Seperti yang diketahui umum, negara Amerika Syarikat mempunyai rizab simpanan emas paling banyak berbanding negara-negara lain.  Sehingga September 2018, rizab emas kerajaan Amerika Syarikat adalah 8,965 tan metrik dengan nilai pasaran melebihi $310.5 bilion.

Dengan jumlah emas yang banyak ini, pernahkah anda terfikir dimanakah mereka menyimpan emas-emas ini? Pastinya Amerika Syarikat memerlukan satu tempat penyimpanan yang dikawal ketat dan mempunyai ciri keselamatan paling tinggi untuk memastikannya tidak mudah diceroboh dengan apa jua cara sekalipun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk makluman, majoriti iaitu sekitar 56.35% daripada simpanan emas milik AS diletakkan di sebuah kubu simpanan emas yang diberi nama Fort Knox. Sementara itu, baki yang selebihnya pula diletakkan di beberapa tempat antaranya Philadelphia Mint, Denver Mint, San Francisco Assay Office dan West Point Bullion Depository.

Standard tertinggi untuk keselamatan

fort knox

Gambar Fort Knox pertama

fort knox dari atas

Dikatakan gambar udara Fort Knox kedua (Waldo County, Maine, ME United States)

Fort Knox yang terletak di Kentucky dilihat sebagai standard paling tinggi untuk keselamatan bagi penyimpanan emas. Bukan hanya di Amerika Syarikat sahaja tetapi di seluruh dunia.

Secara rasaminya, kubu simpanan rizab emas Amerika Syarikat ini dikenali sebagai United States Bullion Depository. Nama Fort Knox itu diberikan berdasarkan nama kem tentera yang terletak berdekatan dengan kawasan ini.

Perkataan "Knox" ini berasal dari nama Setiausaha Peperangan A.S. yang pertama, Henry Knox. Beliau telah berkhidmat antara tahun 1789 - 1794. Sementara itu, perkataan "Fort" itu cukup jelas yang bermaksud kubu, menggambarkan betapa tingginya tahap keselamatan disini.

Pembinaan kubu simpanan ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Pembinannya bermula pada tahun 1935 dan mengikut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, kos pembinaannya dalah $560,000. Selain itu, dikatakan dokumen mengenai Perisytiharan Kemerdekaan dan Perlembagaan A.S. semasa Perang Dunia Kedua turut disimpan disini.

Proses awal pemindahan emas ke Fort Knox

tempat simpanan emas amerika

Setelah kubu simpanan emas ini disiapkan, bekalan emas awal telah diangkut ke Kentucky dengan menggunakan kereta api. Tanggungjawab ini telah diambil oleh pihak U.S. Postal Service (USPS) atau Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat.

Mengikut maklumat daripada laman web rasmi, ini merupakan satu-satunyam cara mendapatkan perlindungan insurans untuk urusan memindahkan emas kerana USPS adalah satu-satunya agensi yang boleh menerima liabiliti sekiranya terdapat barangan atau aset yang hilang ketika dalam proses pemindahan.

Ciri-ciri keselamatan Fort Knox

pintu besi emas 641

Pembinaan pusat penyimpanan emas seperti Fort Knox pastinya memerlukan penelitian yang rapi bagi memastikan ianya benar-benar selamat. Fort Knox dibina daripada 16,000 kaki padu granit, 4,200 meter padu konkrit, 750 tan keluli dan 670 tan keluli struktur.

Bahagian bawah tanah dan loteng dibina daripada granit, keluli dan konkrit. Dimensi luarannya adalah 105 kaki darab 121 kaki. Ketinggiannya adalah 42 kaki di atas aras tanah. Daripada luar, Fort Knox memang kelihatan seperti sebuah kubu.

Sementara itu, di bawah tanah terletak gabungan beberapa lapisan kompleks yang tidak dapat ditembusi dan prosedur keselamatan cryptic. Bahagian peti besinya dibina daripada plat keluli tebal dan keluli silinder.

Pintu peti besi pula seberat 20 tan dan dibina dengan bahan tahan letupan. Pintunya adalah setebal  21 inci dan hanya boleh dibuka dengan kombinasi rahsia. Kakitangan yang bekerja mengawal pusat simpanan ini semuanya mempunyai arahan yang berbeza mengenai cara masuk ke dalam peti simpanan ini dan perkaramenyukarkan lagi ia dibuka dengan sewenang-wenangnya.

Lawatan ke Fort Knox

pelan fort knox

Setelah pusat simpanan emas ini siap, pelawat tidak dialu-alukan di Fort Knox selama beberapa dekad. Franklin D. Roosevelt berjaya menjadi orang pertama berjaya masuk ke sini tetapi itu mungkin kerana beliau adalah Presiden Amerika Syarikat ketika pusat simpanan ini dibina dahulu.

Satu delegasi dari Kongres dibenarkan untuk memeriksa kemudahan itu pada tahun 1974 apabila terdapat ura-ura mengatakan simpanan emas semakin menyusut kerana dicuri keluar dari tempat ini.

Orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam lagi sehingga 2017, apabila Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin membuat keputusan untuk meminta akses. Mnuchin dahulunya menguruskan Dune Entertainment, di mana dia terlibat dalam filem-filem seperti Suicide Squad (2016) dan The Artist Disaster (2017).

Fort Knox pernah diabadikan dalam filem 007 berjudul Goldfinger (1964). Walaupun pasukan penggambaran itu tidak dapat merakamkan penggambaran di Fort Knox sendiri, mereka mencipta Fort Knox versi khayalan dimana pereka produksi Ken Adam percaya ianya menggambarkan betapa tingginya ciri keselamatan di Fort Knox.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Reader's Digest
  3. US Mint



Hakcipta iluminasi.com (2017)