Setiap tahun, statistik kecurian motorsikal jauh meninggalkan jumlah kecurian kenderaan lain. Berita baiknya, semenjak tahun 2011 sehinggalah 2016, jumlah kecurian motorsikal menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding kenderaan lain. Jika dibandingkan statistik pada tahun 2011 yang merekodkan lebih 21 ribu kes kecurian motorsikal, angka itu turun separuh kepada hanya 10,054 kes pada tahun 2016.

Persoalannya, apa model panas dalam kecurian motorsikal ini? Tidak ada banyak data yang mampu menjelaskan perkara ini kerana statistik kes kecurian motorsikal tidak selengkap statistik untuk kereta, namun kita bernasib baik kerana ada sedikit data dari PIAM berkenaan model-model motorsikal panas yang kerap dicuri.

Berikut adalah 10 motorsikal panas yang kerap dicuri dan dilaporkan pada suku pertama tahun 2020 di negara kita. Harap ini boleh menjadi indikator kepada anda atas kekurangan maklumat yang ada tentang kecurian motorsikal.

1. Honda (Lain-Lain)

iluminasi motorsikal curi malaysia2

Tidak ada maklumat jelas tentang model apa yang dimaksudkan dan sebanyak 745 unit telah dicuri dalam tempoh suku pertama tahun 2015 dan hampir 500 kecurian bagi tahun 2020. Banyak tu.

2. Honda C100

iluminasi motorsikal curi malaysia 260

Siapa sangka model klasik ini yang lebih dikenali dengan nama EX5 menjadi perhatian pencuri dengan jumlah 615 kes kecurian dilaporkan berlaku pada 2015 dan 365 kes bagi tahun 2020. Susah hati juga jadi peminat motorsikal klasik ini yang terbukti mampu menarik perhatian pencuri.

3. Yamaha LC135

iluminasi motorsikal curi malaysia3

Pasti ramai dah agak model ini tentu masuk carta. Model paling popular dari Yamaha ini menduduki termpat ketiga dengan 320 kes kecurian berlaku bagi tahun 2015. Manakala bagi tahun 2020 sahaja telah berlaku 962 kecurian motor LC ini.

4. Yamaha Royal Star

iluminasi motorsikal curi malaysia4

Motorsikal berkuasa 1300cc ini menduduki tempat keempat dalam carta. Sebanyak 316 unit telah dilaporkan kecurian dan ini agak mengejutkan kerana model ini agak rare untuk dilihat.

5. Yamaha (Lain-Lain)

iluminasi motorsikal curi malaysia5

Kami tak ada maklumat tambahan tentang model apakah sebenarnya yang dimaksudkan, tetapi kami merasakan ini adalah model-model campuran motorsikal Yamaha SS Two dan sudah pastilah model paling lejen antara semua model Yamaha iaitu Yamaha RXZ. Sebanyak 137 kes dilaporkan dalam tempoh 2015. 

Dan bagi keseluruhan kes kecurian motorsikal jenama Yamaha bagi tahun 2020 adalah lebih kurang 1342 kes.

6. Yamaha Y125

iluminasi motorsikal curi malaysia6

Walaupun mempunyai kod nama yang sama dengan sebuah motorsikal konsep lain, Y125 sebenarnya merujuk kepada model popular Yamaha 125Z yang masih lagi kekal evergreen hingga ke hari ini. Sebanyak 128 kecurian berlaku dalam suku tahun 2015 dan 355 kes bagi tahun 2020.

7. Honda ANF100 aka Honda Wave

iluminasi motorsikal curi malaysia7

Honda ANF100 adalah kod nama bagi Honda Wave. Sebanyak 94 kes kecurian tahun 2015 telah berlaku melibatkan model tersebut manakala 113 kes bagi tahun 2020.

8. Yamaha Lagenda

iluminasi motorsikal curi malaysia2

Tidak sah kalau tidak ada model ini kerana model ini cukup popular di kalangan anak muda. Sebanyak 91 kes kecurian (2015) telah berlaku melibatkan model ini yang cukup popular di kalangan pelajar universiti yang mahukan motorsikal 4 lejang yang boleh kata mampu memecut pantas. 

Bagi tahun 2020 pula, sebanyak 155 kes kecurian motorsikal Lagenda telah dilaporkan. Sebagai maklumat tambahan, sebenarnya ejaan yang betul dalam Bahasa Melayu bukanlah "lagenda" tetapi "legenda".

Jadi sekiranya ada rakan anda menunggang motorsikal Lagenda, bolehlah beritahu kepada mereka bahawa motorsikal mereka adalah motor "typo".

9. Kawasaki Super Kips - KR150 - RR150

kawasaki ninja super kips kr150 rr150

Kawasaki merupakan pencipta terawal 2 lejang yang beberapa kali memenangi motogp dengan jenteranya. Kawasaki mengeluarkan beberapa jentera 150cc untuk bersaing dengan pengeluar yang lain. Kawasaki merupakan satu satu nya pengeluar yang mengeluarkan banyak model 150 cc sekaligus.

Jumlah kecurian yang dilaporkan pada suku pertama tahun 2020 adalah sebanyak 21 kecurian.

10. Yamaha Y15ZR

ysuku y15 y15z y15zr y15v2 y15v3 rosham noor

Antara motor paling digilai anak muda di zaman ini. Kebanyakan veteran-veteran rempit juga ramai yang memiliki motorsikal ini kerana cara tunggangannya lebih santai berbanding motor seperti RXZ, KRR150, RD dan lain-lain. Mahu bawa anak ke sekolah dan mengaji Al-Quran pun mudah.

Bagi suku pertama tahun 2020 sahaja, sebanyak 315 kes kecurian berkaitan Y15ZR (YSuku) dilaporkan. Statistik ini diperolehi ketika zaman PKP. Penulis menjangkakan kes kecurian motorsikal Y15 ini akan meningkat naik untuk tahun 2021 dan 2022.

Dua lagi tempat dipegang oleh motorsikal Modenas Kriss dengan 76 kes kecurian dan model klasik Kawasaki iaitu Vulcan 800cc dengan 71 kes. Jadi, apa kesimpulannya yang boleh kita dapat di sini hasil dari statistik-statistik yang dibentangkan?

Golongan pencuri masih lagi menumpukan perhatian kepada motorsikal jenama Honda dan Yamaha, sementara beberapa jenama lain seperti Suzuki dan SYM kurang 'mendapat sambutan.'

Memang diakui, melihat video-video rakaman kecurian motosikal mampu membuatkan kita takut melihat bagaimana cepatnya pencuri bekerja, jadi ambillah langkah keselamatan yang anda rasa perlu bagi mencegah kehilangan motorsikal anda.

motor paling kerap dicuri malaysia

Rujukan

Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad




Hakcipta iluminasi.com (2017)