Jika anda kerap menonton filem-filem Hollywood, anda pastinya pernah mendengar dan mengetahu serba sedikit tentang dua agensi ini terutamanya jika anda menonton filem perisikan.

CIA dan FBI adalah agensi Amerika Syarikat yang terlibat dalam banyak operasi awam dan rahsia di seluruh dunia.

Agensi-agensi ini kelihatan seperti mempunyai pengaruh yang sangat kuat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ramai yang keliru dengan peranan yang dimainkan oleh CIA dan FBI, serta ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama.

iluminasi.com kongsikan perbezaan antara CIA dan FBI.

FBI

fbi 367

Sebagai organisasi keselamatan negara berasaskan ancaman dan perisikan, misi FBI adalah "untuk melindungi dan mempertahankan Amerika Syarikat terhadap ancaman perisikan dan pengganas asing, untuk menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang jenayah Amerika Syarikat, dan untuk memberikan kepimpinan dan perkhidmatan keadilan jenayah kepada agensi persekutuan, negeri, perbandaran, dan antarabangsa.

FBI adalah agensi penguatkuasaan undang-undang, mengumpul risikan yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri serta menyiasat jenayah persekutuan seperti penculikan, pengelakan cukai, penipuan sekuriti.

Mereka pada dasarnya adalah "jabatan polis kebangsaan". Peranan FBI adalah sebahagian besarnya bersifat bertindak balas, manakala pengintip CIA boleh bekerja di negara asing untuk menghalang ancaman keselamatan negara daripada berlaku.

FBI juga bertanggungjawab ke atas memerangi keganasan, peperangan siber, rasuah awam, tugas untuk melindungi hak-hak sivil, berurusan dengan penipuan, dadah dan jenayah berat lain.

FBI, atau Biro Penyiasatan Persekutuan, adalah idea Peguam Negara Amerika Syarikat iaitu Charles Bonaparte.

Pada tahun 1908, beliau dan Presiden AS Theodore Roosevelt bersetuju bahawa jabatan keadilan memerlukan korps agen khas.

logo fbi

Pada masa itu, ia tidak mempunyai nama dan dikatakan bahawa kedua-dua mereka tidak pasti bagaimana untuk merekrut ejen.

Menurut laman web FBI, Charles berseloroh kepada presiden, mereka sepatutnya mengarahkan sekumpulan lelaki menembak antara satu sama lain dan sesiapa yang bertahan akan direkrut.

Tak lama kemudian, Biro Penyiasatan (BOI) ditubuhkan dan 34 orang telah diambil berkhidmat pada mulanya untuk bekerja sebagai agen khas di seluruh sempadan AS.

Pada tahun 1935, ia secara rasmi dikenali sebagai FBI dan menegakkan undang-undang menjadi tujuan utamanya. 

Seperti yang anda tahu, ini juga bermakna agensi ini menyiasat kumpulan gangster seperti mana yang kita lihat dalam filem, dan dari tahun 1925 hingga 1927, ikon membasmi penjenayah iaiti John Hoover merupakan pengarah FBI.

Kumpulan gangster bukanlah satu-satunya sasaran John, dan sebahagian besar daripada sumber FBI dibelanjakan untuk menyiasat kumpulan radikal politik semasa Kemelesetan Besar, yang kemudiannya termasuk untuk mengurangkan impak rakyat Amerika dengan penyokong komunis.

Terlalu banyak kes-kes bersejarah FBI yang ada dalam senarai, tetapi beberapa penyiasatan yang terkenal termasuk membanteras penjenayah Bonnie dan Clyde, jenayah kolar putih syarikat Enron, Pembunuhan John F. Kennedy, pembunuhan tiga pekerja hak asasi di Mississippi, Watergate, dan sudah tentu kes 9/11.

tugas fbi

FBI kini mempunyai ibu pejabatnya di Washington, D.C, dan terdapat 56 pejabat lapangan di bandar utama AS, serta lebih dari 350 pejabat kecil di seluruh negara.

Ia juga mempunyai kira-kira 60 pejabat di negara lain. Ia mempunyai kira-kira 35,000 orang kakitangan, termasuk ejen khas, para saintis, penganalisis perisikan, pakar bahasa dan orang-orang yang mempunyai kepakaran IT.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, FBI tidak hanya mengetepikan polis dalam kes penyelidikan besar seperti dalam filem, kerana ia tidak berhak berbuat demikian.

Pegawai persekutuan dan tempatan bekerjasama dengan FBI.

CIA

cia 283

Agensi Perisikan Pusat, atau CIA, adalah sebuah agensi perisikan yang memberi tumpuan kepada keselamatan negara dan bukan jenayah domestik, walaupun kedua-duanya kadang-kala bertindih.

