Kerjaya seorang wartawan sebenarnya merupakan kerjaya yang terpuji. Mereka sanggup ke seluruh pelosok dunia untuk mencari info-info terkini tentang sesuatu isu. Dalam konflik atau peperangan sekalipun, golongan wartawan sanggup mengambil risiko semata-mata untuk membuat liputan gambaran sebenar kejadian yang berlaku.

Kebiasaaannya, mereka akan diberikan perlindungan khas agar mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan memastikan keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, golongan wartawan ini juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran pengganas malah ramai yang terbunuh sewaktu menjalankan tugas. Mengikut rekod, sepanjang 10 tahun terakhir ini 960 orang wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas di pelbagai buah negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak iluminasi.com ingin berkongsi senarai 5 buah negara yang merbahaya kepada wartawan. Senarai ini telah disediakan berdasarkan data yang dikumpulkan oleh pihak Committee to Protect Journalists (CPJ). Jumlah kematian yang dicatatkan ini hanya mengambil kira kematian wartawan yang terjadi ketika mereka menjalankan tugas secara langsung di lapangan dari tahun 1992 hingga 2017.

5. Somalia

Jumlah kematian sejak 1992: 52 orang

Berada dalam kedudukan ke 5 dalam senarai ini adalah negara Somalia, negara yang sedang bergolak. Daripada 1992 hingga 2017, 52 orang telah dilaporkan terbunuh semasa menjalankan liputan disini. Mengikut rekod, 69% daripada golongan wartawan yang terbunuh adalah pada editor dan wartawan yang membuat liputan siaran langsung.

Hampir separuh daripada pembunuhan ini dilakukan oleh kumpulan pelampau politik bagi menghalang para wartawan daripada menyebarkan berita sebenar kepada masyarakat luar. Buat masa ini, tiada tanda-tanda kes pembunuhan wartawan ini akan berkurangan kerana tiada perlindungan khas yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada golongan wartawan ini.

4. Rusia

Jumlah kematian sejak 1992: 54

pembunuhan di rusia

Di Rusia, 70% wartawan yang dibunuh adalah para wartawan yang menulis di akhbar-akhbar utama. Mereka ini biasa menjadi sasaran pembunuh kerana telah mendedahkan kes-kes rasuah, salah guna kuasa politik, jenayah, perang dan bisnes pasaran gelap.

Kegiatan pembunuhan wartawan ini biasanya dilakukan oleh pembunuh upahan yang diupah oleh orang politik atau individu tertentu sebagai amaran kepada syarikat penerbitan agar tidak menerbitkan laporan kesalahan yang dilaporkan.

3. Algeria

Jumlah kematian sejak 1992: 60

pembunuhan wartawan di algeria

Mengikut rekod, semenjak 1992, 60 orang wartawan telah dibunuh di Algeria. Dua pertiga daripada pembunuhan ini dipercayai dilakukan oleh individu tidak dikenali yang dilantik sebagai pembunuh upahan.

Negara Algeria sememangnya mempunyai masalah kebebasan bersuara bagi pihak media. Laman-laman web utama yang memaparkan isu semasa telah dihalang untuk diakses oleh penduduk tempatan.

2. Filipina

Jumlah kematian sejak 1992: 73

pembunuhan wartawan di filipina

Agak mengejutkan apabila Filipina turut berada dalam senarai ini di kedudukan ke 2. Mengikut rekod, 73 kematian wartawan direkodkan di Filipina sejak 1992. Kebanyakan wartawan yang dibunuh ini adalah mereka yang terlibat dalam membongkarkan masalah korupsi, jenayah, dadah dan politik.

Selain itu, hampir separuh daripada wartawan yang dibunuh ini tidak terus ditembak atau dibom, sebaliknya mereka terlebih dahulu diculik, dijadikan tebusan dan diseksa. Menurut rekod, 69% daripada penjenayah yang melakukan pembunuhan ini dipercayai merupakan pegawai kerajaan yang ingin menutup salah laku mereka atau ketua mereka.

1. Iraq

Jumlah kematian sejak 1992: 151

pembunuhan wartawan di iraq

Kedudukan Iraq ditangga teratas negara yang paling merbahaya kepada golongan wartawan bukan sesuatu yang mengejutkan. Peperangan, terrorism dan korupsi menyebabkan 151 orang wartawan telah dibunuh di Iraq semenjak 1992 sehingga 2017.

Majoriti kematian yang dilaporkan adalah kerana terkorban di medan perang dan menjadi sasaran pembunuh. Wartawan yang bekerja dengan stesyen televisyen adalah golongan yang paling banyak dibunuh. Menurut rekod juga, 83% kes pembunuhan mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau politik.

Kredit:

  1. Huffington Post
  2. The Guardian
  3. Al Jazeera



Hakcipta iluminasi.com (2017)