Setiap negara mempunyai undang-undangnya sendiri bagi melindungi rakyat dan memelihara keharmonian di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa negara di mana pihak pemerintah atau kerajaan memperkenalkan undang-undang yang pelik dan sesetengahnya tidak masuk akal.

Kali ini, pihak iluminasi ingin berkongsi beberapa larangan pelik oleh kerajaan yang terdapat di luar negara.

1. Seluar jeans - Korea Utara

BESARKAN TEKS     A-  A+

Korea Utara sememangnya sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diktator. Bagi menghalang pengaruh luar daripada meresap masuk ke dalam pemikiran dan budaya setempat, maka seluar jeans diharamkan sama sekali.

Kerajaan Korea Utara khuatir bahawa pemakaian jeans yang sinonim dengan budaya orang Amerika Syarikat dan Barat akan menyebabkan golongan muda terutamanya lupa akan asal-usul mereka. Larangan ini juga dikatakan lebih ketat di daerah Hamgyong dan Yanggang yang terletak berhampiran dengan China.

2. Baby Walker - Kanada

bahaya baby walker diharamkan di kanada

Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan Kanada mengumumkan bahawa mereka mengharamkan penggunaan baby walker. Larangan ini berkuatkuasa berdasarkan laporan bahawa antara 1990 dan 2002, terdapat 1935 laporan kecederaan pada kanak-kanak yang disebabkan oleh penggunaan baby walker.

Selain laporan-laporan kecederaan ini, mereka juga berpendapat bahawa seseorang bayi masih belum mempunyai kemampuan refleksi dan kognitif untuk mengawal baby walker dan mengelakkan kemalangan. Kebanyakan kecederaan yang dilaporkan adalah kes bayi yang terjatuh daripada tangga disebabkan penggunaan baby walker.

Pengharaman ini juga menghalang mana-mana pihak menjual, mengiklan dan mengimport produk baby walker di Kanada. Di Malaysia juga sudah ramai doktor yang turut berpendapat perkara sama harus dilakukan kerana banyak kes kecederaan yang dilaporkan. Mengikut kajian yang dilakukan juga, penggunaan baby walker sebenarnya tidak membantu melatih bayi agar mampu berjalan lebih awal.

3. Coklat Kinder Surprise - Amerika Syarikat

mainan kinder surprise diharamkan

Coklat ini mudah didapati di kedai-kedai dan stesyen pam minyak di seluruh Malaysia. Ianya adalah produk coklat berbentuk telur yang diisi permainan di dalamnya. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat sama sekali tidak membenarkan coklat ini dijual dan di bawa masuk ke negaranya.

Larangan ini dikatakan kerana terdapat risiko kanak-kanak tercekik permainan yang diisi dalam coklat tersebut. Pada tahun 2011 sahaja, pihak kastam telah merampas kira-kira 60,000 coklat tersebut daripada bagasi penumpang di lapangan terbang. Kebanyakan penumpang sama sekali tidak mengetahui akan larangan tersebut.

4. Fesyen rambut ponytail - Iran

david beckham ponytail rambut ikat belakang

Dalam usaha untuk membendung kemasukan pengaruh barat, pihak kementerian kebudayaan Iran telah mengeluarkan sebuah katalog yang menyenaraikan fesyen rambut yang dibenarkan dan diharamkan di Iran. Antara fesyen yang dilarang adalah fesyen 'ponytail'.

Selain itu, penggunaan gel rambut juga mestilah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Selain fesyen rambut 'ponytail', fesyen rambut 'mullets' dan 'spikes' juga adalah dilarang sama sekali. Korea Utara juga dilaporkan mempunyai undang-undang yang sama dimana rakyatnya terhad untuk menggayakan beberapa jenis fesyen rambut yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja.

5. Gula-gula getah - Singapura

gula gula getah diharamkan singapore

Singapura adalah satu-satunya negara yang dikenalpasti memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan gula-gula getah di kawasan awam. Undang-undang ini telah diperkenalkan pada tahun 1992 sebelum dikemaskini pada tahun 2004.

Pengharaman ini dikatakan berpunca daripada kelakuan pemakan gula-gula getah yang gemar membuangnya merata-rata di atas lantai, melekatkannya di bawah kerusi dan juga meja. Undang-undang ini juga melarang sebarang gula-gula getah dibawa masuk ke Singapura.

Pada 2004, kerajaan Singapura mula mengiktiraf bahawa gula-gula getah juga mempunyai kebaikan pada kesihatan. Sebagai contoh, kalcium lactate yang ada pada kebanyakan gula-gula getah 'sugar-free' didapati dapat menguatkan enamel gigi. Hal ini menyebabkan Singapura terpaksa mengemaskini undang-undang ini pada 2004 yang membenarkan penjualan gula-gula getah oleh pihak doktor gigi dan pihak farmasi sahaja.

Kredit:

  1. NY Times
  2. Quora
  3. Buzzfeed



Hakcipta iluminasi.com (2017)