Tidak semua individu yang masuk ke taman tema berani untuk menaiki tunggangan roller coaster. Walau bagaimanapun, sememangnya ada sesetengah individu gemar menaiki roller coaster yang cukup menakutkankan ini kerana mereka gemarkan perasaan seronok dan "thrill" ketika menaikinya. 

Roller coaster sudah lama cukup wujud dan awalnya dicipta sebagai solusi bagi penyelesaian masalah remaja. Setiap roller coaster yang ada di muka bumi ini mempunyai keunikan tersendiri, dibezakan dengan kelajuan, panjang, kecuraman dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan pula senarai roller coaster paling lalu di dunia.

7. Ring Racer - 160.0 km/j

ring racer

Ring Racer ialah roller coaster bertemakan Formula Satu yang  dibuka pada 31 Oktober 2013 di padang perlumbaan Nürburgring sebagai sebahagian daripada projek Nürburgring 2009. Roller coaster walau bagaimanapun telah ditutup selamanya pada 4 November 2013 kerana dianggap tidak menguntungkan. 

Roller coaster ini dibina oleh S&S - Sansei dan mepunyai fungsi pelancaran pneumatik. Roller Coaster ini mampu bergerak dari 0– ke 160.0 km/j dalam masa kurang daripada 2 saat, dua kali ganda pecutan pemandu Formula 1 dalam tempoh masa yang sama.

6. Superman: Escape from Krypton - 160 km/j

superman escape from krypton

Superman: Escape from Krypton (asalnya dikenali sebagai Superman: The Escape) ialah roller coaster keluli yang terletak di Six Flags Magic Mountain di Valencia, California.

Apabila dibuka pada tahun 1997, ia adalah roller coaster tertinggi di dunia dengan kelajuan maksimum 160 km/j. Roller coaster ini adalah antara yang pertama menggunakan teknologi Linear Synchronous Motor (LSM) untuk menggerakkan kenderaan ke kelajuan tertinggi.

5. Red Force - 179.9 km/j

red force 557

Red Force ialah roller coaster keluli yang terletak di Ferrari Land dalam PortAventura World di Salou, Catalonia, Sepanyol.  Dengan ketinggian 112 meter dan kelajuan maksimum 180 km/j, Red Force ialah roller coaster tertinggi dan terpantas di Eropah setakat 2019.

Roller coaster ini dibina oleh pengeluar Switzerland, Intamin dan dibuka pada 7 April 2017. Red Force mempunyai tiga gerabak kereta setiap satu. Setiap gerabak menempatkan empat penunggang, oleh itu membolehkan 12 penunggang setiap kereta api. Red Force boleh menampung kira-kira 1,200 penunggang sejam.

4. Do-Dodonpa - 179.9 km/j

do dodonpa 782

Do-Dodonpa ialah roller coaster keluli yang terletak di Fuji-Q Highland di Fujiyoshida, Yamanashi, Jepun. Dihasilkan oleh S&S – Sansei Technologies, roller coaster yang dilancarkan menggunakan udara termampat untuk menggerakkan kereta apinya. Ia dibuka pada 21 Disember 2001 sebagai roller coaster terpantas di dunia dengan mencapai kelajuan tertinggi 172 km/j dalam 1.8 saat.

Tunggangan ini telah diperbaharui pada 2017, meningkatkan kelajuan dan pecutannya kepada 180 km/j dalam 1.6 saat. Pada tahun 2021, tunggangan telah ditutup selama-lamanya selepas beberapa aduan bahawa roller coaster ini berisiko menyebabkan  patah tulang penunggang yang menaikinya.

3. Top Thrill Dragster - 190 km/j

top thrill dragster

Top Thrill Dragster ialah roller coaster pemecut keluli yang terletak di Cedar Point di Sandusky, Ohio, Amerika Syarikat. Dibina oleh Intamin, ia dibuka pada tahun 2003 sebagai roller coaster tertinggi di dunia dan roller coaster litar penuh pertama yang melebihi 120 m dalam ketinggian.

Sewaktu pelancarannya pada tahun 2003, ia menjadi roller coaster terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum 190 km/j. Kos pembinaannya pada ketika itu adalah sekitar $25 juta dan tagline yang digunakan oleh Top Thrill Dragster adalah "Race for the Sky".

2. Kingda Ka - 206 km/j

kingda ka

Kingda Ka ialah roller coaster yang terletak di Six Flags Great Adventure di Jackson, New Jersey, Amerika Syarikat. Direka oleh Werner Stengel, Kingda Ka ialah model Accelerator Coaster dari syarikat Intamin yang dibuka sebagai roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia pada 21 Mei 2005.

Roller coaster ini dilancarkan dengan mekanisme pelancaran hidraulik, memecut kepada 206 km/j dalam 3.5 saat. Roller coaster ini mendaki elemen menara atas utama di penghujung trek pelancaran, mencapai ketinggian 139 m sebelum jatuh 127 m dan menamatkan trek dalam 28 saat. Rekod kelajuan Kingda Ka dipecahkan oleh Formula Rossa di Ferrari World pada 2010. 

1. Formula Rossa - 240.0 km/j

formula rossa

Formula Rossa merupakan roller coaster yang terletak di taman tema Ferrari World Abu Dhabi, sebuah taman tema yang terletak di Abu Dhabi. Trek roller coaster ini adalah sepanjang 2.2 km (1.4 bt), meletakkannya di tempat keenam di dunia untuk roller coaster terpanjang untuk kategori keluli.

Roller coaster memecut ke kelajuan tertingginya dalam 4.9 saat menggunakan sistem pelancaran hidraulik yang menjana halaju pelepasan 240 km/j, memegang rekod roller coaster paling laju sejak November 2010. Disebabkan oleh kelajuan yang tinggi dan risiko impak dengan zarah atau serangga bawaan udara, semua penunggang dikehendaki memakai cermin mata keselamatan.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. BBC News
  3. Wonderopolis



Hakcipta iluminasi.com (2017)