Fokus utama CIA adalah kepada keganasan, senjata pemusnah besar-besaran, mengetahui bahaya atau pergolakan politik yang sedang berlaku di seluruh dunia dan yang paling terbaru, kecerdasan siber.

CIA juga boleh terlibat dalam operasi rahsia menurut arahan presiden yang bersesuaian dengan undang-undang yang terpakai.

CIA ditubuhkan pada 26 Julai 1947 apabila presiden AS ke-33 iaitu Harry S. Truman menandatangani Akta Keselamatan Negara.

Salah satu dorongan utama untuk mewujudkan agensi ini adalah serangan terhadap Pearl Harbor. Ia telah terlibat dalam pelbagai konflik dan antara yang popular termasuklah rampasan kuasa Iran 1953, cubaan untuk melancarkan rampasan kuasa tentera di Indonesia, cubaan menghancurkan semua gerakan pro-Komunis di seluruh dunia dan Perang Vietnam.

tugas cia

CIA adalah agensi perisikan, tetapi juga salah satu agensi yang menggunakan otak dan kekuatan fizikal untuk memanipulasi negara, pemerintah, puak di luar pemerintah, demi kepentingan keamanan nasional Amerika Syarikat.

Jumlah kakitangan yang bekerja untuk CIA bukanlah sesuatu yang didedahkan oleh agensi, tetapi mereka ini meliputi banyak bidang kepakaran.

Tidak seperti FBI, laman web CIA menyatakan bahawa ia tidak pernah memantau warga AS, namun ia juga menyatakan bahawa mereka akan berbuat demikian jika "ada sebab untuk mempercayai bahawa seseorang itu terlibat dalam pengintipan atau kegiatan pengganas antarabangsa."

Kebanyakan kakitangannya berada di Washington DC, di ibu pejabatnya di Langley, Virginia, tetapi ejen-ejen juga ditempatkan dan sering dalam penyamaran di seluruh dunia.

Menyertai FBI dan CIA

menyertai fbi

Untuk menyertai FBI, seseorang itu perlu berusia di antara 23 hingga 37 tahun. Calon perlu memiliki ijazah, 3 tahun pengalaman bekerja dan lesen memandu.

Calon juga perlu mempunyai kelayakan dalam salah satu bidang ini iaitu bahasa, undang-undang, perakaunan, sains komputer atau teknologi maklumat.

Kemahiran calon akan diberi keutamaan. Beberapa pemohon akan dipilih dan walaupun dipilih, calon perlu lulus satu siri ujian yang sukar.

Calon harus berada dalam keadaan cergas dan mampu untuk lari pecut 300 meter, melakukan push-up dengan beban dan lari sejauh 2.4 kilometer.

Selepas itu calon mendapat pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan latar belakang dan poligraf perlu dilepasi.

Jika lulus, individu tersebut mungkin bergelar sebagai pegawai FBI, penembak hendap atau penganalisa tingkah laku. Mereka juga perlu menjalani latihan 20 minggu di Akademi FBI di Quantico, Virginia

Dan tidak mengejutkan, CIA juga sangat tegas untuk memilih calon dan tidak semua boleh menjadi perisik.

Kebanyakan pekerja perkhidmatan rahsia berusia antara 26 dan 35 tahun. Seperti FBI, latar belakang dan pemeriksaan perubatan, serta ujian poligraf adalah sebahagian daripada proses temuduga.

cia vs fbi 11

Ijazah juga diperlukan, mempunyai pengetahuan hal ehwal antarabangsa dan jika calon pernah mengembara ke seluruh dunia serta mengetahu beberapa bahasa, ia adalah satu bonus.

CIA mengatakan di laman webnya bahawa beberapa kemahiran yang diperlukan adalah untuk menganalisis data, mempunyai kemahiran rundingan yang kuat, kebijaksanaan, diplomasi, pengalaman penyiasatan jenayah dan jika memiliki ijazah dalam kriminologi, keamanan tanah air, atau pengurusan kecemasan, itu juga membantu.

Calon yang terpilih perlu menjalani Program Latihan Siasatan Jenayah selama 56 hari dan berlatih selama 18 bulan lagi di ibu pejabatnya

Dari segi pendapatan, terdapat banyak skala gaji bagi FBI. Menurut satu sumber, ejen baharu menerima sekitar $47,000 atau RM192,000 setahun (RM16,000 sebulan), tetapi ejen senior mungkin menerima lebih daripada $130,000 (RM531,000) setahun atau RM44,350 sebulan.

Gaji bergantung kepada kemampuan anda bekerja untuk agensi-agensi ini.

Rujukan:

1. Diffen

2. Perbezaan Antara CIA dan FBI - Jagran Josh

3. CIA vs FBI - We Are The Mighty




Hakcipta iluminasi.com (2017)