Oleh pada 11 Jan 2018 kategori

Kehidupan menjadi semakin mencabar hari demi hari dengan naiknya harga barangan keperluan harian seperti minyak. Masalah ini menjadi lebih besar dengan kenaikan harga rumah dan kereta yang rata-rata menyukarkan hidup bagi mereka yang bergaji rendah. Negara-negara yang mempunyai kos sara hidup tinggi ini dibandingkan berdasarkan indeks kos sara hidup di New York, USA (100.00) sebagai penanda aras.

Penanda aras ini dijelaskan berdasarkan mata wang negara masing-masing jadi diharapkan pembaca tidak membandingkan mata wang negara-negara ini dengan Ringgit Malaysia. Untuk lebih memudahkan pemahaman pembaca, bayangkan $20.00 untuk rakyat negara Amerika sebagai RM20.00 di negara kita. Makanan yang disebutkan dalam artikel ini merujuk kepada santapan makan tengahari termasuk minuman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Bahamas (109.37)

Bahamas merupakan sebuah negara di Pulau Carribean dan merupakan salah satu tempat pelancongan utama buat semua pelancong di seluruh dunia. Restoran-restoran murah yang menjual makanan di negara ini bernilai BSD20.00 (Bahamas Dollar). Selain itu, kos sara diri termasuk barang dapur mempunyai nilai 129.53% lebih tinggi daripada Malaysia manakala harga sewa rumah pula 209.87% secara purata.

4. Norway (112.75)

norway minyak mahal

Norway merupakan sebuah negara yang terkenal dengan pengaruh puak Viking satu ketika dahulu di mana ramai yang datang ke Oslo (ibu negara Norway) untuk melihat kapal Viking. Harga makanan di restoran murah yang anda boleh dapati di Norway bernilai NOK165.00 (Norwegian Krona) sepadan dengan RM16.50 di Malaysia. Kos sara hidup di Norway lebih tinggi daripada Malaysia sebanyak 151.97% dan 248.72% untuk sewa rumah.

3. Iceland (130.79)

iceland sewa rumah

Selain Norway, Iceland juga mempunyai sejarah Vikingnya yang tersendiri dan jumlah penduduk negara ini tidak melebihi 1 juta pun dengan populasi sebanyak 334,252 berdasarkan statistik pada tahun 2016. Harga makanan di restoran murah yang anda boleh dapati di Iceland berharga ISK2146.00 (Iceland Krona) secara purata sepadan dengan RM21.46 di Malaysia. Kos sara hidup mereka melebihi Malaysia sebanyak 175.21% manakala sewa rumah juga sangat mahal mencecah 369.87% lebih tinggi.

2. Switzerland (138.16)

switzerland mahal

Struktur geografi negara Switzerland banyak juga mempengaruhi kos sara hidup mereka kerana topografi negara mereka dipenuhi dengan bukit-bukau dan gunung-ganang seperti alpine. Struktur ini menyebabkan rumah yang dibina di negara Switzerland mempunyai seni arkitek yang agak unik.

Harga makanan di restoran murah buat penduduk negara ini boleh didapati dengan harga CHF24.00 (Swiss Franc) sepadan dengan RM24.00 di Malaysia. Indek kos sara hidup mereka pula mempunyai nilai 192.20% lebih tinggi berbanding Malaysia. Ini tidak dikira lagi dengan sewa rumah yang mempunyai 364.91% lebih tinggi berbanding Malaysia.

1. Bermuda (150.38)

bermuda

Bermuda merupakan sebuah pulau di bawah naungan British dan budayanya mempunyai campuran budaya British dan Amerika. Nilai mata wang mereka sama seperti Amerika Syarikat kerana anda boleh menggunakan USD di Bermuda seperti mana anda menggunakan BMD (Bermuda Dollar).

Di negara ini, anda boleh mendapatkan makanan dengan harga $30.00 di restoran-restoran murah dan kos sara hidup mereka mempunyai nilai 228.38% lebih tinggi daripada Malaysia. Statistik kedua ini agak sedikit gila kerana harga sewa di negara ini mempunyai nilai 785.84% lebih tinggi daripada Malaysia.

10. Singapura (88.07)

singapura rumah mahal

Singapura  berada di kedudukan dengan kos sara kedua tertinggi di Asia selepas Jepun. Disebabkan saiz negara ini yang kecil dan padat dengan penduduk, rakyat Singapura terpaksa bekerja keras untuk terus hidup di negara mereka. Kos sara hidup mereka mempunyai nilai 105.40% lebih tinggi daripada Malaysia disebabkan faktor ekonomi negara mereka sendiri.

Ramai rakyat Singapura menghadapi masalah harga tanah yang mahal kerana saiz negara mereka yang kecil sehingga rumah dijual dengan harga sangat mahal. Indeks kos sewa rumah di Singapura melebihi Malaysia sebanyak 526.02% menunjukkan betapa terhad jumlah tanah dan rumah yang ada di Singapura.

79. Malaysia (39.54)

malaysia banyak menganggur

Malaysia masih lagi berada dalam kedudukan yang baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Secara purata anda perlu membelanjakan RM10.00 untuk sekali makan tengahari namun ini bukanlah masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Harga barang asas seperti beras, minyak masak dan gula di Malaysia tidaklah begitu mahal tetapi rakyat Malaysia tetap menghadapi masalah untuk menyara hidup sendiri dan keluarga.

Masalah utama di Malaysia adalah disebabkan kekurangan peluang pekerjaan dan tawaran gaji yang rendah. Jika tiada pendapatan atau pendapatan sangat rendah, bagaimana mahu membayar sewa rumah, beli barang dapur, bayar bil dan sebagainya? Inilah cabaran sebenar tinggal di negara Malaysia kerana terlalu ramai lambakan graduan siswazah tetapi kerja yang ditawarkan hanyalah sedikit.

sumber: Numbeo




Hakcipta iluminasi.com (2017)