Apabila berbicara tentang ekplorasi angkasa lepas, pastinya organisasi The National Aeronautics and Space Administration atau singkatannya NASA akan terlintas di fikiran. Namun, selain NASA sebenarnya terdapat kira-kira 70 organisasi lain di seluruh dunia yang turut sama melakukan pelbagai kajian dalam bidang ini.

Bagi yang tidak tahu, eksplorasi angkasa lepas mempunyai pelbagai manfaat terhadap manusia dan sains. Antaranya adalah menggalakkan penciptaan teknologi baru, mewujudkan kerjasama pelbagai negara banyak lagi.

Pada era awal ekplorasi angkasa lepas, yakni sekitar tahun 1950-an, ianya dipelopori oleh dua kuasa besar ketika itu iaitu Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Kini, sudah banyak negara yang mewujudkan organisasi atau agensi sendiri bagi tujuan ini. Setiap satu agensi ini mempunyai kemampuan dan kejayaan yang berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 organisasi terbesar dunia dalam bidang eksplorasi angkasa lepas. Organisasi yang diletakkan dalam senarai ini dipilih kerana pelbagai faktor antaranya bajet tahunan yang diperuntukkan, keupayaan melakukan pelbagai kajian dan kejayaan serta penemuan-penemuan baru.

5. Indian Space Research Organisation (ISRO)

Tahun ditubuhkan: 1969

Bajet tahunan: $1.5 bilion (2018)

Indian Space Research Organisation atau ISRO memanfaatkan pelbagai kajian dalam bidang ini untuk pembangunan negara dan eksplorasi teknologi baru. Dengan bajet tahun sekitar $1.5 bilion ISRO telah berjaya melakukan beberapa projek utama di peringkat antarabangsa. ISRO juga berperanan mengoperasikan multipurpose geostationary satellites (INSAT) dan remote sensing satellites (IRS) untuk kegunaan telekomunikasi dan pemantauan Bumi.

ISRO terkenal dengan ciptaan sistem pelancaran satelit mereka yang berkos lebih rendah. Pada tahun 2008, mereka berjaya melancarkan satelit pertama menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV-XL). Kos keseluruhan projek ini hanya menelan belanja $54 juta sahaja.

Pada tahun 2017, ISRO mencipta rekod dunia dengan melancarkan 104 satelit pada masa yang sama. Bangga dengan pencapaian ini, kerajaan India telah bersetuju untuk meningkatkan bajet tahunan ISRO sebanyak 23%.

4. Russian Federal Space Agency (Roscosmos)

roscosmos 423

Tahun ditubuhkan: 1992

Bajet tahunan: $3.27 bilion (2015)

Roscosmos adalah organisasi yang menjalankan pelbagai kajian angkasa lepas di Russia, termasuklah penghantaran angkasawan, pemantauan Bumi dan juga membangunkan teknologi ketenteraan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Russia.

Walaupun organisasi ini baru sahaja ditubuhkan, ia sebenarnya adalah penjenamaan semula bagi meneruskan kelangsungan projek-projek eksplorasi angkasa lepas zaman Kesatuan Soviet. Satu ketika dahulu, Kesatuan Soviet merupakan pelopor industri ini dengan kejayaan melancarkan satelit pertama dikenali sebagai Sputnik-1, menghantar manusia pertama ke angkasa, Yuri Gagarin, dan wanita pertama, Valentina Tereshkova.

Kini, selain membangunkan projeknya sendiri seperti sistem navigasi Glosnass (fungsi seperti GPS), Roscosmos turut melakukan kerjasama dengan organiasi lain. Antara projeknya yang terkini adalah misi ExoMars, iaitu usaha mencari bukti wujud hidupan di planet Marikh. Projek ini merupakan usaha sama dengan organisasi European Space Agency (ESA).

3. European Space Agency (ESA)

european space agency

Tahun ditubuhkan: 1975

Bajet tahunan: $7 bilion (2018)

Tidak seperti organisasi lain dalam senarai ini yang mewakili sesebuah negara, ESA sebaliknya adalah sebuah organisasi yang dianggotai 22 buah negara Eropah. Dengan kerjasama intelektual dan aset, organisasi ini mempunyai keupayaan besar untuk melakukan pelbagai aktiviti dan program eksplorasi angkas lepas.

ESA merupakan penyumbang utama projek Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). ESA sangat aktif dalam pelbagai projek termasuklah pelancaran kapal angkasa tanpa pemandu ke bulan dan pelbagai planet lain, pembangunan teknologi telekomunikasi dan pemantauan Bumi.

ESA juga mempunyai sistem pelancaran satelit mereka sendiri yang dikenali sebagai Ariane. Antara projek mega mereka yang lain termasuklah Venus Express, satelit yang mengelilingi orbit Venus dan menghantar data secara berterusan dan LISA Pathfinder, kajian mengenai gelombang graviti.

2. China National Space Administration (CNSA)

china national space administration 179

Tahun ditubuhkan 1993

Bajet tahunan: $11 bilion (2017)

Walaupun CNSA jarang diperkatakan di media massa, ianya tidak begitu mengejutkan organisasi ini berada di tempat kedua memandangkan negara China kini merupakan antara kuasa besar dunia. CNSA bertanggungjawab dalam kesemua projek eksplorasi angkasa lepas di peringkat kebangsaan bagi negara China.

Tidak seperti organisasi lain yang terlibat dengan projek Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS), CNSA sama sekali tidak terlibat. Sebaliknya, mereka membangunkan stesyen angkasa mereka sendiri. Sejak 2003, organisasi ini telah menghantar ramai angkasawan ke angkasa dan sehingga kini, 11 orang angkasawan telah dihantar.

Pada tahun 2014, CNSA telah berjaya melancarkan misi ke bulan dengan penghantaran robot yang dikenali sebagai Chang’e 3. Dengan bajet tahunan yang besar, tidak mustahil banyak lagi kejayaan yang dicapai di tahun yang mendatang.

1. National Aeronautics and Space Administration (NASA)

nasa amerika syarikat

Tahun ditubuhkan: 1958

Bajet tahunan: $20.7 bilion (2018)

Kedudukan NASA di tempat pertama dalam senarai ini memang tidak dapat disangkal lagi. Organisasi ini juga merupakan antara yang tertua dan telah melakukan pelbagai program angkasa lepas terutamanya penemuan planet-planet lain, sistem solar, galaksi dan pelbagai lain.

Walaupun NASA merupakan organisasi swasta, ia bertanggungjawab untuk melapor secara terus kepada Presiden Amerika Syarikat. NASA juga mempunyai banyak pusat kajian untuk pelbagai tujuan antaranya Johnson Space Center, Jet Propulsion Laboratory, Goddard Space Flight Center danLangley Research Center.

Sehingga kini, NASA sudah berjaya melancarkan lebih daripada 200 misi dan mereka mempunyai perancangan untuk melancarkan 70 lagi misi pada masa akan datang.

Kredit:

  1. Forbes
  2. Quora



Hakcipta iluminasi.com (2017)