Baka atau keturunan kucing baru muncul sepanjang masa.

Sesetengahnya muncul akibat mutasi yang tidak disengajakan dan sebahagiannya hasil kerja manusia yang mengambil tempoh beberapa generasi.

Para pembiak kucing boleh menjadi tersangat kreatif dengan menghasilkan baka-baka baru seperti berbulu pendek, botak, mata kuning, kucing yang kelihatan seperti harimau dan harimau dengan telinga bergulung dan kaki pendek.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 baka kucing yang unik dan sangat jarang diketahui.

1. American Wirehair

american wirehair

Bulu kucing ini kelihatan sangat berpintal, yang memberikan nama kepada baka ini. Namun, kelembutan bulunya adalah sama seperti kucing yang lain.

Bulu kucing ini tidak pernah disikat selepas dimandikan bagi mengekalkan kecantikan semulajadi bulunya. Kucing American Wirehair mempunyai rasa tahu yang sangat tinggi dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan. 

2. Sokoke

sokoke

Kucing Sokoke Afrika kelihatan seakan-akan seekor Cheetah. Ia mempunyai bintik-bintik di badan, saiz telinga yang besar dan tersangat aktif.

Baka ini muncul pada akhir tahun 1970-an dan menjadi popular di seluruh Eropah dengan begitu pantas.

Kucing Sokoke adalah sangat berdikari dan mudah dijaga tetapi pemiliknya perlu memastikan baka ini mempunyai ruang yang cukup untuk bermain.

3. Nebelung

nebelung 679

Baka kucing Nebelung berasal dari kucing biru Rusia. Kucing Nebelung muda boleh berperilaku agak agresif terhadap tetamu tetapi ia sangat baik kepada pemiliknya.

Nebelung adalah sejenis kucing domestik yang jarang ditemui. Ia mempunyai badan yang panjang, mata berwarna hijau yang besar, bulu panjang dan padat.

Antara ciri menarik lain mengenai baka ini adalah bahawa ia mempunyai suara yang sangat tenang. Nebelung bermaksud "makhluk kabus" dalam bahasa Jerman, menggambarkan penampilan kucing ini yang unik.

4. Minuet

minuet

Kucing Minuet adalah hasil daripada kacukan kucing Munchkin dan Parsi.

Kucing ini tidak memerlukan apa-apa jenis penjagaan khusus dan kecerdasan tinggi baka ini serta tidak agresif menjadikan Minuet sebagai haiwan kesayangan yang ideal.

Pada asalanya kucing ini dipanggil dengan nama kucing Napoleon, kerana baka ini tersangat pendek, seperti Napoleon Bonaparte. 

5. Chantilly-Tiffany

chantilly tiffany

Chantilly-Tiffany adalah kucing yang mempunyai bulu seperti sutera yang panjang berwarna coklat dan mata kuning.

Kucing baka ini tersangat pintar, mesra, dan mempunyai sikap yang baik terhadap kanak-kanak.

Ia juga tidak memerlukan banyak penjagaan khas dan satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah menjaga bulu panjang kucing ini dengan baik.

6. Bombay

bombay

Kucing Bombay kelihatan seperti Bagheera dalam cerita Mudygli Rudyard Kipling. Walaupun namanya adalah nama sebuah bandar di India, namun kucing ini tidak dibiakkan di India dan berasal dari Amerika Syarikat.

Penampilan kucing Bombay sangat menarik, dengan mata berwarna kuning dan bulu halus berwarna gelap, membuatkannya kelihatan seperti harimau kumbang.

Walau bagaimanapun, penampilan kucing Bombay tidak menghalang kucing ini daripada menjadi haiwan kesayangan yang sangat baik.

7. Selkirk Rex

selkirk rex

Perkara yang paling menarik tentang kucing Selkirk Rex ini sudah tentulah bulunya yang keriting secara kekal.

Ia merupakan gabungan dari kucing baka Parsi, British dan beberapa baka eksotik dengan gen bulu keriting yang dominan.

Kucing Selkirk Rex kelihatan seperti beruang kecil dan mempunyai personaliti yang setia serta baik. Bulu kucing ini perlu dijaga setiap hari, jika tidak, masalah besar akan timbul. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)