Polemik meminum minuman keras di negara kita nampaknya tidak akan berpenghujung sampai bila-bila. Dengan wujudnya pihak yang mendesak kerajaan untuk melonggarkan undang-undang yang mengawal selia segala hal berkait dengan minuman keras dan satu pihak lain yang nampaknya mahu alkohol diharamkan terus, jalan tengah yang diambil oleh pihak kerajaan kita nampaknya akan terus diuji dari semasa ke semasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan negara lain, negara kita sebenarnya agak longgar juga larangannya berbanding beberapa negara di bawah yang kita pasti tidak menyangka, mengamalkan peraturan yang lebih ketat tentang pengambilan minuman beralkohol di tempat awam.

Berikut adalah 5 negara yang mempunyai peraturan lebih ketat berbanding Malaysia dalam hal berkaitan alkohol.

1. Norway

drinking1 900x600

Berpunca daripada sejarah lama negara itu yang mengalami banyak masalah berkaitan arak dan kes yang melibatkan individu mabuk, Norway melarang rakyatnya minum di tempat terbuka yang mampu dilihat orang. Namun jika ditangkap ketika sedang minum oleh pihak penguatkuasa, tidak adalah tindakan berat diambil. Hanya minuman akan disita dan dibuang oleh pihak penguatkuasa tempatan.

2. Russia

russian drinking

Kerajaan Russia hanya membenarkan pengambilan alkohol di dalam premis yang dilesenkan untuk jualan. Bermula pada Mac 2013, jualan minuman beralkohol dihentikan pada jam 11 malam sehingga 8 pagi keesokannya. Setiap kesalahan akan dikenakan denda di antara 500 rubles sehinggalah 1500 rubles.

3. Kanada

women binge drinking

Di Kanada, hanya Quebec sahaja membenarkan minuman keras di tempat awam. Selebihnya diselia melalui peraturan ketat yang hanya membenarkan pengambilan minuman alkohol di kediaman atau premis yang menjualnya. Di beberapa daerah tertentu, jika anda ditangkap sedang menikmati minuman keras di tempat awam, anda akan diminta membuang minuman tersebut dan diberikan amaran lisan.

4. Sepanyol

bn fy457 expat g 20141210080020

Kebanyakan negeri di Sepanyol mula melarang pengambilan minuman keras di tempat awam. Selain itu, budaya Botellon yang diamalkan oleh anak-anak muda berkumpul untuk minum juga dibanteras dengan pengenalan pelbagai bentuk undang-undang melarangnya. Kerajaan Sepanyol mengenakan sekatan kepada pengambilan alkohol di tempat-tempat awam, tetapi membenarkan pembelian arak oleh remaja di bawah 16 tahun, jika dia ditemani ibu bapa.

5. Northern Ireland

st patricks day cheltenham festival uk march 17 2016

Negara yang terkenal dengan sambutan St.Patrick's Day ini sebenarnya cukup tegas dengan pengambilan alkohol di tempat awam. Polis mereka juga cukup cekap melakukan rondaan untuk mengawal perkara ini. Premis-premis yang dibenarkan menjual alkohol hanya di pub-pub atau restoran yang dibenarkan, sama seperti di Malaysia dengan had masa jualan dan waktu tamat operasi yang hampir serupa.


Itulah 5 negara barat yang selalu kelihatan seperti agak toleran tentang isu alkohol ini, namun sebenarnya cukup ketat peraturan dan larangan mereka, malahan kebanyakan larangan yang diperkenalkan juga hampir serupa dengan apa yang kita laksanakan di negara kita sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)