K-Pop dan K-Drama bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi peminat muzik dan drama di Malaysia. Jika dahulu ia menjadi satu bahan ketawa dan ejekan, kini industri hiburan negara kita telah dilanda demam Korea Selatan melalui kedua-dua saluran ini.

Walaupun ramai yang tidak mengambil serius disebabkan oleh penampilan pelakon dan penyanyi lelaki Korea Selatan yang dikatakan terlebih "jambu" seperti pondan dan bagi wanita pula terlalu banyak pembedahan plastik, namun ramai yang tidak tahu bahawa mereka ini menerima bayaran yang tersangat tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, terdapat pelakon-pelakon Korea Selatan yang dibayar lebih mahal mengalahkan pelakon Hollywood bagi setiap episod. Iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca 5 pelakon Korea Selatan yang menerima bayaran paling mahal ketika ini. 

5. So Ji Sub

so ji sub pelakon korea selatan dengan bayaran tertinggi

Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan, pelakon berusia 41 tahun ini terkenal dengan wataknya dalam beberapa siri drama popular termasuklah I'm Sorry, Cain and Abel, Oh My Venus dan Master's Sun.

Selepas membuat kemunculan pertama dalam dunia hiburan sebagai model seluar jeans, So Ji Sub mula dikenali melalui bakatnya dalam bidang lakonan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penyanyi yang mengeluarkan banyak EP hip-hop. 

Ketika ini, So Ji Sub menerima bayaran sebanyak RM257,918 bagi setiap episod, menjadikannya sebagai pelakon Korea Selatan ke-5 menerima bayaran tertinggi.

4. Lee Young-ae

lee young ae pelakon korea selatan dengan bayaran tertinggi

Pelakon veteran, Lee Young-ae adalah pelakon yang menerima bayaran ke-4 tertinggi di Korea Selatan mencecah RM330,326 bagi setiap episod. Pada mulanya, Lee adalah merupakan seorang model yang sangat aktif pada tahun 1991.

Selepas dikenali dalam iklan TV, beliau membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam drama "How's Your Husband", yang juga drama pertama memberikan anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik di Anugerah Drama SBS.

Selain daripada terkenal di tanah airnya, Lee Young-ae juga muncul di media TV negara luar termasuklah Taiwan dan China. 

3. Hyun Bin

hyun bin pelakon korea selatan dengan bayaran tertinggi

Hyun Bin adalah wajah yang sangat lazim di kaca TV Korea Selatan, yang menjadi watak utama dalam banyak siri drama dan filem di negara itu. Dan disebabkan ini, beliau menerima bayaran sebanyak RM333,922 bagi setiap episod.

Antara watak yang meninggalkan kesan mendalam bagi pada penonton adalah lakonan beliau dalam My Name is Kim, Secret Garden dan Sam-Soon yang mana menjadi batu loncatan dalam karier lakonannya. 

Hyun Bin membuat kemunculan semula dalam siri drama Jekyll, Hyde and I yang menyumbang kepada sebahagian besar kekayaannya. Namun drama ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan kerana penonton Korea membuatkan beliau dikatakan tidak mungkin mendapat bayaran seperti yang diterima sebelum ini.

2. Kim Soo Hyun

kim soo hyun pelakon korea selatan dengan bayaran tertinggi

Dengan bayaran sebanyak RM335,514 bagi setiap episod yang dilakonkan, Kim Soo Hyun adalah pelakon lelaki Korea Selatan yang paling mahal di negara ini. Sehingga kini, pelakon kacak ini menjadi watak utama dalam pelbagai filem dan drama termasuklah My Love from the Star, Dream High dan Moon Embracing The Sun.

Kim Soo Hyun bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan tetapi juga mempunyai cita-cita untuk menjadi pemain boling profesional, kerana mempunyai bakat yang mengagumkan dalam sukan ini.

Ramai yang tak menyangkakan beliau mampu sampai ke tahap ini kerana personaliti introvertnya, namun ibunya yang menjadi inspirasi membuatkan Kim Soo Hyun mengubah dirinya.

1. Jun Ji Hyun

jun ji hyun pelakon korea selatan dengan bayaran tertinggi

Kejayaan besar yang diraih oleh Jun Ji Hyun melalui drama My Love From The Star yang dilakonkan bersama Kim Soo Hyun pada tahun 2014 membuatkan beliau menjadi pelakon wanita dengan bayaran paling mahal ketika ini. Pelakon jelitan ini lahir pada tahun 1981 dan memulakan karier lakonan ketika berusia 16 tahun.

Beliau mula dikenali melalui filem komedi My Sassy Girl pada tahun 2001 dan membuat kemunculan di Hollywood pada tahun 2006 menggunakan nama Gianna Jun. Selepas melahirkan anak pertama, Jun kembali meneruskan karier lakonan dalam drama berjudul The Legend of The Blue Sea.

Jun dikatakan mendapat bayaran sekitar RM368,428 bagi setiap episod dalam drama tersebut. Secara keseluruhan, Jun Ji Hyun memperoleh pendapatan sebanyak RM7.74 juta hanya melalui drama 21 episod ini sahaja. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)