Ocar number plate malaysia

Kecoh apabila JPJ Perlis dikatakan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah agensi itu apabila telah mengutip sebanyak RM12.2 juta hasil bidaan nombor pendaftaran "RR". Kutipan tertinggi sebelum ini adalah sebanyak RM7.1 juta. No plat "R1" tidak dibida oleh sesiapa kerana merupakan no plat khas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memenangi bidaan dua nombor plat iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah RM856,780. Di Malaysia, rekod no plat termahal dipegang oleh Sultan Johor dengan nilai pembelian RM836,660 bagi no plat "F1".

iluminasi.com ingin berkongsi 5 nombor pendaftaran kenderaan termahal dalam sejarah dunia.

5. Tidak diketahui pemiliknya, Scotland - 2008

s1 845

Berada di tangga ke-5 no plat termahal di dunia pernah dicatatkan adalah no plat "S1". No plat ini dipercayai no plat pertama di Scotland dan dahulunya dipasangkan kepada kereta yang dimiliki oleh antara pemilik kereta pertama di Scotland iaitu Lord Kingsburgh pada tahun 1903.

red skoda

Dengan harga RM2.23 juta, ia telah dibeli pada tahun 2008 oleh seseorang yang tidak mahu diketahui identitinya yang memberitahu akan dipasangkan pada kereta Skoda model lama yang berwarna merah

4. Afzal Khan, United Kingdom - 2008

f1

No plat : F1

Harga : RM2.43juta

Seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom telah memadamkan rekod yang dipegang oleh no plat "S1", dengan membayar harga RM2.43 juta bagi mendapatkan nombor plat "F1" yang samgat sinonim dengan Formula 1. Ia juga merupakan no plat termahal dalam sejarah Britain.

afzal khan

Pada tahun 2014, Afzal Khan telah menolak tawaran satu individu yang ingin membeli no plat "F1" ini dengan harga RM33.16 juta. No plat ini dipasangkan kepada kereta Mercedes SLR McLaren beliau. Beliau memberitahu ia merupakan pembelian yang berbaloi kerana harga sebenarnya mungkin bernilai 10 kali ganda.

3. John Collins, United Kingdom - 2014

john collins

No plat : 25 O

Harga : RM2.86 juta

25 o

No plat ke-3 termahal di dunia dan termahal di Eropah telah dibeli oleh penjual kereta klasik iaitu John Collins dengan harga RM2.86 juta. No plat "25 O" tersebut dipasangkan pada sebuah kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh lagenda Eric Clapton dan bernilai RM42.8 juta.

2. Talal Ali Mohmmad Khouri, UAE - 2007

talal ali mohmmad khouri

No plat : 5

Harga : RM19.35 juta

Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah mencatatkan rekod pembelian no plat termahal di dunia pada tahun 2007. Sebanyak RM19.35 juta dibelanjakan oleh hartawan ini bagi mendapatkan no plat "5" itu.

talal ali mohmmad khouri 2 718

Dalam lelongan yang sama, beliau juga membeli satu lagi no plat iaitu "55" dengan harga RM4.4 juta. Talal Ali memberitahu akan menjual no plat itu apabila beliau meninggal dunia dan menggunakannya untuk amal jariah.

1. Saeed Abdul Ghaffar Khouri, UAE - 2008

1 329

No plat : 1

Harga : RM40 juta

Tak syak lagi nombor pendaftaran kereta termahal di dunia yang pernah dibeli adalah di Abu Dhabi. Rekod yang dipegang oleh Talal Ali pada tahun 2007 telah dipecahkan oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat "1" denga harga RM38.67 juta.

phantom

Terdapat beberapa sumber yang menunjukkan no plat ini digunakan pada beberapa kereta termasuklah Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom . Namun, harga no plat ini sendiri lebih mahal daripada harga kereta-kereta ini.

Rujukan :

1. Demon Plates

2. This Is Money


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)