Nikolai Valuev (peninju paling berat) dan Baby Jake Matlala (peninju paling rendah)

Anda mungkin sudah biasa mendengar atau membaca tentang rekod terhebat sukan tinju seperti rekod profesional Floyd Mayweather dengan 50 kemenangan tanpa kalah, Julio Cesar Chavez pula dengan 107 kemenangan di mana 86 daripadanya melalui K.O (Knock Out) dan Sugar Ray Robinson dengan 108 daripada 173 kemenangannya melalui pukulan K.O.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat beberapa rekod dalam sukan tinju yang jarang diperkatakan. Berikut adalah beberapa antara rekod unik dalam sukan tinju yang kami ingin kongsikan bersama anda.

1. Perlawanan profesional paling banyak

len wickwar

Len Wickwar

Rekod pertarungan profesional paling banyak dipegang oleh Len Wickwar dari Leicester, England, dalam kategori lightweight. Pertarungan profesional pertamanya adalah pada Oktober 1928 ketika dia berusia 17 tahun di mana dia telah mengalahkan Jim Young Shepherdson dengan pukulan K.O.

Ketika awal kariernya, dia pernah memenangi tiga perlawanan dalam satu malam menentang Tommy Cann, Len Swinfield dan Bobby Wood pada 8 Februari 1929. 11 tahun berikutnya, Wickwar telah bertarung dengan purata 40 perlawanan setiap tahun atau tiga perlawanan dalam sebulan.

Dia kemudian terpaksa bercuti daripada tinju selama enam tahun untuk berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Wickwar kembali ke gelanggang tinju pada tahun 1946 untuk lima lagi pertarungan, menjadikan rekod sepanjang masanya dengan 340 menang, 87 kalah dan 42 seri.

Dia juga mungkin memegang rekod profesional dengan kemenangan dan seri paling banyak. Rakannya iaitu George "Tish" Marsden dari Nottingham pula mempunyai rekod sebanyak 336 perlawanan (195-101-40). Apa yang anehnya ialah mereka berdua meninggal pada hari yang sama iaitu 1 Jun 1980. (sumber)

2. Kekalahan profesional paling banyak

reggie strickland

Reggie Strickland

Reggie Strickland lahir pada 9 September 1968 di Cincinnati, Ohio, merupakan salah seorang peninju Amerika Syarikat dan telah bersara. Dia memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1987 sehingga tahun 2005.

Sepanjang 18 tahun kariernya, dia menggunakan beberapa nama samaran seperti Reggie Buse dan Reggie Raglin. Dia juga digelar sebagai "Tin Tomato" (gelaran yang diberikan kepada peninju yang kerap kalah).

Dia pernah bertarung dengan peninju-peninju hebat sebelum mereka menjadi juara dunia seperti Tavoris Cloud, Randall Bailey, Cory Spinks, Raul Marquea dan Keith Holmes.

Sepanjang kariernya, dia telah terlibat dalam 363 pertarungan dengan 66 menang, 276 kalah dan 17 seri. Dia juga dikatakan pernah menyertai 9 perlawanan dalam sebulan dan kalah semuanya. (sumber)

3. Penyandang juara paling tinggi dan pendek

jess willard

Jess Willard "Pottawatomie Giant"

Pada ketinggian 6 kaki 6.5 inci, Jess Willard "Pottawatomie Giant" adalah peninju paling tinggi yang pernah memenangi gelaran juara dunia dari tahun 1915 hingga 2004. 89 tahun kemudian, Vitali Klitschko yang mempunyai ketinggian 6 kaki 7 inci pula memecahkan rekod itu.

Setahun kemudian pada tahun 2005, rekod yang pernah dipegang oleh Willard dan Klitschko dipecahkan pula oleh Nikolai Valuev yang mempunyai ketinggian 7 kaki.

Mereka bertiga merupakan peninju paling tinggi yang pernah menjadi juara dunia tetapi ada lagi peninju lain yang lebih tinggi daripada itu. Peninju Romania iaitu Gogea Mitu disenaraikan peninju paling tinggi dalam sejarah dengan 7 kaki 4 inci tetapi hanya bertarung sebanyak tiga kali sahaja pada tahun 1960-an.

