Jika berlaku peperangan, adalah mustahil untuk kita mengagak berapa lama tempoh yang akan diambil untuk perang tersebut tamat. Terdapat perang yang berlarutan selama berdekad-dekad seperti Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Rusia.
Ini adalah peperangan adalah satu konflik yang rumit dan gencatan senjata sangat sukar diperolehi apatah lagi jika kedua-dua pihak berkeras untuk terus berperang.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, terdapat perang yang berlaku dalam tempoh yang sangat singkat, sehinggakan agak janggal untuk menggelarkanny menggunakan istilah "perang". iluminasi.com ingin
5. Perang Serbia-Bulgaria - 14 hari
Tahun perang: 1885
Perang antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Keputusan: Kemenangan Kerajaan Bulgarian
Pada September 1885, Wilayah Uthmaniyyah Timur Rumelia dan Bulgarian mengumumkan penyatuan kedua-dua wilayah tersebut. Penggabungan ini diberikan tentangan yang kuat dari kedua-dua Empayar Austro-Bulgaria dan pemerintah Serbia.
Greece melakukan protes tetapi menolak gabungan perang dengan Serbia dan mendorong pemerintah Serbia untuk mengisytiharkaan perang terhadap Bulgaria pada 14 November 1885.
Langkah ini bermovativasikan oleh janji-janji Austro-Bulgaria mengenai konsesi tanah di Bulgaria. Tentera Bulgaria menjaga kawasan daripada pencerobohan Uthmaniyyah namun tergugat apabila diserang.
Selepas pertempuran awal dan berjaya mempertahankan Slivnitsa dan Vidin, tentera Bulgaria pula menyerang.
Ia mengakibatkan kerajaan Austro-Bulgaria mengugut untuk membuat pakatan dengan Serbia yang akhirnya membawa kepada pemberhentian permusuhan.
Namun, penyatuan Bulgaria telah diiktiraf selepas insiden ini.berkongsi 5 peperangan yang paling singkat pernah berlaku dalam sejarah manusia.
4. Perang India-Pakistan - 13 hari
Tahun perang: 1971
Perang antara: India vs Pakistan
Keputusan: Bangladesh menjadi negara merdeka
Latar belakang kepada konflik penting antara musuh sejarah iaitu India dan Pakistan adalah Perang Pembebasan di Bangladesh yang membawa kepada Kemerdekaan Bangladesh.
Pertempuran meletus di sempadan Barat di India selepas pilihan raya umum telah memberikan liga Pakistani Awami Timur majoriti di dewan undangan negeri, yang mencancam kemerdekaan Bangladesh.
Kekalasah tentera Pakistan di antara 3 dan 16 Disember 1971 telah membuka jalan menuju kemerdekaan Bangladesh.
3. Perang 6 Hari - 6 hari
Tahun perang: 1967
Perang antara: Israel vs Mesir, Syria, Jordan, Iraq
Keputusan: Kemenangan Israel
Juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel yang ke-3 adalah hasil ketegangan di Timur Tengah yang meletus pada Jun 1967.
Ketegangan sememangnya sudah tinggi di rantau ini untuk beberapa ketika dan diperkuat dengan laporan palsu mengenai rancangan serangan Israel terhadap Syria.
Juga terdapat tambahan serangan Guerilla oleh militan Palestin daripada Syria, Jordan dan Lubnan yang meningkatkan lagi tekanan.
Insiden yang mencetuskan perang ini adalah pengharaman terhadap kapal Israel untuk melalui Teluk Aqaba oleh Mesir sebagai langkah menunjukkan sokongan terhadap Syria dalam perjuangan menentang Israel.
Ia diikuti oleh persekutuan di antara Jordan, Mesir dan Iraq dalam pakatan pertahanan bersama dan mendorong Israel untuk melancarkan serangan awal pada 5 Jun yang menghancurkan angkatan udara Mesir dan Syria hanya dalam masa 3 hari.
Serangan balas oleh Jordan terhadap Jerusalem mendorong tentera Israel untuk menyerang kembali mengakibatkan penaklukan jalur Gaza, Jerusalem Timur, Tebing Timur dan Semenanjung Sinai.
2. Perang Bola Sepak - 100 jam
Tahun perang: 1969
Perang antara: El Salvador dan Honduras
Keputusan: Gencatan senjata akibat campur tangan Pertubuhan Negara Amerika (OAS)
Namanya sahaja sudah menjelaskan bahawa perang pendek antara El Salvador dengan Honduras ini berlaku disebabkan oleh perlawanan bola sepak.
Namun, punca konflik ini jauh lebih mendalam dan kebanyakannya disebabkan oleh perundangan pembaharuan tanah yang kontroversi oleh kerajaan Honduras.
Undang-undang yang direka dengan kerjasama perbandanan utama membawa kepada penghapusan ribuan pendatang asing El Salvador dari ladang pertanian mereka.
Penduduk El Salvador melihatkan atindakan ini sebagai perbuatan pembunuhan beramai-ramai lalu mengisytiharkan perang pada hari yang sama dengan hari ke-3 dan terakhir dalam satu siri perlawanan kelayakan Piala Dunia antara kedua-dua negara ini.
Serangan awal yang mengejut oleh orang El Salvador berlaku pada 14 Julai membuatkan rakyat Honduras bertindak membalas.
Namun, tekanan daripada Pertubuhan Negara Amerika (OAS) dan bantuan ketenteraan daripada Nicaragua untuk Honduras memaksa orang El Salvador untuk melakuan gencatan senjata pada 19 julai, menamatkan perang dalam masa 100 jam.
1. Perang Anglo-Zanzibar - 45 minit
Tahun perang: 1896
Perang Antara : Empayar British vs Zanzibar
Keputusan: Kemenangan British
Dianggap sebagai konflik paling singkat di dunia, perang Anglo-Zanzibar meletus pada 27 Ogos 1986. Perang ini bermula dengan kematian Sultan Zanzibar iaitu Hamad bin Thuwaini, yang mempunyai sentimen pro-British terhadap 25 Ogos.
Anak saudara Hamad iaitu Khalid bin Bargash mengambil alih kuasa beliau dan berjaya mengumpulkan sekumpulan tentera kecil sekitar 3,000 orang di istana.
Walaubagaimanapun, tentera British tidak meluluskannya dan mengeluarkan kata muktamad kepada Khalid yang telah menjadikan askarnya sebaagai benteng.
Keputusan British adalah supaya Khalid menyerah diri dalam masa sejam, ataupun di serang. Dalam masa 45 minit, Khalid telah menyerah kalah, memberikan peluang kepada British untuk mengangkat Hamud bin Muhammed sebagai Sultan Zanzibar yang baharu.
Rujukan:
1. Independent
2. Explore
3. War History
4. Britannica