arkib rahsia vatican

Ditubuhkan pada 1611 oleh Paus Paul V, Arkib Rahsia Vatican adalah sebuah tempat simpanan bersekuriti tinggi yang menimpan pelbagai dokumen tertua dan paling bernilai milik gereja.

Sehingga kini, kebenaran untuk memasukinya amatlah sukar, hanya pegawai Vatican dan ahli akademik yang layak sahaja, itupun dengan surat cadangan dari orang yang pernah memasukinya.

Membuat pencarian di dalamnya juga adalah dilarang jadi anda perlu memberi senarai tentang dokumen apa yang anda ingin kaji sahaja. Memandangkan keadaan yang begitu dirahsiakan ini, banyak khabar angin diperkatakan mengenai arkib di Vatican ini. Berikut adalah 7 perkara yang paling popular yang dikatakan disimpan di dalamnya.

7. Koleksi porno terbesar dunia

koleksi vatican

Muzium karya erotik Copenhagen mendakwa Vatican mempunyai koleksi porno terbesar di dunia. Tokoh berprofil tinggi yang lain iaitu William F. Buckley Jr. dan ahli akademik Camille Paglia dari Institut Kinsey juga mempunyai pendapat yang serupa.

Institut Kinsey tidak mempunyai bukti ke atas dakwaan mereka dan permohonan mereka untuk masuk ke dalam arkib juga telah ditolak. Namun begitu, dari masa ke semasa ramai mendakwa pernah melihat ribuan koleksi erotik yang disimpan di dalam arkib itu.

Akan tetapi, sudah diketahui untuk sekian lama tentang seni erotik di Vatican. Sebagai contoh, pada kurun ke-16, salah seorang pelajar Raphael iaitu Guilio Romano telah diperintahkan untuk melukis sejumlah 16 lukisan erotik secara terperinci di dalam kamar mandi Kardinal Bibbiena.

Gambar lukisan itu telah bocor dan tersebar melalui satu risalah yang dinamakan "I Modi", seakan sebuah majalah lucah. Kemudian pihak Vatican telah memenjarakan Romano dan mengiakan lagi khabar angin tersebut. (sumber)

6. The Grand Grimoire

buku grand grimoire

The Grand Grimoire merupakan satu risalah di mana ia diketahui benar-benar wujud. Namun, tidak dipastikan siapa penulis asal atau penulis semula risalah ini pada tahun 1750. Risalah asli ini dikatakan ditemui di dalam kubur King Solomon (Nabi Sulaiman AS).

Risalah ini dikatakan mengandungi upacara menyeru Lucifuge Rofocale iaitu Perdana Menteri Neraka yang mendiami alam ghaib. (walaupun kedengaran lucu namun inilah yang diperkatakan ramai).

Dikatakan bagi mereka yang melakukan upacara pemujaan ini juga perlu menyerahkan jiwa mereka sendiri. Seorang ahli ajaran sihir yang terkenal pada kurun ke-19 iaitu A.E. Waite berkata hanya mereka yang "gila dan rosak teruk moralnya" sahaja yang mampu melakukan upacara sihir ini sepenuhnya.

Risalah Grimoire ini dikatakan muncul beberapa kali dalam sejarah namun tiada siapa yang mengaku memilikinya. Hanya satu sahaja risalah yang hampir sama diterbitkan di dalam bahasa Perancis yang diberi nama "Le Dragon Rouge" dan telah tersebar di kepulauan Caribbean. Ia dikatakan masih digunakan sehingga sekarang. (sumber)

5. Rahsia ketiga Fátima

the secret of fatima

Pada tahun 1917, 3 anak kepada seorang penggembala dari Fátima, Portugal dikatakan telah menerima visi mengenai Virgin Mary yang dikenali sebagai "Tiga rahsia Fátima". Rahsia yang pertama dan kedua menceritakan tentang keberadaan neraka dan kebangkitan Komunis di Russia.

Melalui kanak-kanak itu lagi, Virgin Mary berkata jika pesanan itu tidak disebarkan, ia akan menyebabkan berlakunya perperangan, feminisma, pembunuhan dan kemusnahan dunia yang akan dilakukan oleh pihak Russia. Apa yang diramal itu sudahpun terjadi.

