Oleh pada 19 Nov 2017 kategori

Ini merupakan 10 negara terkaya yang diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. Penggunaan nilai PKB bagi kesemua barangan akhir adalah untuk menunjukkan nilai sebenar dolar di sesebuah negara itu pada sesuatu tahun. Mari kita semak senarai bagi tahun 2017.

10. Amerika Syarikat: RM 239,189.49 KDNK (PKB) per kapita

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sementelah majoriti negara yang tersenarai mempunyai penduduk yang tidak ramai, ia sudah tentu merupakan suatu pencapaian yang membanggakan buat Amerika Syarikat kerana mampu mempertahankan KDNK (PKB) per kapita mereka. Ini memandangkan ia mempunyai ekonomi terbesar di dunia dan jumlah penduduk melebihi 310 juta orang. Antara faktor kejayaan tersebut ialah industri automotif tempatan mereka yang besar, sektor teknologi yang menggalakkan inovasi, dan sistem demokrasi yang melindungi hak keusahawanan dan harta intelek.

9. Norway: RM 246,835.04 KDNK (PKB) per kapita

norway 656

Dengan kekayaan yang ada, negara Nordik ini membolehkan 4.97 juta rakyatnya untuk mempunyai ekonomi yang kecil tetapi kukuh. Didorong oleh perikanan, sumber semula jadi dan penerokaan petroleum secara besar-besaran, Norway merupakan pengeksport kelapan terbesar bagi minyak mentah, kesembilan terbesar bagi minyak halus dan ketiga terbesar bagi gas asli di dunia.

8. Switzerland: RM 261,727.83 KDNK (PKB) per kapita

switzerland 476

Institusi perbankan dan kewangan Switzerland membuatkan ekonomi negara ini mampu bertahan. Tahukah anda bahawa beberapa individu dan syarikat terkaya di dunia mempunyai akaun bank Switzerland. Oleh itu, Switzerland mempunyai modal berlebihan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan. Bandar paling terkenal di negara ini, iaitu Zurich dan Geneva telah disenaraikan antara 10 bandar terbaik dari segi taraf hidup.

7. Ireland: RM 286,714.42 KDNK (PKB) per kapita

ireland 930

Pulau Zamrud mempunyai jumlah penduduk sekitar 4.8 juta orang. Industri-industri utama yang meningkatkan ekonomi negara ini ialah tekstil, perlombongan dan proctuon makanan iaitu produk ruji dalam mana-mana ekonomi. Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Ireland berada di kedudukan keempat secara keseluruhan.

6.  Emiriah Arab Bersatu: RM 301,432.45 KDNK (PKB) per kapita

emiriah arab bersatu

 

Persekutuan emiriah Timur Tengah ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 32,278 batu persegi. Ini bermaksud, ia boleh dimuatkan di dalam New York State yang berkeluasan 54,556 batu persegi. Dengan penduduk seramai 9.2 juta orang, jumlah tersebut lebih ramai dari negeri New Jersey. Satu pertiga daripada ekonomi per kapita negara ini merupakan hasil pendapatan minyak. Selain itu, sektor perkhidmatan dan telekomunikasi juga menjadi penyumbang utama. Emiriah Arab Bersatu adalah ekonomi kedua terbesar di dunia Arab, selepas Arab Saudi.

5. Kuwait: RM 307,251.40 KDNK (PKB) per kapita

kuwait

Kuwait mempunyai ekonomi yang kecil dan agak terbuka. Unit matawang tertinggi di dunia pada masa ini ialah dinar Kuwait. Dengan memilik hampir 10% rizab minyak dunia, petroleum menyumbang hampir separuh daripada KDNK dan 95% daripada hasil eksport dan pendapatan kerajaan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kuwait tidak perlukan banyak usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara mereka kerana keadaan fiskal yang positif.

4. Brunei: RM 322,335.72 KDNK (PKB) per kapita

brunei

Brunei, sebuah negara kecil yang kaya dari segi ekonomi. Ia adalah campuran keusahawanan asing dan domestik, peraturan kerajaan dan langkah-langkah kebajikan, serta tradisi desa. Brunei hampir sepenuhnya disokong oleh eksport minyak mentah dan gas asli. Seperti negara-negara pengeluar minyak yang lain dalam senarai ini, kerajaan Brunei telah menunjukkan kemajuan dalam mempelbagaikan ekonomi negara, bukan sekadar minyak dan gas semata-mata.

3. Singapura: RM 365,686.48 KDNK (PKB) per kapita

singapura 49

SIngapura telah meningkat dari posisi ke-5 sebelum ini, dengan pendapatan per kapita (PKB) 5 kali ganda pendapatan per kapita purata bagi individu biasa di dunia. Asas kekayaan negara kecil ini adalah sektor perkhidmatan kewangan, industri eksport kimia, dan dasar ekonomi liberalnya yang mendorong pertumbuhan dan inovasi. Singapura mempunyai pelabuhan kedua paling sibuk di dunia, yang mengeksport $414 bilion barangan pada tahun 2011 sahaja.

2. Luxembourg: RM 440,716.81 KDNK (PKB) per kapita

luxembourg 912

Simbol kekayaan ini mempunyai KDNK (PKB) per kapita 9 kali ganda purata di seluruh dunia. Tulang belakang bagi ekonomi yang kuat ini adalah sektor kewangan yang aktif, dasar fiskal yang bijak, dan sektor perindustrian serta keluli yang dinamik. Perbankan adalah sektor terbesar ekonomi di Luxembourg, dengan asas aset sahaja bernilai lebih dari $1.24 trilion.

1. Qatar: RM 530,793.99 KDNK (PKB) per kapita

qatar

Berada di kedudukan pertama, Qatar mempunyai industri penerokaan minyak yang maju, dimana industri petroleum merupakan 70% daripada hasil kerajaannya, 60% daripada KDNK dan 85% daripada pendapatan eksportnya. Oleh kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kekayaan yang dimiliki, Qatar telah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2022. Ia merupakan negara Arab pertama yang memegang peranan ini. Namun, Qatar juga merupakan negara paling kontroversi dalam senarai ini disebabkan penggunaan buruh paksa dari negara-negara di seluruh Asia dan beberapa bahagian di Afrika.

40.  Malaysia: RM 115,217.71 KDNK (PKB) per kapita

malaysia 943

Pastinya suatu pencapaian yang boleh dibanggakan buat rakyat Malaysia. Syabas.

Sumber:

1.    World Atlas

2.    Wikipedia

3.    World's Top Most

4.    Malaysia Travel




Hakcipta iluminasi.com (2017)