Kes kecurian kenderaan merupakan antara jenayah paling kerap berlaku di negara kita. Statistiknya juga cukup menakutkan dengan beberapa negeri mencatatkan nisbah kehilangan kenderaan setiap hari yang sangat tinggi.

Sebagai pemilik kenderaan, penulis memang memiliki sifat fobia takut hilang kereta dan motor setiap kali diletakkan di mana-mana. Walaupun sudah dipasang kunci keselamatan, di rantai dan diletak di tempat yang dirasakan selamat - kecurian kenderaan tetap juga berlaku kerana pencuri yang berjaya dirakam 'bekerja', terbukti mempunyai kemahiran tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

curi motor

Di negeri manakah kes kecurian kenderaan paling kerap berlaku di negara kita? Berikut adalah lima negeri di Malaysia yang mencatatkan jumlah statistik tertinggi kes kecurian kenderaan sehingga tahun 2016.

Negeri paling panas untuk motorsikal

kes kecurian motorsikal

Di mana ramai penduduk, di situlah kes-kes kecurian akan lebih kerap berlaku. Jadi tidak menghairankan negeri Selangor mencatatkan jumlah kecurian motorsikal tertinggi berbanding mana-mana negeri di Malaysia.

Selangor mencatatkan 8,890 kes kecurian motorsikal bagi tahun 2016, jauh mengatasi pencabar terdekatnya Johor yang hanya mencatatkan 4,686 kes.

WP Kuala Lumpur mencatatkan 3,864 kes kecurian motorsikal meletakkan negeri itu di tangga ketiga diekori rapat negeri Kedah, dengan 3,125 kes. Negeri jirannya pula, Pulau Pinang duduk di tempat kelima dengan 2,401 kes kecurian motorsikal.

Di negeri mana kereta paling banyak dicuri?

curi kereta jenayah

Dalam kes kecurian kenderaan jenis kereta atau motokar pula, Selangor tetap berada pada kedudukan pertama dengan jumlah kes kecurian sebanyak 3,309 motokar dilaporkan. WP Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes kedua terbesar bagi tahun 2016 iaitu 2,104 kes dan Johor di belakangnya, dengan 1,443 kes.

Berbeza dengan kes kecurian motorsikal, negeri Sarawak mencatatkan jumlah kes kecurian motokar keempat tertinggi sebanyak 748 kes dan Kelantan merangkumi lima tempat teratas dengan jumlah kes 614.

Statistik dalam bentuk jadual

No.Kes kecurian motorsikal
1Selangor 8,890Selangor 3,309
2Johor 4,686WP Kuala Lumpur 2,104
3WP Kuala Lumpur 3,864Johor 1,443
4Kedah 3,125Sarawak 748
5P. Pinang 2,401Kelantan 614

Kesimpulan

Bagi keseluruhan jumlah kes untuk tahun 2016, sebanyak 34,754 kes kecurian motorsikal dan 10,607 kes kecurian motorkar dilaporkan. Sekiranya dibandingkan dengan angka-angka kes-kes kecurian tahun-tahun sebelumnya, boleh dikatakan berlaku penurunan daripada segi jumlah kes yang berlaku.

Pada awalnya, penulis menjangkakan akan berlaku persamaan ketara di antara negeri-negeri yang menduduki lima tempat teratas berdasarkan jumlah populasi penduduk, namun sekiranya dilihat keseluruhan statistik dapat dilihat wujud perbezaan di antara jumlah kes kecurian motorsikal dan motokar mengikut negeri.

kes curi motor paling tinggi

Ada negeri di mana kes kecurian motorsikal lebih aktif berbanding motokar dan ada juga negeri yang berlaku sebaliknya pula. Walaupun statistik ini mungkin sedikit sebanyak melegakan anda atau mungkin juga semakin meresahkan anda, pastikan anda telah pun mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang cukup sebelum meninggalkan kenderaan anda.

Rujukan

DOSM




Hakcipta iluminasi.com (2017)