Senjata api biasanya digunakan oleh pihak polis dan tentera untuk mempertahankan negara. Namun, ia menjadi alat untuk manusia saling berbunuhan seperti dalam di dalam perang.

negara dengan undang undang senjata api paling longgar

Selain daripada pihak berkuasa, rakyat juga mempunyai hak memiliki senjata api dengan tujuan tertentu. Sebagai contoh Dato Alif Syukri baru-baru ini memohon lesen pemilikan senjata api untuk tujuan mempertahankan diri.

iluminasi.com kongsikan 5 negara dengan undang-undang pemilikan senjata api paling longgar di dunia.

5. Norway

negara paling longgar undang undang senjata api 10

Norway mempunyai antara kadar pemilikan senjata api yang tertinggi di dunia iaitu 31.3 daripada populasinya. Selain itu negara ini juga mempunyai permit untuk memiliki kebanyakan jenis senjata api. Namun, hak untuk memiliki senjata api tidak dijamin oleh undang-undang.

Mereka yang memohon untuk mendapatkan lesen pemilikan pistol mesti menyediakan sebab-sebab yang boleh diterima.

Pemohon mestilah lulus peperiksaan latar belakang terlebih dahulu serta melengkapkan kursus kelayakan menembak jarak dekat hanya untuk menyimpan pistol di rumah masing-masing.

Senapang separa-automatik dibenarkan dengan permit, dan tiada senjata api dibenarkan dibawa secara terbuka.

4. Panama

negara paling longgar undang undang senjata api 9

Panama merupakan antara negara yang paling mesra senjata api di Amerika Selatan. Jika anda memiliki senjata secara sah, anda tak perlukan permit untuk membawanya ke mana-mana, cuma harus secara tersembunyi sahaja. 

Semua jenis pistol dan senapang separa automatik adalah sah, malah tiada sekatan kapasiti puluru senjata api. 

Namun, bagi pelancong, anda tidak mempunyai hak memiliki senjata api, melainkan anda mendapatkan taraf penduduk untuk membeli atau import senapang ke Panama yang dikhabarkan sangat mahal.

negara paling longgar undang undang senjata api 1

Alternatif terbaik adalah membeli bekas senjata api kerajaan yang berdaftar daripada pengedar, namun memerlukan lesen pemilik senjata api.

Permohonan lesen memerlukan semakan latar belakang yang mengambil masa berbulan-bulan, termasuklah sampel darah dan air kencing.

Walaupun undang-undang memiliki senjata agak longgar namun budaya memiliki senjata api agak rendah berbanding negara lain iaitu hanya 3.06% sahaja. Jadi, jangan anggap anda dapatkan pelbagai jenis senjata dijual di negara ini, membuatkan harganya menjadi lebih mahal.

3. Switzerland

negara paling longgar undang undang senjata api 8

Agak ekstrem di Switzerland kerana sehingga tahun 2010, semua lelaki yang sempurna tubuh badan dan sihat dikehendaki menyimpan senapang automatik di rumah untuk menyediakan pertahanan kepada negara ini.

Namun perkhidmatan ini kini menjadi sukarela, tetapi pengundi telah menolak referundum pada tahun 2011 yang memerlukan tentera untuk menyimpan senjata mereka di pangkalan tentera. 

Negara ini antara yang mempunyai kadar pemilikan senjata api yang tertinggi di dunia iaitu sekitar 29%. Namun apa yang bagus adalah Switzerland juga antara negara dengan kadar jenayah terendah di dunia.

negara paling longgar undang undang senjata api 3

Senapang jenis "single-action" dan "bolt-action" boleh dibeli oleh sesiapa sahaja berusia 18 tahun ke atas tanpa permit.

Namun pada tahun 1997, undang-undang yang menjamin hak pemilikan senjata api telah mengenakan pelbagai sekatan termasuklah lesen dan pendaftaran diperlukan untuk membeli senjata api.

jika senapang anda dicuri dan digunakan dalam aktiviti jenayah, anda yang bertanggungjawab dan akan dipersalahkan.

Pistol boleh dibawa secara terbuka tetapi dengan lesen.

2. Republik Czech

negara paling longgar undang undang senjata api 7 173

Republik Czech memulihkan hak senjata api selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Malah, ia menjadi antara negara yang paling baik untuk memiliki senjata api. Aktiviti menembak menjadi sukan ketiga paling popular di negara ini di belakang bola sepak dan hoki.

Rakyat Republik Czech tidak perlu memberikan sebab untuk mendapatkan permit membawa pistol secara sembunyi. Undang-undang negara ini juga mengiktiraf hak untuk mempertahankan diri lebih daripada negara-negara Eropah yang lain.

Walaupun aga longgar, namun mahkamah Czech memutuskan hak senjata api tidak diakui secara perlembagaan. Jadi, semua pemilik senjata api mesti melalui proses lesen, yang memerlukan pemeriksaan latar belakang dan ujian kecekapan untuk membeli dan memiliki senjata api.

negara paling longgar undang undang senjata api 6

Mahkamah Czech memutuskan bahawa hak untuk senjata api tidak diakui secara perlembagaan.

Semua pemilik senjata mesti melalui proses lesen yang boleh dikeluarkan termasuk pemeriksaan latar belakang dan pelbagai ujian kecekapan untuk membeli dan memiliki senjata api. Malah jenis single-shot mesti didaftarkan.

Kadar pemilikan senjata api agak rendah di negara ini. Pada tahun 2013, hanya terdapat 306,815 lesen pemilik dan 728,476 senapang beraftar wujud daripada populasi negara 10.5 juta orang. Kadar pemilikan peribadi adalah kira-kira 16.3%.

1. Amerika Syarikat

negara paling longgar undang undang senjata api

Amerika Syarikat mempunyai tradisi kebanggaan pemilikan senjata api di dunia. Hak individu untuk menyimpan dan membawa senjata api diiktiraf oleh Pindaan Kedua kepada Perlembagaan Amerika Syarikat.

Apabila hak pemilikan senjata Amerika dicabar, ia biasanya dipertahankan oleh pengundi-pengundi yang menyokong hak memiliki senjata api, yang mana adalah majoriti.

Walaubagaimanapun negeri-negeri tertentu dan majlis perbandaran cuba untuk melemahkan hak ini melalui peraturan. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila ia diterima di beberapa negeri seperti di Chicago, Illinois dan Washington.

30 negeri membenarkan senjata api dibawa secara terbuka, 14 negeri memerlukan permit dan 6 negeri mengharamkannya.

negara paling longgar undang undang senjata api 5

Kadar pemilikan senjata api di Amerika Syarikat sangat sukar untuk dihitung kerana senjata api yang tidak tertakluk kepada Akta Senjata Api Nasional tidak perlu didaftarkan. 

Negeri-negeri tertentu dan majlis perbandaran telah berusaha untuk melemahkan hak-hak senjata melalui peraturan.

Beberapa percubaan ini telah terbalik pada alasan Pindaan Kedua, seperti dalam kes Chicago, IL, dan Washington, D.C. Baru-baru ini keadaan Akta SAFE New York mengharamkan pelbagai senjata api dan ciri-ciri.

Namun anggaran sebanyak 43% daripada rumah di Amerika Syarikat mempunyai senjata api, dan 90 juta rakyat memiliki senjata. Angka ini adalah yang tertinggi di dunia per kapita.

Rujukan :

1. Guns and Ammo

2. PBS

3. Eskify


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)