Manakala rekod peninju paling pendek yang menjadi juara dunia pula ialah Baby Jake Matlala yang berasal dari Afrika Selatan dan bertanding dalam kategori flyweight. (sumber)

4. Penyandang juara paling berat 

valuev stool reu 1518799i

Nikolai Valuev

Pemegang rekod juara dunia tinju paling berat juga adalah pemegang rekod bagi juara dunia tinju paling tinggi iaitu Nikolai Valuev yang juga digelar sebagai "Beast from the East". Ketika berjaya merangkul gelaran juara, beratnya mencapai 148.8 kg dan mempunyai ketinggian 7 kaki.

Manakala peninju paling berat dalam sejarah tinju pula adalah Eric "Butterbean" Esch. Ketika perlawanannya dengan Kirk Lawton pada tahun 2013, berat Esch mencatatkan rekod sebanyak 193 kg. Seminggu selepas perlawanannya dengan Lawton, Esch bersara dari dunia tinju profesional. (sumber)

5. Penyandang juara paling tua dan muda

bernard hopkins

Bernard Hopkins

Rekod penyandang juara dunia paling tua dalam dunia tinju dipegang oleh Bernard Hopkins pada usia 49 tahun 10 bulan. Dia kehilangan tali pinggang kejuaraannya kepada Sergey Kovalev pada tahun 2014.

Bernard Hopkins berjaya memadamkan rekod sama yang dipegang oleh George Foreman sebelum ini. Foreman kehilangan kejuaraannya ketika berusia 45 tahun kepada lawannya Michael Moorer yang 19 lebih muda daripadanya pada tahun 1994.

Bagi pemegang rekod kejuaraan tinju paling muda pula disandang oleh peninju Poerto Rica iaitu Wilfred Benitez yang berjaya memenangi WBA junior walterweight pada usia 17 tahun. (sumber)

6. Kemenangan Knockout paling banyak

archie moore

Archie "The Old Mongoose" Moore

Archie "The Old Mongoose" Moore juga merupakan salah satu juara dunia tertua dalam sejarah. Ketika mengalahkan Joey Maxim untuk menjadi juara light heavyweight, Moore mendakwa umurnya 36 tahun pada masa itu walaupun ibunya sendiri mengatakan bahawa anaknya itu sebenarnya tiga tahun lebih tua.

Sekiranya dakwaan ibunya itu benar, ini bermakna Moore berusia 41 tahun ketika dia berjaya mengalahkan Rocky Marciano pada tahun 1955. Ini juga bermakna dia berumur 48 tahun ketika bertarung dengan Muhammad Ali yang baru berusia 20 tahun pada 1962.

Apa yang lebih mengagumkan mengenai peninju ini ialah rekod kemenangannya melalui pukulan K.O. Dalam kesemua 220 perlawanan yang dimenanginya, 132 daripadanya adalah menerusi pukulan K.O. Sekiranya dakwaan ibunya itu benar, kemenangan K.O terakhir yang diperolehi oleh Moore adalah ketika dia berusia 50 tahun. (sumber)

7. Perlawangan profesional paling lama

jack burke vs andy bowen

Jack Burke vs Andy Bowen

Rekod pertarungan tinju profesional paling lama adalah pertarungan dalam kategori lightweights antara Andy Bowen dan Jack Burke yang berlangsung di New Orleans pada April 1893.

Perlawanan itu berlanjutan selama lebih daripada tujuh jam sehingga 110 pusingan. Ketika pertarungan yang bermula dari malam hingga ke pagi keesokan harinya itu, Burke telah patah kedua-dua belah pergelangan tangannya.

Akhirnya pengadil memutuskan perlawanan itu berakhir dengan seri dan kedua-dua peninju itu dibahagikan dengan hadiah yang sama rata. Kedua-dua peninju itu juga kehilangan lebih daripada 4 kg berat badan daripada perlawanan yang panjang itu.

Burke terus bertarung sehingga tahun 1900-an tetapi Bowen meninggal lebih muda pada usia 27 tahun akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 1894. Bowen mengalami retak pada tengkorak apabila kepalanya terlanggar kayu kanvas setelah menerima pukulan K.O daripada George "Kid" Lavinge. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)