kebaikan kelebihan darah binatang

Darah adalah produk yang tidak dapat dielakkan dalam penyembelihan haiwan. Sepanjang beribu-ribu tahun memakan daging, manusia telah menemui pelbagai cara untuk memanfaatkan produk sisa ini.

Malangnya, orang zaman moden lebih mudah berasa jijik berbanding orang purba, yang telah mengehadkan penggunaan darah. Rasa jijik ini perlu diatasi jika manusia ingin menggunakan kepelbagaian fungsi oleh darah dalam menyelesaikan masalah dunia.

iluminasi.com kongsikan 5 kegunaan darah yang sangat pelik dan jarang diketahui.

1. Pengganti telur

darah pengganti telur

Dari segi sejarah, haiwan yang dibunuh digunakan sepenuhnya dan tiada pembaziran berlaku.

Malah, didapati bahawa darah digunakan sebagai pemekat dalam sup dan sos, peranan yang lebih sering dimainkan oleh telur.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana telur dan darah adalah serupa dari segi kandungan kimia, terutamanya dalam albuminnya.

Malah di zaman moden, darah masih digunakan sebagai pengganti telur. Dalam Perang Dunia Kedua, orang Jerman menggunakan plasma darah dan bukan telur untuk banyak makanan.

Telur seringkali menjadi bahan yang paling mahal dalam produk yang dibakar seperti kek. Namun, konsentrasi protein plasma adalah 3 kali ganda lebih murah berbanding telur putih.

Bergantung pada jenis kek dan haiwan, plasma darah mampu menggantikan telur secara sebahagian atau sepenuhnya.

Album darah memejal pada suhu yang lebih rendah daripada telur, jadi kurang haba diperlukan. Oleh itu, kurang masa diperlukan untuk memasaknya.

Darah mempunyai kelemahan yang jelas dari segi rasanya, tetapi rasa boleh ditutup dengan menggabungkannya dengan rasa yang kuat dari herba dan rempah-rempah.

2. Sistem ketahanan diri

darah khinzir

Dalam penternakan, anak khinzir dipisahkan dari ibu dan susunya lebih awal. Pada ketika ini, sistem ketahanan anak khinzir tersebut masih tidak matang dan terdedah kepada jangkitan yang menyebabkan cirit-birit.

Ini adalah penyebab utama kematian pada anak babi, tetapi menggunakan antibiotik mempunyai risiko menyebabkan rintangan antibiotik pada bakteria.

Akan tetapi, terdapat alternatif untuk antibiotik, iaitu makanan haiwan yang berasaskan darah.

Dihasilkan dari plasma darah kambing atau khinzir, makanan ini tahan terhadap penyakit sama seperti susu iaitu melalui antibodi.

Walaupun kedengaran agak menjijikkan, penggunaan darah untuk manfaat ketahanan badan tidaklah begitu aneh kerana banyak bahan kimia aktif dalam susu datang daripada darah.

Lebih menarik, makanan berasaskan plasma darah juga menjadikan khinzir makan lebih banyak mungkin kerana haiwan ini berasakan ia sangat lazat.

Produk yang serupa juga dihasilkan untuk memperkuatkan sistem imun manusia.

Syarikat pemproses darah, Proliant Inc. menghasilkan suplemen sistem imun yang dijual dengan nama ImmunoLin dalam pasaran pemakanan sukan.

Walaupun ia mungkin sukar untuk diketahui melalui label, suplemen ini dihasilkan dari plasma darah lembu.

3. Darah dalam kongkrit

darah dapat menguatkan struktur kongkrit

Sedar atau tidak, seni bina Rom Kuno seperti saluran airnya sangat tahan lama. Ini mungkin disebabkan oleh bahan ganjil yang digunakan untuk membinanya, iaitu darah haiwan.

Menambahkan darah haiwan ke dalam bahan konkrit dan kemudian mengacaunya akan menghasilkan gelembung udara kecil. Ini akan menjadikannya lebih mudah digunakan dan tahan lama.

