seth rogen naturist

Bagi sesetengah pembaca, membaca artikel ini adalah pengalaman pertama belajar tentang apa itu naturist. Mungkin anda terkejut dan mungkin anda malu, tetapi budaya songsang itu bukannya budaya baru cuma tidak berapa didedahkan pada kita.

Sudah berlaku juga kes-kes seumpama itu di negara kita, apabila pelancong luar menanggalkan pakaian ketika memanjat gunung di Sabah ataupun warga tempatan yang hilang akal, menjadikan sebuah resort di Pulau Pinang sebagai pusat percutian naturist mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terlalu kagum budaya luar merupakan satu kelemahan masyarakat kita. Sehinggakan terlalu ramai individu mahu mencedok budaya luar baik dan buruk, untuk diperkenalkan di negara kita dengan alasan kebebasan bersama. Berikut adalah 5 negara moden yang kita kagumi atas dasar kemajuan mereka, namun sebenarnya mundur ke belakang dari aspek etika manusia.

1. Sepanyol

tunjuk perasaan bantah larangan bogel di sepanyol

Kerajaan Sepanyol langsung tidak mempunyai larangan untuk sesiapa yang tidak berpakaian - ini membolehkan sesiapa saja yang tiba-tiba terasa hendak berbogel bebas melakukan apa saja yang mereka mahu. Walaupun begitu, nasib baiklah persepsi masyarakat yang memandang serong kepada golongan naturist ini tetap ada dalam membantu mengawal tabiat buruk ini. Harapnya majoriti masyarakat mereka kekal waras walaupun kelonggaran undang-undang mereka pasti akan diambil kesempatan.

2. Perancis

pekan bernama orgy di perancis

Perancis, negara yang menghalang wanita memakai tudung, tidak mempunyai hukuman yang jelas dalam undang-undang mereka berkenaan isu ini. Mereka membenarkan naturist berbogel di beberapa tempat awam dan setakat ini, terdapat lebih 150 kelab percutian dan beberapa puluh pantai telah digazetkan oleh kerajaan Perancis sebagai lokasi mesra naturist.

3.Jerman

bilik mandi awam

DI Jerman, masyarakat mereka mengamalkan apa yang dinamakan sebagai Freikörperkultur atau FKK yang membawa maksud free body culture, satu tradisi yang diamalkan masyarakat Jerman sekian lama. Di Munich, terdapat 6 lokasi taman terbuka yang digazetkan sebagai taman untuk sesiapa saja berbogel tanpa halangan, tanpa pagar yang menghalang sesiapa masuk.

4. Belanda

gadis belanda comel

Di Belanda, setiap satu daerah diminta memberikan cadangan kepada kerajaan lokasi mana yang sesuai untuk dijadikan kawasan rehat terbuka untuk berbogel. Apabila sesuatu lokasi itu telah termaktub sebagai lokasi terbuka, tidak wujud sebarang kekangan untuk mana-mana individu berekreasi sambil berbogel di situ dan sebarang individu yang menghalang perbuatan berbogel, boleh didenda. Terbalik pula.

5. Croatia

naturist berumur di tepi tingkap

Masalah di Croatia memang unik. Oleh kerana kebanyakan pantai di Croatia mengamalkan dasar pakaian itu pilihan, jadi lebih sukar untuk anda melawat pantai di mana anda wajib berpakaian di sana. Mujurlah beberapa bandar di Croatia seperti Dubrovnik, Hvar, Makarska dan Vodice sudah mula mengambil langkah untuk mengenakan larangan ke atas individu naturist ini, apabila penduduk setempat mula rasa tidak selesa mereka berkeliaran di lokasi tarikan pelancong, di tengah-tengah bandar.

Rujukan

Tripsavvy

The Local France

CNN Nudity in Germany




Hakcipta iluminasi.com (2017)