Bahasa adalah alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Ia digunakan seawal kewujudan manusia, dan kini dianggarkan sebanyak 6,909 bahasa yang masih aktif digunakan di dunia.

Daripada jumlah ini, hanya 6% atau 414 bahasa sahaja yang mempunyai pengguna melebihi 1 juta orang, dan secara kolektifnya ia merangkumi 94% daripada jumlah populasi di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

negara paling banyak bahasa 2

Di Malaysia, dianggarkan terdapat kira-kira 137 bahasa, dengan 41 daripadanya digunakan di semenanjung Malaysia termasuk bahasa orang asli di Timur Malaysia.

Walaupun jumlah ini boleh dikatakan banyak kerana biasanya seseorang itu hanya mampu bertutur di antara 1 hingga 2 bahasa sahaja, namun, masih terdapat negara yang mempunyai lebih banyak bahasa, dan iluminasi.com ingin kongsikan 5 buah negara yang mempunyai paling banyak bahasa di dunia.

5. Amerika Syarikat - 430 bahasa

amerika syarikat negara paling banyak bahasa

Mungkin ramai yang tak tahu bahasa bahasa Inggeris hanyalah merupakan bahasa kebangsaan di Amerika Syarikat, dan bukannya bahasa rasmi di peringkat persekutuan, kerana negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi di peringkat persekutuan.

Dianggarkan terdapat 430 bahasa di Amerika Syarikat, termasuklah bahasa-bahasa utama lain selain Inggeris seperti bahasa Sepanyol (40.4 juta), Cina (3.3 juta), Tagalog (1.7 juta), Korea (1.09 juta), Vietnam (1.5 juta), Arab (1.2 juta) dan Perancis (1.2 juta).

Bahasa-bahasa lain yang digunakan termasuklah bahasa Belanda Pennsylvania, Ukraine, Turki dan Romania dan banyak lagi. Juga terdapat 150 bahasa Amerika Utara Asli seperti Dakota, Apache dan Cherokee.

4. Nigeria - 521 bahasa

nigeria negara paling banyak bahasa

Dengan jumlah bahasa yang digunakan dalam pertuturan sebanyak 521 bahasa, Nigeria merupakan negara ke-4 dalam senarai ini. Daripada jumlah ini, 9 daripadanya telah pupus. 

Di sesetengah kawasan di Nigeria, kumpulan etnik bertutur dalam lebih daripada satu bahasa. Walaubagaimanapun, bahasa rasmi Nigeria adalah bahasa Inggeris, yang dipilih untuk memudahkan perpaduan budaya dan bahasa negara, berikutan pengaruh penjajahan British yang berakhir pada tahun 1960.

Bahasa utama yang digunakan di Nigeria mewakili tiga keluarga utama bahasa Afrika:

  1. majoriti adalah bahasa Niger-Kongo, seperti Igbo, Yoruba dan Fulfulde
  2. Kanuri, yang dituturkan di timur laut, terutamanya di Borno dan Yobe State, adalah sebahagian daripada keluarga Nilo-Saharan
  3. Hausa adalah bahasa Afroasiatik.

Ramai pengguna bahasa Perancis daripada negara sekitar telah mempengaruhi bahasa Inggeris yang dituturkan di wilayah sempadan Nigeria, membuatkan sesetengah warga Nigeria fasih dalam bahasa Perancis, untuk bekerja di negara jiran.

3. Indonesia - 742 bahasa

indonesia negara paling banyak bahasa

Dengan anggaran sebanyak 18,000 buah pulau yang mana 922 daripadanya dihuni, Indonesia adalah sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian bahasa. Terdapat kira-kira 300 kumpulan etnik yang berbeza di negara ini.

Ramai penduduk di pulau yang sama tidak bertutur menggunakan bahasa yang sama, walaupun Bahasa Indonesia, dialek daripada bahasa perdagangan Melayu diterima pakai sebagai bahasa rasmi pada tahun 1930-an.

Lebih daripada 742 bahasa dan dialek yang berbeza-beza digunakan di Indonesia. Sesetengah daripadanya berasal dari keluarga bahasa Austronesian.

Sekitar 20 juta penduduk menggunakan bahasa utama Indonesia dan 140 juta lagi menggunakan bahasa kedua. Bahasa Indonesia mengalami pengaruh tempatan dan asing, termasuklah Jawa, Sunda, Minangkabau, Hindi, Sanskrit, China, Arab, Belanda, Portugis dan juga Inggeris.

2. India - 780 bahasa

india negara paling banyak bahasa

Angka rasmi untuk bahasa-bahasa di India adalah sesuatu yang sukar untuk ditentukan, namun apa yang pasti adalah India merupakan salah satu negara dengan bahasa paling banyak di dunia.

Antaranya adalah 22 bahasa yang diiktiraf oleh perlembagaan, termasuklah Bengali, Punjabi, Hindi dan Tamil, dengan Hindi ditulis dalam skrip Devanagari diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerajaan India bersama-sama bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh penjajah dituturkan dengan fasih oleh 90 juta pengguna, membentuk satu kumpulan yang lebih berpendidikan dan berkuasa dalam populasi. Hindi dipertuturkan oleh 40% warga India kebanyakannya di bahagian tengah dan utara.

Banci pada tahun 1961 mengenal pasti 1,652 "bahasa ibunda" di negara ini, namun tidak jelas sama ada ia merujuk kepada bahasa atau termasuk dengan dialek. Malah, ramai di antara mereka yang mengisytiharkan bahasa yang mereka tidak guna, dan sesetengah keliru di antara nama bahasa dengan nama kasta mereka.

Banci pada tahun 2001 pula menunjukkan kira-kira 122 bahasa utama di India, termasuk 1,599 bahasa lain (mungkin termasuk dialek). Namun kajian terbaru yang lebih meyakinkan telah mengenalpasti sebanyak 780 bahasa digunakan di India, dengan lebih daripada 100 masih digunakan.

1. Papua New Guinea - 852 bahasa

papua new guinea negara paling banyak bahasa

Papua New Guinea mempunyai indeks kepelbagaian 0.990 dan merupakan negara yang paling berbilang bahasa di atas muka bumi. Ia juga merupakan negara yang paling beragam dari segi etnik, dan negara ke-54 paling besar di dunia.

Terdapat kira-kira 852 jenis bahasa di negara ini, iaitu 3 kali ganda jumlah bahasa yang digunakan di Eropah. Daripada jumlah ini, hanya 840 sahaja yang masih digunakan manakala 12 yang lain telah pupus, dan hanya 1 bahasa sahaja yang tidak asli.

Dua bahasa utama yang digunakan di sini adalah Inggeris dan Tok Pisin. Bahasa Inggeris digunakan oleh kurang daripada 2% populasi negara ini. 41 daripadanya dianggap sebagai bahasa yang kian lenyap, 41 lagi adalah bahasa institusi dan 336 yang lain masih lagi kuat digunakan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)