Kebanyakan daripada laman sesawang dan aplikasi telefon pintar kita pada hari ini bermula dengan begitu berbeza daripada apa yang kita lihat pada hari ini. 

Apa yang dirancang pada awalnya kemungkinan besar tidak akan sama dengan produk akhir kerana segalanya mungkin berlaku, dan itulah yang berlaku kepada laman sesawang dalam senarai ini.

Jika semuanya berjalan seperti yang dirancangkan, anda mungkin akan mendaftar masuk ke Youtube untuk mencari pasangan kekasih dan menggunakan Instagram untuk merancang pertemuan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 laman sesawang dan aplikasi popular dengan kisah asal-usul yang sangat mengejutkan.

1. YouTube

youtube pada awalnya adalah laman sesawang dating

Ketika ini, YouTube adalah antara salah satu laman sesawang yang paling hangat memaparkan hampir segala jenis video.

Namun apa yang mengejutkan adalah ia dihasilkan sebagai platform untuk membolehkan pengguna bertemu dengan "bakal kekasih" ketika ia dilancarkan pada tahun 2005.

Pada waktu itu, pengasasnya iaitu Jawed Karim, Steve Chen dan Chad Hurley mahu para pengguna untuk memuat naik video yang memaparkan pengguna itu bercakap tentang apa yang mereka mahukan pada seseorang pasangan.

Selaras dengan hasrat mereka, para pengasas laman ini menggunakan slogan, "Tune in, Hook up" sebagai tagline laman sesawang mereka.

(Video pertama di Youtube)

Malangnya, tiada seorang pun yang memuat naik video. Orang ramai masih tidak mengendahkan laman ini walaupun pengasas-pengasasnya menawarkan RM80 kepada mana-mana wanita yang memuat naik video mereka.

Mereka kemudiannya membenarkan para pengguna untuk memuat naik sebarang jenis video.

Salah seorang daripada mereka iaitu Jawed telah memecahkan kebuntuan apabila menjadi manusia pertama yang memuat naik video ke Youtube dengan videonya ketika di zoo yang berdurasi 18 saat,

Dan ketika artikel ini ditulis, video Youtube pertama yang dimuat naik 14 tahun yang lalu ini mempunyai lebih daripada 79 juta tontonan dengan 3.8 juta komen.

2. Instagram 

instagram dicipta untuk merancang pertemuan

Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger pada tahun 2010. Namun, ia bukanlah laman media sosial berkongsi gambar seperti yang kita lihat pada hari ini.

Malah, ia tidak dipanggil sebagai Instagram, sebaliknya dikenali sebagai Burbn yang bersempena bourbon whiskey.

Nama Burbn adalah sengaja diberikan oleh Kevin kerana dia sangat gemarkan minuman ini dan beranggapan bahawa ia merupakan satu idea nama yang baik.

Selain itu, nama laman ini adalah sesuai dengan tujuannya. Burbn dibangunkan untuk merancang pertemuan antara dua pihak. 

Pengguna boleh mendaftar masuk di mana-mana tempat yang mereka kunjungi, membuat rancangan dengan kawan-kawan untuk melawat semula tempat itu di masa hadapan dan kemudian menyiarkan gambar pertemuan.

Malang sekali Burbn gagal disebabkan oleh terlalu rumit untuk digunakan. Sementara itu, Kevin menyedari bahawa pengguna lebih berminat untuk berkongsi gambar pertempuan mereka berbanding menggunakan ciri-ciri lain dalam laman ini.

Kevin kemudiannya merekrut Mike dan kedua-dua mereka telah membangunkan apa yang kemudiannya menjadi Instagram. Duo itu merangcang Instagram sebagai sesuatu di antara Facebook dan Hiptasmatic, yang merupakan antara dua laman kongsi gambar paling pipular ketika itu.

Hiptasmatic mempunyai filter yang seperti filter yang menarik tetapi memiliki keupayaan yang lemah dalam, yang mana bertentangan dengan Facebook.

Manakala Instagram pula mempunya kedua-dua kualiti ini. Kevin juga tidak melupakan pengjaran yang dia belajar daripada kegagalan Burbn dengan memastikan Instagram seringkas yang boleh.

Untuk mencapai tujuan ini, mereka menghapuskan semua ciri dari Burbn kecualai perkongsian gambar, komen dan butang "like".

Ini lah sebab mengapa Instagram mempunyai paparan antara muka yang sangat bersih dan mudah digunakan.

3. Whatsapp 

asal usul penghasilan whatsapp

Pengasas-pengasas WhatsApp iaitu Jan Koum dan Brian Acton tidak tahu mereka telah menghasilkan satu aplikasi pesanan ketika mereka mengeluarkan versi pertama WhatsApp pada tahun 2009.

Dua tahun sebelum ini, 2 bakal jutawan masa itu meletakkan jawatan mereka di Yahoo untuk melancong ke Amerika Selatan. Ketika itu, mereka memohon pekerjaan di Facebook tetapi tidak berjaya diterima masuk.