Kedua-dua pesanan itu telah diterbitkan kepada umum pada tahun 1941 namun pesanan ketiga pula dirahsiakan. Ia dikatakan tulis di atas sekeping kertas, kemudian disampulkan serta diserahkan kepada Bishop of Leiria dan disimpan di dalam Arkib Rahsia Vatican tanpa dibuka.

Pada tahun 1959, sampul itu diserahkan kepada Pope John XXIII namun dia memilih untuk tidak membukanya. Ia tersimpan dengan rapi sehinggalah dibaca buat pertama kali pada tahun 1965 oleh Pope Paul VI namun tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Kemudian Pope John Paul II pula membacanya pada tahun 1981 dan hampir terkorban melalui satu cubaan bunuh terhadapnya. Dia juga memilih untuk merahsiakan isi kandungan surat itu.

Akhirnya pada tahun 2000, Pope John Paul II telah mendedahkan ramalan ke-3 itu. Ia menceritakan tentang pertempuran besar di antara kebaikan dan kejahatan dan maklumat terperinci boleh dibaca di dalam laman web Vatican.

Ramai yang tidak percaya mengenai apa yang didedahkan oleh pihak Vatican itu. Malah Pope Benedict XVI yang dilantik pada 2010 juga bersetuju bahawa rahsia ke-3 itu masih belum didedahkan (pihak Vatican menafikan dakwaan beliau).

4. Artifak makhluk asing

makhluk asing

Dakwaan bahawa pihak gereja telah mengetahui mengenai makhluk asing ini telah berlaku selama berabad lamanya. Sebelum kejadian Roswell, mereka dikatakan telah mengumpul bukti dan artifak makhluk asing. Begitu juga dengan dokumen yang dikaitkan dengan teknologi dari angkasa lepas.

Walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh, ahli teori konspirasi berpendapat ia dirahsiakan oleh pihak Vatican dengan alasan dunia masih belum bersedia untuk menerimanya.

Vatican juga dikatakan mempunyai maklumat tentang tempat yang mempunyai rahsia masyarakat purba seperti tinggalan peradaban Aztec dan juga Piramid Besar di Giza.

Ahli teori konspirasi mendakwa selepas sahaja Napoleon dan Hitler mengabiskan masa di Vatican, mereka terus menuju ke Mesir untuk mengkaji sendiri rahsia yang terkandung di dalam Piramid itu. (sumber)

3. Syaitan

satan

Sebagai seorang penghalau hantu senior, Father Gabriele Amorth tahu bagaimana untuk mengesan hantu. Sebelum kematiannya pada tahun 2016, dia telahpun melakukan ribuan upacara menghalau hantu dan sering berbicara dengan syaitan.

Dia pernah memberitahu pengarah filem The Exorcist iaitu William Friedkin bahawa syaitan itu adalah satu bentuk roh atau semangat yang kadangkala boleh bertukar menyerupai binatang buas.

Amorth yang sering dipanggil untuk membantu mangsa kerasukan mendakwa dia menggunakan kaedah yang diasaskan oleh Pope Paul V pada tahun 1614 iaitu dengan mengarahkan roh jahat untuk meninggalkan badan mangsa dengan jampi serapah.

Pada 2010 Amorth telah membuat satu kenyataan yang menggemparkan apabila mendakwa bahawa Satan (Azazil) sedang bersembunyi di Vatican. Pada pandangannya pelbagai skandal dan korupsi yang melanda gereja dan Vatican adalah berpunca daripada syaitan itu sendiri. Pope Paul VI juga pernah membuat dakwaan yang sama pada 1972 dengan mengatakan "tidak diketahui dari mana datangnya, asap berupa Satan telah memasuki gereja ini." (sumber

2. Bukti Jesus (Nabi Isa AS) tidak disalib

lukisan jesus di gereja rennes le ch teau

Cerita mengenai Jesus disalib menjadi kepercayaan asas kepada penganut Katolik. Namun, menurut Michael Baigent yang merupakan seorang penulis buku tentang Jesus bahawa perkara ini tidak berlaku, setidaknya bukan seperti yang diceritakan di dalam Kitab Injil.

