Kebiasaannya, mana-mana negara di dunia ini cenderung untuk menyokong sesuatu negara lain dalam mana-mana isu demi kepentingan ekonomi, politik dan lain-lain faktor luaran. Namun, tidak bagi negara Switzerland yang sentiasa mengamalkan data neutral dalam mana-mana isu antarabangsa.

Selama berabad-abad lamanya, negara kecil di Alpine, Switzerland telah mematuhi dasar berkecuali bersenjata dalam hal ehwal global. Switzerland telah menggunakan keadaan berkecualinya untuk kekal menarik diri daripada peperangan untuk masa yang lama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Switzerland bukanlah satu-satunya negara berkecuali di dunia kerana negara lain seperti Ireland, Austria dan Costa Rica semuanya mengambil pendirian tidak campur tangan yang serupa — namun negara ini kekal sebagai yang tertua dan paling dihormati.

Bagaimanakah ia mendapat tempat uniknya dalam politik dunia di mana kebanyakan negara mempunyai sokongan kepada negara-negara tertentu demi kestabilan negara mereka?

Sejarah permulaan polisi negara berkecuali

tentera switzerland

Pergerakan terawal ke arah polisi negara berkecuali Switzerland bermula pada 1515, apabila Konfederasi Switzerland mengalami kerugian besar kepada Perancis dalam Pertempuran Marignano.

Berikutan kekalahan itu, Konfederasi meninggalkan dasar perluasan kuasanya dan berusaha untuk mengelakkan konflik masa depan demi kepentingan dan pemeliharaan kawasan negara.

Ia adalah Perang Napoleon walaubagaimanapun yang benar-benar membuka laluan buat Switzerland sebagai negara neutral. Switzerland telah diceroboh oleh Perancis pada tahun 1798 dan kemudiannya menjadi kawasan satelit empayar Napoleon Bonaparte, memaksanya untuk mengorbankan status neutralitinya.

perang napoleon

Tetapi selepas kekalahan Napoleon di Waterloo, kuasa besar Eropah membuat kesimpulan bahawa Switzerland yang neutral akan berfungsi sebagai zon penampan yang berharga antara Perancis dan Austria dan menyumbang kepada kestabilan di rantau tersebut.

Semasa Kongres Vienna 1815, mereka menandatangani deklarasi yang mengesahkan "berkecuali selama-lamanya" Switzerland dalam komuniti antarabangsa.

Penglibatan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua

switzerland perang dunia pertama

Switzerland mengekalkan pendiriannya yang tidak berat sebelah kepada mana-mana negara dan kekal berkecuali sepanjang Perang Dunia I apabila ia menggerakkan tenteranya dan menerima pelarian tetapi juga pada masa yang sama enggan memihak secara ketenteraan.

Pada tahun 1920, sementara itu, League of Nations (Liga Bangsa-Bangsa) yang baru ditubuhkan secara rasmi mengiktiraf polisi berkecuali Switzerland dan menubuhkan ibu pejabatnya di Geneva.

Namun, cabaran yang lebih getir kepada polisi berkecuali Switzerland datang semasa Perang Dunia Kedua, apabila negara itu mendapati dirinya dikelilingi oleh kuasa Paksi.

Untuk memastikan negara itu selamat daripada kuasa Bersekutu dan Paksi, Switzerland menggunakan strategi yang dipanggil "berkecuali bersenjata," yang memerlukan mereka mengekalkan tentera yang besar untuk mengasingkan diri di dalam sempadan negara dan membenarkannya bertahan daripada pencerobohan asing.

pesawat switzerland 460

Walaupun orang Jerman dan Itali mempunyai rancangan terperinci untuk menyerang Switzerland, rancangan itu tidak pernah direalisasikan dan Operasi Tannenbaum telah dibatalkan.

Walaupun negara ini berada dalam keadaan neutral dan enggan merundingkan neutralitinya, kedua-dua pihak kuasa Bersekutu dan kuasa Paksi melanggar integriti dan menceroboh wilayah Switzerland semasa perang.

Sejak Perang Dunia Kedia, Switzerland telah mengambil peranan yang lebih aktif dalam hal ehwal antarabangsa dengan membantu dengan inisiatif kemanusiaan, tetapi ia kekal berkecuali dalam hal ehwal ketenteraan.

Ia tidak pernah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atau Kesatuan Eropah, dan hanya menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2002. Walaupun berkecuali sejak sekian lama, negara itu masih mengekalkan tentera untuk tujuan pertahanan dan memerlukan perkhidmatan ketenteraan sambilan daripada semua lelaki antara umur 18 dan 34 tahun.

Kredit:

  1. History
  2. BBC Travel
  3. TIME



Hakcipta iluminasi.com (2017)