pekerja pencen malaysia

Bagi mereka yang suka bekerja, pasti anda suka dengan umur persaraan yang tinggi dan lewat. Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau mahu pencen awal, ia merupakan sesuatu yang membebankan.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara dengan usia persaraan paling rendah di dunia.

5. Jepun

usia persaraan jepun

Usia persaraan di Jepun ditambah pada tahun 1998 daripada 55 hingga 60 tahun. Usia ini semakin meningkat saban tahun. Ketika ini purata usia persaraan adalah 62.7 tahun. 

Namun menjelang 2025, ia dijangka naik kepada 65 tahun bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Dan ketika ini, Jepun mempunyai populasi tertua di dunia.

Walaupun orang Jepun biasanya tinggal di negara sendiri selepas bersara untuk berada lebih dekat dengan keluarga, namun ada bukti yang menunjukkan rakyat Jepun berpindah ke Asia Tenggara untuk bersara.

Antara negara paling popular bagi pesara Jepun adalah Malaysia.

4. India

usia persaraan india antara yang terendah

Ketika ini usia persaraan rasmi di India adalah 60 tahun. Sektor swasta di India mempunyai usia persaraan 58 tahun, namun meningkat kepada 60 tahun. Laporan menunjukkan ramai warga tua India terus bekerja melepasi usia persaraan rasmi disebabkan kemiskinan berleluasa dan kewajiban keluarga.

Kebanyakan warga pencen India tidak berpindah keluar negara iaitu mereka yang tidak menghantar wang kepada keluarga.

3. Rusia

usia persaraan rusia yang terendah

Rusia, bersama-sama negara Afrika iaitu Senegal, Mozambique dan Madagascar mempunyai usia persaraan ketiga terendah di dunia iaitu 57.5 tahun.

Walaupun benua Afrika mempunyai negara dengan umur persaraan yang rendah namun amat sukar untuk bekerja mencapai usia tersebut.

Menurut laporan, persaraan awal mungkin diperlukan disebabkan di Afrika terlalu banyak kerja yang memerlukan tenaga yang tinggi seperti dalam bidang pertanian dan buruh.

Di Rusia pula, umur persaraan tidak berubah apabila negara itu membaikpulih sistem persaraan pada tahun 2002. Namun baru-baru ini Vladimir Putin meluluskan undang-undang untuk meningkatkan umur persaraan rasmi iaitu 65 bagi lelaki dan 63 bagi wanita.

Dan disebabkan ini, ramai rakyat Rusia yang meninggalkan negara dan tidak memberitahu kerajaan. Ramai rakyat Rusia yang mudah berpindah ke China dan Barat.

2. China

usia persaraan china antara yang terendah

Negara dengan populasi tertinggi di dunia ini mempunyai usia persaraan kedua terendah di dunia iaitu purata umur 56.25 tahun.

Disebabkan 15% daripada populasi sudah berada pada usia bersara atau lebih tua, terdapat ura-ura mengatakan akan ada perubahan usia bersara bagi membantu memerangi kesan buruh yang tidak seimbang.

Selain itu, kerajaan China mempunyai rancangan meningkatkan usia persaraan rasmi secara perlahan-lahan bagi mengimbangi kesan penduduk yang semakin tua.

Terdapat juga rakyat China yang melabur dalam hartanah persaraan di luar negara untuk diri sendiri dan ibu bapa. Antara destinasi popular adalah Kanada, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sesetengah orang Cina melabur dalam hartanah persaraan di luar negara, untuk diri mereka sendiri dan untuk ibu bapa mereka, dengan destinasi popular A.S., U.K., Kanada dan Australia.

1. Emiriah Arab Bersatu

usia persaraan emiriah arab bersatu antara yang terendah

Antara salah satu kelebihan menjadi rakyat Emiriah Arab Bersatu adalah boleh bersara pada usia awal. Umur persaraan rasmi negara ini adalah 49 tahun. Namun bagi pekerja asing, mereka harus bekerja sehingga umur 60 tahun sebelum bersara.

Dan bagi pekerja bukan warganegara UAE, mereka tidak digalakkan untuk tinggal di negara itu selepas bersara kerana beberapa polisi. Jadi bagi anda yang taksub nak kerja luar negara di sana jangan seronok sangat melainkan anda bijak mencari peluang untuk tinggal di sana selepas meninggalkan pejabat.

Rujukan:

1. Benefits Pro

2. 


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)