Pada pendapatnya bahawa Jesus tidak mati disalib adalah serupa dengan kepercayaan orang Islam namun pada hujah dan perinciannya tidak sedikitpun sama. Dia mendakwa bahawa Jesus telah terlepas dari disalib dan membuat perjanjian dengan Pontius Pilate iaitu orang yang mengarahkan Jesus dibunuh. Ia dipalsukan di atas beberapa sebab kepentingan oleh pihak gereja. 

Namun begitu, Baigent tidak mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya. Walaupun terdapat bukti bahawa Jesus tidak mati disalib oleh paderi Perancis iaitu Berenger Sauniere pada tahun 1891, bukti itu kemudiannya hilang dan Sauniere menjadi kaya raya dengan serta merta. Ini membuatkan Baigent percaya bahawa pihak Vatican membayarnya untuk menyembunyikan bukti itu.

Terdapat beberapa pembayang di dalam gereja Sauniere di Rennes-le-Château. Tidak seperti gereja lain yang memaparkan gambar Jesus disalib dan dialihkan oleh anak muridnya, gereja ini memaparkan ianya dilakukan pada waktu malam ketika bulan penuh, menunjukkan hari Passover (perayaan Yahudi) telah bermula.

Kaum Yahudi dilarang mengendalikan mayat pada hari Passover, ini menunjukkan mereka mengalihkan Jesus yang masih hidup, bukanlah mayatnya. (sumber)

1. Bukti Pope Pius XII membantu Hitler dan Nazi

pope bersama tentera nazi

Pope Pius XII dikenali ramai sebagai "Pope Hitler" kerana peranannya dalam menyokong Nazi. Dia juga dilihat tidak pernah mengkritik keganasan tentera Nazi secara terbuka namun pihak Vatican cuba untuk membuat orang ramai percaya bahawa Pope itu tidak menyokong gerakan Nazi.

Vatican menyatakan bahawa Pius XII telah menyelamatkan lebih 800,000 nyawa orang yahudi dan dipotretkan sebagai seorang yang menyayangi Yahudi. Ketika perjumpaan Pope dengan pegawai atasan Nazi, Vatican mendakwa ia bukanlah untuk bersekongkol tetapi memberi peringatan.

Namun begitu, terdapat beberapa percanggahan. Pertama ialah pihak Vatican menolak untuk menyiarkan dokumen penting mengenai kegiatan mereka semasa era Holocaust dan yang kedua ialah dakwaan dari sumber yang dipercayai bahawa Pope Pius XII telah membantu Hitler untuk naik berkuasa.

Salah seorang yang membuat dakwaan ini ialah John Cornwell, seorang ahli akademik yang disegani dan juga seorang penganut Katolik. Sebelum ini dia dibenarkan untuk meneliti dokumen bagi tujuan membersihkan nama Pope atas tuduhan itu namun apa yang dijumpainya sangat bercanggah.

Bukan sahaja bukti menunjukkan Pope itu membenci Yahudi dan enggan membantu mereka, malah memperlekehkan pihak Katolik dalam menentang Hitler. Dia juga menentang orang kulit hitam dan mendakwa mereka adalah perogol dan pendera kanak-kanak. Dia mempunyai banyak persamaan dengan Hitler dan salah satunya ialah ingin kekal berkuasa dan juga seorang pemerintah kuku besi di dalam Vatican.

Paling teruk, Pope berdiam diri setelah mengetahui rancangan Holocaust (pembunuhan jutaan kaum Yahudi). Pada ketika itu, pihak Nazi sedang mengumpulkan seluruh Yahudi di Rome, sementara pelbagai pihak dari seluruh dunia datang dan menuntut agar Pope bertindak.

Apakah benar Pope Pius XII benar menyokong Third Reich masih diperdebatkan. Apa yang pasti ialah dia Pope merupakan orang paling berpengaruh di Eropah dan jika sesiapa ingin menghentikan Hitler, dialah orangnya. (sumber)

 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)