Pada Januari 2009, Jan baru menggunakan iPhone dan memikirkan untuk menghasilkan aplikasi yang membolehkan orang ramai memuat naik maklumat kemas kini di sebelah nama mereka.

Idea ini adalah untuk membolehkan orang menghantar maklumat kepada sesiapa sahaja yang akan menelefon tentang apa sahaja yang berlaku kepada mereka. 

Maklumat tersebut boleh jadi sapa sahaja seperti lokasi pengguna atau "bateri lemah". Jan menamakan aplikasi ini sebagai WhatsApp kerana ia kedengaran seperti "What's up".

Walaubagaimanapun, ia gagal mendapat perhatian dan Jan sendiri mempertimbangkan untuk berhenti seketika. WhatsApp hanya mendapat sambutan selepas Apple memperkenalkan "push notifications" pada Jun 2009.

Notifikasi ini membolehkan para pengguna untuk menerima notifikasi serta-merta setiap kali seseorang mengubah status mereka.

Jan kemudiannya menyedari bahawa pengguna WhatsApp kerap kali mengemas kini status mereka untuk berkomunikasi dengan yang lain seolah-olah ia adalah instant messenger.

Dia kemudiannya mengolah semula aplikasi tersebut dan Whatsapp versi 2.0 dikeluarkan tak lama kemudian.

4. Wikipedia

asal usul wikipedia

Wikipedia adalah "gudang maklumat" tentang apa sahaja yang ada di atas muka Bumi ini dan anda boleh jumpa hampir semua benda di laman ini.

Malah, ensiklopedia-ensiklopedia lain yang telah lama wujud pun tidak dapat menandingi simpanan maklumat Wikipedia.

Dan Wikipedia berhutang budi dengan penggunanya kerana ia bergantung kepada orang ramai untuk menghasilkan semua kandungannya secara percuma.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Wikipedia tidak mempunyai kos untuk mengendalikan lamannya. Mereka perlu membayar pengaturcara, hosting dan membiayai beberapa kos operasi lain.

Dan bagaimana pula dengan tindakan undang-undang terhadap mereka kerana anda tidak akan dapat mengelak daripada disaman jika mengendalikan laman seperti Wikipedia.

Ini bermakna Wikipedia harus menjana pendapatan.

Pengasas Wikipedia iaitu Jimmy Wales dan Larry Sanger merancang untuk menjana wang daripada iklan berbayar yang akan dipaparkan di laman web ini, seperti yang kita dapat lihat di mana-mana laman pada hari ini.

Mereka berharap mampu menjana wang cukup untuk membayar gaji dan hosting, walaupun ia tidak menguntungkan.

Nasib baik, Wikipedia mengambil jalan tidak berkeuntungan apabila Larry meninggalkan laman ini pada tahun 2002 dan Jimmy memutuskan untuk tidak memaparkan iklan.

Sebaliknya, dia mengumpulkan wang daripada derma dan pengurusan Wikipedia keluar daripada Bomis, yang menguruskannya pada ketika itu. Wikipedia kemudiannya diserahkan kepada Wikimedia Foundation.

Bomis dan Wikimedia Foundation kedua-duanya adalah milik Jimmy. 

Selaras dengan niat barunya, laman sesawang itu menukar domainnya dari domain .com yang digunakan pada masa itu kepada .org yang digunakan sehingga kini.[4]

5. Ebay 

asal usul ebay

Rancangan untuk menghasilkan apa yang dikenali sebagai eBay bermula sekitar tahun 1994 apabila Pierre Omidyar bertemu dengan teman wanitanya, Pamela Wesley.

Ketika itu, Pamela adalah pengumpul Pez dispenser, bekas kecil yang boleh mengeluarkan satu gula-gula Pez dalam satu masa.

Pamela mengadu kepada Pieere tentang ketidakupayaannya untuk mencari orang yang ingin menjual dispenser mereka.

Pierre kemudiannya mendapat beberapa idea dan pada 4 September 1995, dia melancarkan sebuah kawasan membeli-belah kecil di laman sesawang peribadinya.

pez dispenser

(Pez dispenser)

Pamela dan pengumpul-pengumpul Pez dispenser yang lain menggunakan laman sesawang mini itu untuk bertemu dengan peniaga yang mahu menjual dispenser mereka.

Namun, Pierre menyedari bahawa orang menggunakan laman sesawang tersebut untuk menjual segala-galanya daripada anak patung hinggalah kepada barangan rumah.

5 bulan kemudian, laman beli-belah mini Pierre bernilai RM12 bilion dengan lebih daripada 2 juta pengguna. 

Laman sesawang ini mendapat sambutan yang terlalu dahsyat sehinggakan ia terpaksa berpindah ke domain khusus yang kita kenali sebagai eBay pada hari ini. 

Rujukan: 

1. Atlantic

2. Forbes

3. Socialnomics




Hakcipta iluminasi.com (2017)