Sistem buih udara ini menjadikan kongkrit lebih ringan, kuat dan lebih tahan terhadap kerosakan akibat cuaca sejuk dan air. Pada tahun 1805, jurutera Scotland, Thomas Telford menyiapkan Pontcysyllte Aqueduct.

Resipi menghasilkan mortar saluran air ini adalah serupa dengan mortar Rom iaitu air, kapur dan darah lembu.

Lebih dari 100 tahun kemudian, syarikat Perancis bernama Innobat mencipta Airlith,  sejenis baru konkrit. Ia diperbuat menggunakan serbuk darah haiwan dan dua bahan kimia berasaskan selulosa.

Airlith mencipta rangkaian gelembung udara bersaiz sama yang sama rata dalam konkrit.

Syarikat itu berkata gelembung udara membuatkan konkrit lebih ringan dan lebih kuat sekurang-kurangnya 40%. Hari ini, bahan kimia khusus yang dikenali sebagai "ejen pengangkut udara" digunakan menggantikan darah.

4. Gam

darah sebagai gam

Gam berasaskan darah haiwan mempunyai sejarah yang lama dan dikembangkan secara bebas oleh beberapa buah negara. Ia boleh dihasilkan daripada beberapa jenis haiwan termasuklah ayam, lembu dan khinzir.

Di Amerika Syarikat, gam darah sebahagian besarnya dihasilkan daripada darah lembu dan khinzir. Walaupun tidak kalis air, gam diperbuat daripada darah dan aldehid adalah yang paling tahan air satu ketika dahulu.

Hasilnya, penggunaannya meningkat dalam Perang Dunia Kedua kerana gam tahan air diperlukan untuk pesawat. Ketika WW2, fenol yang diperlukan untuk menghasilkan gam dicatu.

Darah haiwan sering digunakan sebagai penambah dalam gam kayu lapis berasaskan fenol. Apabila bekalan fenol semakin berkurangan, lebih banyak darah haiwan digunakan.

Walaubagaimanapun, diketahui bahawa gam campuran darah dan fenol merekah selepas tempoh yang singkat. Gam darah sering dicampur dengan gam kacang soya, pesaing berasaskan protein yang lain.

Kedua-dua gam ini digabungkan dan menutupi kelemahan masing-masing. Namun, gam darah dan gam protein lain tidak lagi digunakan secara meluas seperti dahulu.

Selepas WW2, resin sintetik dicipta yang mana lebih tahan air daripada gam darah dan dengan kos yang murah, gam ini membantu menggantikan gam darah dalam pelbagai kegunaan.

5. Tekanan darah tinggi

tekanan darah tinggi 524

Tekanan darah tinggi adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku dalam kalangan orang tua. Salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah menggunakan sejenis ubat yang dikenali sebagai perencat ACE.

Ubat ini memperlambat kerja enzim yang dipanggil ACE, yang mana mengubah bahan kimia yang dikenali sebagai angiotensin I kepada angiotensin II.

Angiotensin II menyumbang kepada tekanan darah tinggi, sebahagian besarnya dengan menyempitkan pembuluh darah. Perencat ACE boleh diambil melalui mulut dan kesan penurunan tekanan darah biasanya berlaku dalam masa beberapa jam.

Ketika ini, perencat ACE mempunyai banyak kesan sampingan, seperti ruam kulit. Alternatif semulajadi kelihatan lebih menarik kerana ia lebih berkesan walaupun tidak begitu kuat.

Perencat ACE boleh diesktrak daripada pelbagai jenis makanan dan antara sumber perencat ACE yang murah adalah darah di rumah penyembelihan.

Ini kerana darah-darah ini sering dianggap sebagai produk sisa yang tidak berguna. Setakat ini, perencat ACE boleh diekstrak daripada darah khinzir, ayam dan lembu.

Walaupun plasma darah dianggap sebagai bahagian yang paling berguna dalam darah, kedua-dua plasma dan hemoglobin adalah bahan mentah yang baik untuk menghasilkan perencat ACE.



Hakcipta iluminasi.com (2017)