Oleh pada 15 Jan 2018 kategori

sejarah menarik di sebalik penciptaan nombor kosong 52

Nombor kosong (0) dicipta secara bebas atau berasingan oleh bangsa Babylon, Maya dan India. Sesetengah pengkaji sejarah berpendapat bahawa sistem nombor India dipengaruhi oleh hasil kerja Babylon. 

Sejarah Awal Nombor Kosong (0) Di Babylon

sistem nombor babylon sejarah nombor kosong 0

Sumber Foto: en.wikipedia.org

Babylon mewarisi sistem nombor daripada Sumeria. bangsa pertama yang mencipta sistem kiraan kira-kira 4000 hingga 5000 tahun lalu. Sistem berkenaan mengambil kira kedudukan sesuatu simbol relatif kepada kedudukan simbol yang lain.

Sistem kiraan Sumeria diwariskan kepada Empayar Akkadia dan seterusnya kepada Empayar Babylon sekitar tahun 300 BC.

Para ilmuan bersetuju bahawa di Babylon lah satu simbol dicipta sebagai suatu 'placeholder', yakni simbol untuk membezakan jumlah, contohnya antara 10 daripada 100, atau 225 daripada 2025.

Pada awalnya, bangsa Babylon membiarkan ruangan kosong dalam sistem nombor kuneiform mereka. Namun setelah berlaku terlalu banyak kekeliruan akibat sistem berkenaan, mereka menambah satu simbol, iaitu 'two angled wedges' bagi mewakili ruangan kosong. 

Bagaimanapun, mereka tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk menjadikan kosong sebagai nombor, hanya sebagai suatu simbol. 

Sejarah Awal Nombor Kosong (0) Di Amerika Oleh Masyarakat Maya

sistem nombor mayan kalendar maya sejarah nombor kosong 0

Sumber Foto: sites.google.com

600 tahun kemudian di sebuah kawasan sejauh 20,000 km dari Babylon, bangsa Maya mencipta kosong sebagai 'placeholder' di dalam sistem kalendar mereka yang sangat kompleks. 

Walaupun mempunyai ramai pakar matematik, mereka tidak pernah menggunakan nombor kosong di dalam persamaan (equation) mereka. 

India Mengangkat Kosong (0) Menjadi Nombor

di india kosong 0 diangkat menjadi nombor

Sumber Foto: viraldazed.com

Sesetengah para ilmuan beranggapan bahawa konsep kosong telah sampai ke India dan konsep ini dikembangkan di sana, namun sesetengah yang lain percaya bangsa India mencipta konsep nombor kosong secara sendiri tanpa pengaruh luar.

Konsep kosong pertama kali digunakan di India sekitar tahun 458 AD. Pada waktu berkenaan, persamaan matematik telah digunakan secara meluas berbanding pengunaan simbol-simbol semata-mata.

Konsep yang sama turut digunakan di dalam penyampaian puisi melalui perkataan-perkataan seperti 'void', 'sky' atau 'space' bagi melambangkan kosong. 

Pada tahun 628 AD, seorang ahli astronomi dan matematik India iaitu Brahmagupta telah mencipta sebuah simbol untuk mewakili kosong, dengan meletakkan titik di bawah nombor. 

Beliau juga mencipta operasi matematik yang menggunakan kosong, menulis 'peraturan' bagi mendapatkan kosong melalui operasi tambah dan tolak, serta menunjukkan hasil penggunaan kosong di dalam persamaan.

Inilah kali pertama di dunia kosong diiktiraf sebagai nombor, sebagai sebuah idea dan simbol. 

Penggunaan Nombor Kosong (0) Di Timur Tengah

ahli matematik islam terkenal al khawarizmi

Sumber Foto: infobiografi.com

sistem nombor arab oleh al khawarizmi ahli matematik islam terkenal

Sumber Foto: raudhahjiwa.blogspot.my

Beberapa ratus tahun berikutnya, konsep nombor kosong menjadi popular di China dan Timur Tengah.

Menurut Nils-Bertil Wallin dari YaleGlobal, sehingga tahun 773 AD, konsep ini sampai ke Baghdad dan menjadi sebahagian daripada sistem nombor Arab, yang berdasarkan sistem nombor India. 

Seorang ahli matematik Islam dari Farsi iaitu Mohammed ibn-Musa al-Khowarizmi mencadangkan bulatan kecil digunakan di dalam pengiraan sekiranya tiada nombor pada kedudukan puluh. 

Masyarakat Arab menggelar bulatan ini sebagai 'sifr' atau kosong. Masyarakat Malaysia merujuk kepada 'sifr' ini sebagai sifar. Nombor kosong sangat penting bagi Al-Khowarizmi, individu yang bertanggungjawab mencipta algebra pada kurun ke-9.

Beliau turut mencipta kaedah pantas bagi operasi matematik darab dan bahagi, yang kita rujuk sebagai algorithms.

Penyebaran Konsep Nombor Kosong (0) Di Eropah

penaklukan sepanyol oleh bangsa moorish

Sumber Foto: theapothetae.org

Konsep kosong juga sampai ke Eropah, melalui penaklukan Sepanyol oleh bangsa Moorish. Konsep ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh seorang ahli matematik dari Itali iaitu Fibonacci.

Beliau menggunakan kosong dalam persamaan matematik tanpa menggunakan abaskus. Penggunakan alat ini sangat lazim pada ketika itu bagi menyelesaikan masalah  aritmetik. 

Perkembangan konsep ini menjadi sangat popular dalam kalangan pedagang. Para pedagang menggunakan persamaan yang dikembangkan oleh Fibonacci (melibatkan penggunaan nombor kosong) bagi mengimbangkan kiraan kewangan mereka. 

Pengharaman Penggunaan Nombor Kosong (0) Di Itali

fibonacci sequence spiral oleh fibonacci ahli matematik itali

Kerajaan Itali berasa curiga dengan sistem nombor Arab dan mengharamkan penggunaan nombor kosong. Para pedagang terus menggunakan nombor ini secara sembunyi dan rahsia.

Perkataan Inggeris 'Cipher' yang membawa kod rahsia, atau salah satu elemen matematik sebenarnya berasal daripada perkataan Arab 'sifr'. Mungkin boleh dikaitkan dengan peristiwa di atas. 

Sehingga kurun ke-16, nombor kosong telah digunakan secara meluas di Eropah. Nombor ini menjadi asas kepada sistem koordinat (Cartesian) oleh Rene Descartes, serta perkembangan konsep kalkulus oleh Sir Isaac Newton dan Gottfried Wilhem Liebniz. 

Peranan kalkulus sangat penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, pengkomputeran, dan kebanyakan teori ekonomi dan kewangan. 

Rujukan:

  1. quora.com

tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)