Oleh pada 16 Jul 2022 kategori

Hidup berjiran merupakan satu lumrah yang perlu dihadapi semua orang, melainkan dia sanggup mendirikan kediaman dan menetap di hutan belantara bersendirian.

Tak perlulah malu untuk kita akui bila dah hidup dalam suasana kejiranan ni, di sebalik banyak aspek positif yang ada juga wujud pelbagai aspek negatif dan buruk berkait dengan mentaliti masyarakat kita; yang ada kalanya sukar untuk kita percaya benar-benar berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima perangai jiran yang paling kerap berlaku, sering di ulang-ulang dan sukar dibanteras yang membuatkan kita rasa nak saja pindah ke kawasan berbeza. Hakikatnya pindah pun, kita akan ketemu perangai sama di mana-mana.

1. Suka berhibur tanpa peduli jiran tetangga

jiran kaki karaoke

Semua orang nak berehat selepas seharian bekerja. Ada yang suka berehat melakukan perbuatan yang menenangkan, ada juga yang rasa tenang melakukan sesuatu yang hingar-bingar seperti berkaraoke atau menonton filem dengan set teater rumah canggih.

Tak salah nak layan filem dengan bunyi sedikit kuat, tetapi ada segelintir manusia dia cuba mereplikasikan suasana di pawagam dalam rumah sendiri. Berdentum jiran-jiran dia kena layan audio filem dia.

Yang lebih memburukkan keadaan, dia pula suka tonton filem aksi Gred B yang membariskan penonton kurang ternama dalam jalan cerita di mana bunyi meletup lebih penting berbanding skrip.

Kadang-kadang kita pun rasa pelik - kita tahu dia ada anak kecil. Bagaimana dia sanggup tengok filem dalam situasi sedemikian rupa, tanpa peduli tentang pendengaran anak sendiri. Kaki karaoke pun satu hal lah.

2. Nak bina garaj bukan atas tanah mereka

jiran bina garaj tanpa permit kebenaran

Negara kita dah digemparkan dengan perbuatan segelintir pemilik unit pangsapuri yang suka hati mereka tambah keluasan rumah tanpa mempedulikan tahap keselamatan bangunan.

Tetapi kita sering memejam sebelah mata kepada masalah ramai pemilik rumah yang suka-suka bina garaj peribadi di kawasan tanah kosong berhadapan rumah mereka. Situasi ini dapat dilihat di kebanyakan kawasan perumahan.

Satu, perbuatan itu salah dari aspek undang-undang. Dua, tanah itu jelas bukan milik mereka. Tiga - binaan yang dibuat memang mencacatkan pemandangan.

Ada orang beli lot unit rumah depan tasik, depan pemandangan bukit, untuk membolehkan dia nampak pandangan yang segar setiap hari. Jiran-jiran pergi buat garaj pula. Masalahnya bila ditegur, tau pula dia melenting.

Jika dilaporkan kepada pihak berkuasa, habis satu taman dicari siapa tukang lapornya.

3. Malas jaga rumah

jiran rumah kotor

Anda tahu apa yang lebih teruk berbanding jiran yang bising? Kita ditakdirkan berjiran dengan orang yang tak peduli langsung keadaan rumah dia.

Kawasan depan rumah dia dah macam stor! Ada barang terpakai, ada skirt kereta, ada ekzos motorsikal. Ada kotak-kotak yang tidak diketahui apa isinya. Kita yang keluar masuk rumah sendiri sakit saja mata memandangnya setiap hari.

Taman tu pula dah direka baik. Rekaan rumah cantik. Lanskapnya juga terjaga. Sekali tengok jiran sebelah kita rumah ibarat tongkang pecah rupanya. Yang jadi isu, bila kawasan depan rumah dah penuh - dia pun mula susun barangan-barangan dia di tepi pagar pula.

Habis semua barangan hasil kumpulan dia, dia sandarkan kepada pagar mengakibatkan rumah sebelah pun jadi tak terurus rupanya. Kami tahu perbuatan ni tak salah. Tetapi tak salah juga sekiranya anda sebagai pemilik rumah jagalah sikit kediaman anda.

Daun-daun yang masuk dan sampah yang bertaburan, sapulah sekali-sekala.

4. Suka bercucuk tanam dan tak jaga

kebun haram jiran dalam taman

Salah satu tabiat masyarakat kita yang boleh kita saksikan, bila mereka dah beli rumah atas tanah seperti rumah teres, ramai yang memilih untuk terus simenkan keseluruhan bahagian berumput. Senang nak jaga katanya.

Tak jadi masalah pilihan itu. Apa yang menimbulkan isu kepada kawasan jiran tetangga, bila dia ni tadi mulalah bercucuk tanam di kawasan luar rumah dia. Ye lah, tanah kat unit sendiri dah tak ada.

Bahu jalan yang ada tanah ditanamnya pokok serai. Kawasan yang agak tersorok di taman permainan, ditanamnya pokok-pokok buah seperti mangga dan pisang. Serai mesti ada terselit sama.

Masa mula buat dan masih bersemangat, rajinlah juga dia melawat 'kebun milik dia' tu. Lama-kelamaan yang ditanam tak berjaga. Pokok serai pun dah merimbun naik, tanpa ada sesiapa mendapat manfaatnya sebab semua orang takut nak ambil kerana kita semua tahu siapa tukang tanamnya.

5. Kaki parkir depan rumah orang

jiran parkir kereta masuk ke depan rumah lain

Semua perangai menjengkelkan yang ada dalam senarai ini jarang membawa kepada pergaduhan - kecuali perangai ini. Jiran yang suka-suka parkir depan rumah orang memang mengundang rasa amarah lain macam sikit.

Kita sebagai jiran tahu mereka anak beranak ramai dan kereta pula boleh ada lebih 3 buah satu rumah. Rumah pula tak berapa luas bukaannya, jadi hendak tak hendak kenalah diparkir secara berlapis di laman rumah sendiri.

Dia tak mahu. Kalau parkir berlapis nanti susah nak keluarkan kereta, prosesnya jadi rumit kena keluarkan dulu kereta di luar supaya kereta di dalam boleh masuk. Dia nak segera. Jadi pilihan yang dia ada adalah untuk parkir di kawasan luar rumah dia...tak kiralah di mana-mana pun.

Bahu jalan yang kosong, depan rumah orang lain selalu jadi sasaran. Jika dah terdesak sangat, dia parkir juga depan rumah sendiri tapi ada bahagian kereta masuk juga ke kawasan depan rumah jiran. Jiran nak keluar kereta pun terpaksa senget-sengetkan kenderaan nak elak punggung kereta dia yang terjulur.

Orang macam ni kalau ditegur dia memang akan bagi alasan 'terpaksa.' Majoriti yang buat sebegini sebenarnya malas sebenarnya. Nak senang.

Sekiranya anda berjiran dengan orang yang jadi pemilik lori lagilah sakit hati. Bayangkan depan rumah kita ada lori, yang belakangnya menutup pemandangan tingkap kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)