna kenderaan untuk mendaftarkan kenderaan mereka menerusi pengenalan ordinan polis pada 14 Ogos 1893.

Walau demikian, pelaksanaan sepenuhnya di Perancis hanya berjaya dilakukan pada 30 September tahun 1901. Pengenalan ordinan bersifat mandatori di Perancis memerlukan mana-mana pemilik kenderaan yang mampu mencapai kelajuan melebihi 30 km/j wajib didaftarkan.

Belgium menjadi negara pertama dunia mewajibkan keseluruhan pemilik kereta di semua negeri di dalamnya melakukan pendaftaran, dengan pengenalan pemasangan plet pendaftaran bernombor - lebih awal berbanding Perancis, walaupun Perancis yang memperkenalkan sistem pendaftaran kenderaan pertama di dunia.

Apa nombor kenderaan pertama didaftarkan di Perancis? Rujuk gambar di atas.

2. Siapa pemilik kereta pertama di Tanah Melayu?

eu tong sen dan keluarga

Kereta pertama di negara kita dibawa masuk oleh peniaga bernama Eu Tong Sen pada tahun 1902 yang tinggal di Perak.

Walaupun begitu pada zaman tersebut, usaha untuk mewujudkan keseragaman dalam sistem pendaftaran belum ada. Ini kerana kuasa pendaftaran kenderaan jatuh kepada kuasa ketua polis negeri masing-masing menyebabkan peraturannya jadi berbeza-beza. Ada negeri mewajibkan pendaftaran dan ada yang tidak.

Di Perak oleh kerana ketua polis di sana merasakan singkatan 'PK' sangat sesuai untuk merujuk kepada singkatan Perak, pada mulanya semua kenderaan di Perak yang ada pada ketika itu termasuklah kereta milik Eu Tong Sen - didaftarkan dengan huruf pendaftaran 'PK' sebagai pangkalnya.

3. Kenapa negeri Perak bertukar huruf A pula?

kereta perak guna nombor plat lama

Selepas berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan British kembali mentadbir, wujud usaha kerajaan British untuk menyatukan sistem pendaftaran yang ada agar lebih mudah dikendalikan - berbanding sistem mengikut negeri masing-masing sebelum itu.

Pengenalan akta baru oleh kerajaan British memperkenalkan sistem susunan huruf pendaftaran mengikut abjad yang lebih teratur dan tersusun, diperkenalkan di semua negeri secara seragam pada tahun 1945. Huruf A diberikan kepada Perak sebagai mengingati kemasukan kereta pertama di Tanah Melayu, yang digunakan di negeri itu.

4. Siapa pemilik nombor pendaftaran plet A yang pertama?

claude la brooy pemilik plat kereta pertama a1 perak

Walaupun Eu Tong Sen adalah pengguna kereta pertama di sini, pemilik plat pendaftaran pertama pula bukanlah miliknya.

Rekod pendaftaran menunjukkan pemilik pertama yang berjaya mendapatkan plet A1 adalah seorang lelaki British bernama Claude Henry Labrooy. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek dan kontraktor di Ipoh, Perak menjadi individu pertama menggunakan nombor pendaftaran A1 di Tanah Melayu.

Antara sumbangan beliau yang masih dikenang sehingga kini khasnya komuniti penganut Kristian, adalah merekabentuk dan menguruskan pembinaan The Mission House di Ipoh pada tahun 1913. Bangunan itu kini dikenali sebagai Gereja Gospel Elim terletak di Jalan Chung Thye Phin.

Kini nombor plat pertama dari segi susunan di negara kita, dimiliki oleh Sultan Selangor yang memadankan nombor bersejarah itu dengan kenderaan mewah milik Baginda.

5. Kenapa tentera kita guna huruf Z sebagai pendaftaran?

sejarah plat pendaftaran terawal di malaysia

Tidak ada apa-apa sebab yang khusus kenapa tentera negara kita menggunakan huruf Z sebagai permulaan, melainkan bagi tujuan memudahkan pengenalan serta huruf Z seakan bebas, tidak mewakili mana-mana negeri.

Sedar tak - walaupun semua kenderaan tentera kita didaftar bermula dengan huruf Z di depan, wujud perbezaan kategori pendaftaran kenderaan milikan tentera. Z1 hanya dikhaskan untuk Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

ZA, ZB, ZC dan ZD digunakan bagi mewakili kenderaan kendalian tentera darat, ZL mewakili tentera laut dan ZU bagi mewakili tentera udara. ZZ pula dikhaskan untuk kegunaan orang biasa, iaitu penjawat awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)