Oleh pada 17 Apr 2018 kategori

Siapa kata sesebuah filem perlu mempunyai modal atau bajet yang besar untuk box office? Ya, bajet yang besar memang sangat membantu, namun sekiranya kekurangan modal, kreativiti dan strategi sangat memainkan peranan.

5. Rocky (1976)

Rocky adalah sebuah filem drama sukan yang diarahkan oleh John G. Avildsen dan ditulis serta dilakonkan sendiri oleh Sylvester Stallone sebagai watak utama, iaitu Rocky. Filem ini mengisahkan tentang kejayaan cita-cita seorang lelaki bernama Rocky Balboa untuk berjaya sebagai seorang ahli sukan tinju. Rocky adalah seorang lelaki yang tidak berpelajaran namun mempunyai hati yang baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai tidak tahu bahawa Sylvester terpaksa menjual anjingnya pada harga $USD25 bagi kelansungan hidup beliau. 2 minggu selepas penjualan anjingnya, skrip Rocky terhasil, mengambil masa hanya 20 jam untuk ditulis. Selepas lebih kurang 1500 kali skrip beliau ditolak, penulisan Sylvester akhirnya diterima oleh syarikat produksi United Artists. Kini, semuanya hanya menjadi sejarah buat beliau.

Rating IMDb: 8.1/10

Bajet/Modal: $USD1.1 juta

Keuntungan: $USD225 juta

Peratusan Keuntungan: 20,454%

4. Halloween (1978)

halloween 1978 filem kos rendah untung besar

Halloween adalah sebuah filem seram arahan John Carpenter yang dilakonkan oleh Donald Pleasence dan Jamie Lee Curtis. Plot filem ini mengisahkan tentang pembunuhan seorang gadis oleh abangnya pada malam Halloween 1963. Pembunuh berkenaan berjaya ditangkap dan dipenjarakan, namun berjaya meloloskan diri dari Smith's Grove Sanitarium pada 30 Oktober 1978 bagi melakukan lebih banyak pembunuhan lagi.

Halloween dihasilkan menggunakan modal yang agak rendah, namun berjaya menjadi sebuah filem box office bukan sahaja di AS, malah turut mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa, dengan penjualan tiket pawagam sekitar 30 juta pada tahun 1978.

Rating IMDb: 7.8/10

Bajet/Modal: $USD325,000

Keuntungan: $USD70 juta

Peratusan Keuntungan: 21,538%

3. El Mariachi (1992)

filem el mariachi bajet rendah untung banyak

El Mariachi adalah sebuah filem aksi kontemporari yang kebanyakannya melibatkan pelakon amateur dari sempadan utara Mexico di bandar Coahuila, bersempadan dengan Del Rio, Texas, AS. Produksi dengan bajet $USD7,000 ini pada asalnya adalah untuk tayangan pasaran Mexico sahaja, namun eksekutif di Columbia Pictures terlalu meminati filem berkenaan, mereka membeli hak untuk tayangan di Amerika. 

Tayangan di Amerika mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dan kejayaan ini membolehkan penghasilan 2 buah lagi filem sekuel daripada filem yang pertama ini, iaitu Desperado (1995) dan Once Upon a Time in Mexico (2003). Filem ini turut diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai filem bajet terendah dengan rekod box office sebanyak sekurang-kurangnya 1 juta. 

Rating IMDb: 6.9/10

Bajet/Modal: $USD7,000

Keuntungan: $USD2 juta

Peratusan Keuntungan: 28,571%

2. Mad Max (1979)

filem mad max untung besar modal kecik

Mad Max adalah sebuah filem aksi Australia lakonan Mel Gibson sebagai watak utama. Filem ini berkisar tentang kisah keruntuhan masyarakat, dendam dan pembunuhan yang berlaku di Australia pada masa hadapan. Mad Max memaparkan watak seorang polis yang mengendalikan kes keganasan oleh sebuah geng 'mat motor'. Lokasi penggambaran adalah sekitar Melbourne dan mengambil masa selama 6 minggu.

Filem ini pada awalnya menerima kritikan bercampur, yakni ada yang suka dan ada yang tidak sejak ianya ditayangkan pada April 1979. Berjaya memenangi AACTA Awards, Mad Max berjaya mempunyai peminatnya tersendiri, dan reputasinya terus berkembang. 

Mad Max: Fury Road (2015) adalah filem siri daripada Mad Max asal. 

Rating IMDb: 7/10. 

Bajet/Modal: $USD350,000

Keuntungan: $USD100 juta

Peratusan Keuntungan: 28,571%

1. Super Size Me (2004)

super size me filem kos rendah untung berlipat kali ganda

Super Size Me adalah sebuah filem dokumentari yang diarah dan dibintangi oleh Morgan Spurlock, seorang pembuat filem bebas Amerika. Filem ini dirakamkan dalam tempoh 30 hari iaitu dari 1 Februari hingga 2 Mac 2003, yang mana dalam tempoh berkenaan beliau hanya memakan makanan McDonald. Filem berkenaan merakamkan perubahan drastik gaya hidup dan implikasinya kepada fizikal dan psikologi Spurlock.

Spurlock memakan di McDonald 3 kali sehari, dan akan mencuba setiap menu hidangan francais restoran berkenaan sekurang-kurangnya sebanyak sekali. Sebab utama Spurlock melakukan dokumentari penyiasatan ini adalah bagi mengkaji peningkatan kes obesiti dalam kalangan rakyat Amerika.

Rating IMDb: 7.2/10

Bajet/Modal: $USD 65,000

Keuntungan: $USD 22.2 juta

Peratusan Keuntungan: 34,154%

Modal yang besar tidak menjanjikan kejayaan sesebuah filem mahupun perniagaan. Dalam hidup ini, kita perlu bijak mengatur strategi menggunakan apa yang kita ada bagi memperolehi kejayaan.

ESKTRA

6. Open Water (2003) -  Peratusan Keuntungan: 10,800%

7. Napoleon Dynamite (2004) - Peratusan Keuntungan: 11,400%

8. Once (2007) - Peratusan Keuntungan: 13,700%

9. Clerks (1994) - Peratusan Keuntungan: 14,300%

10. American Graffiti (1973) - Peratusan Keuntungan: 17,600%




Hakcipta iluminasi.com (2017)